[HM] SUBANG JAYA: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum merogol pekerja sebuah butik di Jalan SS 15, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 3 petang itu, ketika mangsa berusia 22 tahun bertugas di premis di tingkat satu bangunan tiga tingkat dan suspek berusia 30-an berpura-pura ingin membeli pakaian.
Menurut sumber, suspek mengambil pakaian dalam kuantiti banyak dan terus ke kaunter membuat pembayaran sebelum memberi alasan dia tidak membawa wang tunai.
“Suspek meminta mangsa menunggu kerana ingin mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik. Suspek datang semula 10 minit kemudian dan mangsa menyangka dia ingin membuat pembayaran.
“Bagaimanapun suspek terus menarik tangan mangsa ke dalam stor dan mengugut merogol mangsa biarpun mangsa merayu meminta dilepaskan,” katanya.
Menurutnya, selepas suspek melarikan diri mangsa menghubungi rakan lelakinya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.
P/s: Pukul 3 petang, di butik pakaian, siang hari! Gila!
Malaysia masih lagi negara paling selamat di Asia Tenggara?
PERANAN MASYARAKAT LEBIH PENTING..
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Julai 25, 2012 11:47:00 PGi'm ready for anwar!!!!!!yes!!!definitely ready for a big change for our country!!!
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 03, 2013 11:15:00 PG