Hanya Polis & AJK Masjid UPM Urus Jenazah "Jaya Negara", Tiada Ahli Keluarga, Tiada Sahabat Handai yang Hadir
Polis Urus Jenazah Blogger
Serdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam.
Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut.
Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan sesiapa pun hadir pada upacara tersebut.
"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.
Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.
Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.
Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi.
Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM
[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
Lagi pelik apabila dilaporkan tiada ahli keluarga dan sahabat handai yang menghadiri upacara pengebumian "Jaya Negara" hanya kerana tidak diizinkan oleh isteri "Allahyarham"?
As Salam utk tuan rumah... Aku nak jugak komen sebab ramai sangat org tertanya2 perihal kejadian tersebut sebab dalam pengamatan aku... gambar yg disiarkan disegenap ruang blog dan suratkhabar menjadi satu tanda tanya bagi aku...
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Julai 12, 2012 9:58:00 PG1. Gambar yg disiarkan hanya 1 gambar yg menunjukkan keadaan Lelaki sedang duduk dan wanita yang berada sebelahnya itu berada dalam keadaan panik.
2. Luka yg jelas nampak di lengan dan peha lelaki tersebut dan luka dipeha wanita sersebut.. yang mana berita yg mula tersebar dalam akhbar mengatakan lelaki itu ditembak di lengan dan ari-arinya... kalau perhatikan gambar dan dari logik akal.. bila di tembak dikawasan ari-ari sudah pastinya beliau terbaring dan darah sudah pasti akan kelihatan dibahagian pinggang atau hadapan seluar jenasnya.
3. Gambar yg di publishkan adalah gambar High Resolution dan di ambil dari jarak yang jauh dengang menggunakan zoom tak kurang dari 250mm zoom kamera...
4. Kenapa keadaan wanita tersebut langsung tak nampak dalam keadaan kesakitan dan cermin matanya tidak tertanggal.
itu antara persoalan yg timbul bila aku melihat gambar tersebut.