Remaja Nyaris Jadi Mangsa Serakah Sepupu di Tandas Awam
[SH] MUAR - Seorang pelajar sebuah sekolah di Pagoh, nyaris menjadi mangsa rogol sepupunya dalam sebuah tandas di Kompleks Penghulu Pagoh dekat sini, kelmarin.
Pelajar berusia 15 tahun itu berjaya diselamatkan polis sebaik kejadian berkenaan disedari orang awam yang terdengar jeritan mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, susulan itu, polis membuat pemeriksaan dan mendapati salah satu tandas di kompleks itu dikunci dari dalam.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu beberapa kali dan dibuka, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus sedang menangis ketakutan.
“Suspek yang turut berada dalam tandas itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan.
“Suspek yang sudah tidak bersekolah adalah sepupu mangsa yang telah disuruh ibu remaja perempuan berkenaan untuk mengambilnya pulang dari sekolah dengan menaiki motosikal,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sahadan berkata, suspek mengajak mangsa singgah ke kompleks itu dengan alasan kononnya ingin menyambut hari lahir remaja berkenaan.
Jelasnya, apabila tiba di tempat kejadian, suspek bertindak menarik mangsa masuk ke dalam tandas.
“Suspek menarik tudung dan kain mangsa, tetapi tidak sempat merogolnya,” katanya.
Sahadan berkata, berdasarkan ujian air kencing suspek didapati bebas dadah, tetapi mempunyai rekod dalam perintah pengawasan polis selama dua tahun yang akan berakhir pada 2015.
Menurutnya, rekod tersebut bersangkutan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan niat.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.