Bapa Altantuya Mahu Seret Che Det ke Mahkamah, Mengapa?
[KD] KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.
“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.
Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu.
Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.
“Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.
“Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007,” jelas Setev.
Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.
“Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu,” katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.