Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Isnin, 13 Mei 2013

[Gambar] 50 Ribu Rakyat Perak Hadiri Perhimpunan Black505




[KD] IPOH 13 MEI: Hampir 50,000 rakyat semua kaum memenuhi perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam tadi dalam Himpunan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13′ (Black 505) bersama Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Himpunan yang dijadualkan pada jam 8.30 malam itu bagaikan pesta apabila rakyat terutama anak muda hadir seawal 5 petang.

Ini demi menyatakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab melakukan penipuan keputusan PRU 13 sekaligus memberi kemenangan tidak sah kepada Umno BN.

Turut memeriahkan acara, deretan gerai makanan, warung-warung NGO, busana pro-perubahan dan pelbagai lagi menjadi pilihan hadirin.

Kebanjiran lautan rakyat menyebabkan lalu lintas bandaraya Ipoh sesak hingga menyebabkan ada di antara mereka terpaksa meletakkan kenderaan sejauh lima kilometer dari tempat himpunan.

Rata-rata yang hadir berpakaian hitam membawa plakad seperti ‘BN tipu, SPR Tipu’, ‘Ini Tsunami Malaysia’, ‘Hentikan Perkauman’ dan ‘Demokrasi Sudah Mati Dibunuh Umno BN’.


Ucapan pimpinan dimulakan tepat jam 8.30 malam oleh Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Chua Yee Ling dan Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Baldip Singh.

Turut sama berucap, Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Ketua Serikandi, Siti Aishah Shaik Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Acara kemuncak bermula sebaik Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyampaikan input penerangan kepada rakyat.

Ucapan diakhiri Anwar yang juga Ketua Umum dengan penuh bertenaga dan paling ditunggu-tunggu.


Himpunan ‘Black 505′′ peringkat Perak adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei).

Himpunan ‘Black 505′′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei.

Ipoh

ipoh blackout 505 rally medan istana 120513





Berita Lain:

Rapat Perdana 13 Mei: Hari Bangsa Malaysia di KLSCAH 13 Mei (Isnin)

[KD] Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan dengan kerjasama kumpulan Mahasiswa akan menganjurkan sebuah Rapat Perdana bertajuk 13 Mei: Hari Bangsa Malaysia, selamatkan demokrasi pada malam ini, 13 Mei 2013, jam 8 hingga 12 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

Program akan dihoskan oleh Penyelaras SAMM, Chegu Bard dan hadirin disaran memakai baju hitam sebagai simbol penipuan SPR.

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas termasuk Sasterawan Negara, A. Samad Said; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; R. Sivarasah; Profesor Aziz Bari; Hishamuddin Rais dan Datuk Thamrin Ghaffar.

Badan bukan kerajaan akan diwakili Maria Chin dari Bersih dan Haris Ibrahim dari badan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, Adam Adli; KS Bawani; KC Heng dan Farel dari SAMM akan turut hadir mewakili suara mahasiswa.

Semuua dijemput hadir.




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH