Kanak-kanak lelaki bernama Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing. Berdasarkan gambar di atas, dia kelihatan memegang kaki belakang seekor anjing lalu menghisap susunya.
Yang menghairankan, anjing itu membiarkan Chotu menghisap susunya. Menurut Chotu, “Keluarga saya sangat miskin, kadang-kadang saya merasa sangat lapar."
“Anjing itu tidak menggigit saya. Anjing itu "melayan" saya seperti salah satu daripada anak-anaknya. Saya suka bermain dengan anjing. Haiwan ini ialah teman saya.”
Chotu tinggal bersama-sama dengan ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan adik-beradiknya, iaitu Bola, 14 tahun, dan Mahesh, tiga tahun di sebuah rumah lumpur di Jharkhand, India Timur.
Setelah kematian ayahnya empat tahun lalu, keluarga Chotu hidup dalam kemiskinan.
Kakaknya yang terpaksa bekerja di sebuah hotel hanya memperoleh gaji di bawah £20 sebulan.
Ibu dan neneknya pula bertungkus lumus mengumpulkan kayu dan mencari hasil hutan untuk dimasak di rumah.
Menurut UNICEF, 90 peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun mengalami kekurangan gizi di kawasan luar bandar di Jharkhand dan 25 000 kanak-kanak tersebut meninggal dunia setiap tahun.
Menurut ibu Chotu, “Saya sangat terkejut apabila melihat dia menghisap susu anjing. Saya berlari dan menariknya pergi. Namun, setiap kali berasa lapar, dia akan menghisap susu anjing itu. Saya membiarkan dia berbuat demikian kerana saya tahu dia sangat lapar.”
“Anjing itu tidak pernah menyerang dia,” kata Shanichari lagi.
Penduduk desa yang bimbang Chotu akan dijangkiti penyakit angjing gila melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatan.
Hasil maklumat itu, Chotu kini dimasukkan ke sekolah dan menerima makan tengah hari percuma. Pihak berkuasa juga memberi keluarganya kad makanan yang membolehkan mereka mendapatkan bantuan makanan.
Walaupun sudah menerima bantuan makanan, namun Chotu masih berkawan dengan anjing, malah masih menghisap susunya.
Kata Chotu, “Saya menghisap susu tiga kali sehari dan rasanya manis seperti gula.”
“Banyak orang kampung tidak suka saya berkawan dengan dengan anjing. Namun, saya suka berkawan dengan haiwan ini. Jika anjing itu tidak datang ke rumah, saya akan mencarinya di pinggir desa.” -DCM/internet
P/s: Bersyukurlah kerana kita tidak senasib dengan Chotu!
ya, sungguh sya tidak akan meninggalkan kesyukuran kepada DIA yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Julai 13, 2012 12:25:00 PGMalahan.. biar pahala dari Nikmat syukur ini dikongsi bersama masyarakat yg miskin di dunia ini. Semoga ALLAH swt permudahkan urusan rezeki.
Maaf... sya x dpt utk bersyukur kerana perbandingan taraf hidup/ rezeki.
... kerana pada kita semua di Malaysia ada bahagian yg perlu dikongsikan bersama mereka.
Sebelum ini sya ada membaca riwayat yg mengisahkan tentang seorang saudagar yg mengucap syukur kerana kedainya tidak hangus terbakar padahal kedai-kedai yg berdekatan semuanya menjadi arang. Namun, selepas kejadian tersebut, sedikit demi sedikit harta kesenangan seolah2 telah ditarik kembali.
prihatin lah dlm urusan Hak di antara manusia. tertiblah..... sungguh.... perhatikanlah...