[Video] Tahanan Polis Meninggal Dunia dengan Kesan Di"Stapler"
Peguam Temui Kes Paling Buruk Selepas Kugan
[MK] Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.
Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.
"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.
"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas
"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.
Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.
Kemas Kini:
'Patologis Sahkan Dharmendran Meninggal Akibat Pukulan'
[MK] Perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam mengesahkan bahawa tahanan polis N Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan".
Perkara itu dinyatakan oleh Dr Siew Sheue Feng kepada keluarga Dharmendran, peguam N Surendran dan Latheefa Koya serta pegawai penyiasat polis di bilik mayat HKL malam tadi.
Menurut Surendran, ahli patologi itu juga menjumpai luka yang masih baru yang didakwanya membuktikan Dharmendran dipukul dan didera dengan teruk sehingga mati ketika dalam tahanan.
Surendran juga berkata, berdasarkan kesan di badan, doktor itu juga mendapati terdapat penggunaan rotan di bahagian belakang si mati.
Laporan penuh akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari, katanya yang juga naib presiden PKR dan anggota Parlimen Padang Serai.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.