Sekali Lafaz, Saiful Bukhari Sah Menjadi Suami Personaliti TV3
[Mstar] KUALA TERENGGANU: Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.
Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.
Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.
Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.
Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.
Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu.
Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008. He had lodged a police report accusing
Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahankan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar.
Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas.
Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan.
P/s: Bukan mudah bersuamikan bekas mangsa "liwat", hebat wanita ini.
Seperkara lagi, banyak duit Si Saiful ini, mas kahwin pun sampai RM41,101.
Wow!!!
Seperkara lagi, banyak duit Si Saiful ini, mas kahwin pun sampai RM41,101.
Wow!!!
Apa kerja Si Saiful ini??
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.