[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Beri BR1M RM1 200 Setahun, Kerajaan BN Dapat RM5 000 Melalui GST
[HD] KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.
“Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Menurutnya, dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.
Dengan kata lain, jelasnya sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.
Itulah, kata beliau sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Justeru, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.
“Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?” katanya.
Katanya, menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).
Menurut Lim lagi, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.
“Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP,” katanya.
Lagipun, ujarnya keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.
“Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?” kata beliau.
Sehubungan itu, tetgasnya PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.