Gunting Tertusuk di Kepala: Ibu Bapa Bergaduh, Anak yang Menjadi Mangsa...
[HM] Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.
Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.
Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.