Lelaki Merangkak dan Menundukkan Kepala di atas Jalan Raya Demi Memohon Maaf daripada Isteri
Pada 29 Jun lalu, kira-kira jam 1:40 petang di Putian, Fujian, seorang lelaki dilihat merangkak sambil menundukkan kepalanya ke atas jalan raya. Tindakan tersebut menarik perhatian pekerja dan pelanggan sebuah restoran yang berhampiran.
Menurut beberapa portal berita China, lelaki tersebut berbuat demikian kerana mahu memohon maaf daripada isterinya.
Selepas beberapa ketika merangkak dan menundukkan kepala di atas jalan raya, dahi lelaki ini kelihatan lebam dan berdarah. Orang ramai yang bersimpati melihat kejadian itu telah meminta lelaki tersebut berhenti berbuat demikian tetapi lelaki itu mengucapkan terima kasih dan meneruskan perbuatannya.
Apabila ditanya, lelaki itu berkata bahawa dia telah melakukan kesalahan besar terhadap isterinya dan untuk tujuan memohon maaf, dia bertekad untuk merangkak sehingga Zhengrong Times Square. Untuk sampai ke Zhengrong Times Square, lelaki itu perlu menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih daripada 1000 meter.
Menurut saksi, kira-kira 200 meter lelaki itu merangkak, seorang wanita kelihatan menghampiri lelaki itu sebelum menahan sebuah teksi lalu membawa lelaki itu pergi.-DCM
P/s: Fuh!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.