Kejam: Majikan Sebabkan Amah Mati Kebuluran Dikenakan Hukuman
[HM] Georgetown: Sepasang suami isteri dihukum 24 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah akibat kebuluran, pada April tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili kedua-dua tertuduh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng.
Zamani berkata, sebagai majikan kepada mangsa berasal dari Kemboja yang datang mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti makan minum, perubatan serta barangan asas mangsa sepanjang berada di bawah jagaan mereka.
“Bagaimanapun, tertuduh bertindak sebaliknya apabila membiarkan mangsa yang asalnya mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat badan 44 kilogram (kg) susut mendadak sehingga menjadi 26.1kg dalam tempoh tujuh bulan,” katanya.
Tertuduh, Soh Chew Tong, 44, dan isteri, Chin Chui Ling, 42, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh mereka ditahan, pada 1 April lalu.
P/s: Gila kejam!
Berkaitan:
GEORGETOWN - Sepasang suami isteri terpaksa meringkuk dalam penjara selama 24 bulan (kalau mengikut laporan HM, 24 tahun) selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati mereka bersalah membiarkan pembantu rumah mati kebuluran tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas pasangan berkenaan, Soh Chew Tong, 44, dan isterinya, Chin Chui Ling, 42.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu hingga menyebabkan kematian Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di sebuah premis menjual barangan logam di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak, antara 1 Januari hingga 1 April tahun lalu.
Ketika membacakan keputusannya, beliau berkata, kes itu mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Kemboja mahu menghentikan penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.
Menurutnya, sebagai majikan kepada pembantu rumah yang datang untuk mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti menyediakan makan, minum dan barangan asas serta membiayai kos perubatan mangsa selama masih di bawah jagaan mereka.
“Sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.
“Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai, saya akan hantar mereka balik, apa perlu rotan dan dera,” katanya.
Mengikut faktar kes, Mey bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah kedai itu sejak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lalu.
Zamani berkata, bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.
“Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi dan mengalami kecederaan dari semasa ke semasa yang memburukkan lagi ulser perutnya sehingga membawa kepada peritonitis akut dan yang menyebabkan kematiannya,” katanya.
Beliau berkata, pasangan itu didapati membiarkan mangsa yang mempunyai ketinggian 148 sentimeter mengalami kebuluran sehingga berat badannya jatuh mendadak daripada 44 kilogram kepada 26.1 kilogram dalam masa tujuh bulan.
Menurutnya, indeks jisim tubuh (BMI) mangsa ketika bedah siasat adalah sangat rendah iaitu 11.9, jauh lebih rendah daripada tahap minimum untuk mereka yang dikategorikan sebagai sangat kurus selain mendapati mangsa mempunyai 29 kecederaan termasuk kesan cakaran dan lebam berpanjangan dipercayai akibat objek tumpul yang panjang seperti rotan atau getah paip.
Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh akan tetapi pertuduhan ditukar kepada membunuh tanpa niat.
Pasangan yang mempunyai tiga anak itu diwakili peguam, Naizatul Zamrina Karizaman manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.