Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label negara paling selamat. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 4 Februari 2014

[Video] Rompakan di Kedai Nasi Beriani



 Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) mengongsikan sebuah klip video yang memaparkan kejadian rompakan di sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor beberapa hari. Menurut maklumat dan paparan video tersebut, kejadian rompakan ini berlaku pada pukul 11.47 malam dan dilakukan oleh empat individu yang memakai helmet.

Berdasarkan video, mereka bukan sahaja merompak hasil pendapatan harian restoran tersebut, malah juga barang berharga para pelanggan.

Bayangkan anda berada di tempat kejadian.

Ada yang masih tertanya-tanya, adakah Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara? -DCM


Kemas Kini:

Pautan  video di FB MCAC sudah dipadamkan, anda boleh menontonnya berdasarkan pautan di bawah ini.


, ,

Rabu, 2 Oktober 2013

Bung Mokhtar Bawa Pistol untuk Keselamatan Diri


Bung: Saya Membawa Pistol untuk Pertahan Diri

[AA] KUALA LUMPUR: Ketika Parlimen hangat membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA), Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin berkongsi bahawa beliau ada membawa pistol.

Beliau berkata pistol tersebut adalah untuk keselamatan diri sendiri.

“Saya tidak suka membawa pistol kerana berat tetapi melihat keadaan sekarang dengan jenayah rompakan dan kes tembak mati yang meningkat.… pendirian saya berubah,” kata Bung di Dewan Rakyat.

"Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak, oleh itu saya membawa pistol untuk mempertahankan diri saya,” kata Bung.

Bung berkata keselamatan orang ramai perlu diberi perhatian walaupun berlainan latarbelakang politik.

Semasa perbahasan pindaan PCA, Bung juga menyoal mengapa Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut.

Beliau juga menambah bahawa pihak pembangkang mungkin mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap.

Sementara itu, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada ahli-ahli parlimen yang membawa usul yang boleh menimbulkan kekecohan di dalam Dewan.

Komen Pandikar juga dituju kepada Ahli Parlimen PAS (Sepang) Hanipa Maidin yang menyebut tentang kes Altantuya Shaariibuu

“Jika dalam kes Altantuya, kita boleh adakan perbicaraan bagi yang tertuduh, kenapa tidak bagi kes-kes lain? Kenapa perlu ada perbezaan?” tanya Hanipa, di mana persoalan tersebut membawa kepada reaksi berlainan daripada ahli-ahli parlimen BN dan Pakatan. -1/10/13


P/s: Pelik. Ahli Parlimen di negara paling selamat di Asia Tenggara  perlu membawa pistol untuk keselamatan diri!!!



, ,

Jumaat, 6 September 2013

Nama Ketua dan Ahli Kongsi Gelap 04, 08 dan 36 Didedahkan


[Mstar] KUALA LUMPUR: Nama ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap tempatan Geng 04, 08 dan 36 yang masih aktif dibeberapa kawasan didedahkan.

Bernama memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, berkata mereka terdiri daripada, Geng 04: Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Penang), Prai Bala (Penang) dan Langkap Sasi (yang dipercayai terlibat dengan kes tembak di Kampar, Perak melibatkan seorang bapa dan anak lelaki, Selvam terbunuh dalam kejadian tembak di Taman Perdana, Batu Gajah. Ragu (Ayer Tawar dan Sudha (Sitiawan).

Ketua Geng 08, terdiri daripada Indren (P. Pinang), Jiva (P. Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (KL) dan Gobi (KL).

Geng 36 pula termasuk, Cendol Kanna (KL), Ratenan (KL), Devan (jutawan yang terlibat dengan perdagangan dadah), Kajang Balan (orang kanan kepada Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping), M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang), Santhanem (KL), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim) dan Avi. -6/9/13



, , ,

Ahad, 1 September 2013

[Gambar] Tembak Lagi, Kali Ini Bekas Pegawai TUDM

ANGGOTA polis memeriksa lokasi seorang lelaki dipercayai bekas anggota TUDM berusia 35 tahun maut ditembak berdekatan kedai makan bapanya di Taman Rishah , Ipoh kira-kira 7.30 pagi. FOTO Ikhwan Munir

Lelaki Mati Ditembak Selepas Terkena Tiga Das Tembakan di Kepala

[Mstar] IPOH: Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.

Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.

Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut.

Pesara TUDM maut ditembak

[SH] IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa.

"Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan.

"Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



, , ,

Ahad, 25 Ogos 2013

Tembakan Rambang di Restoran, 6 Orang Cedera


Macam Aksi Koboi

[HM] Nibong Tebal: “Saya ingat bunyi mercun, tak sangka itu bunyi tembakan,” kata saksi kejadian dua lelaki bertindak ala koboi melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, enam lelaki cedera akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal. 

Menurut saksi, dia berada di sebuah kedai berhampiran restoran terbabit sebelum terdengar bunyi letupan disusuli jeritan orang awam yang terkejut dengan kejadian itu. 

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat lebih dekat apa berlaku. Saya lihat enam lelaki cedera ditembak dan mereka meminta tolong sebelum kami meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketika kejadian, enam lelaki berkenaan minum di restoran sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan secara rambang. -25/8/13



P/s: Bayangkan anda bersama-sama dengan keluarga berada di tempat kejadian ketika kejadian tembakan rambang ini berlaku!!!


, ,

Rabu, 14 Ogos 2013

Wanita Cuba Diculik di Tempat Awam Pada Siang Hari



[HM] PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus pada lehernya.

Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada pukul 6 petang Jumaat lalu.

"Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu.

Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang Selasa.

Beliau berkata, penyerang itu tidak cuba untuk meragut telefon bimbit atau beg tangan dan dia bersama rakannya telah membuat pusingan-U secara haram dan memecut ke arah pusat bandar selepas cubaan culik gagal.

Tina yang masih berasa terkejut berkata, tiada siapa yang benar-benar cuba untuk membantunya walaupun beberapa kereta berhenti ketika lampu merah.

Satu pasangan dalam kereta Toyota Alphard hitam akhirnya datang membantu dan membawanya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, serta memanggil polis untuk merekodkan kenyataannya di sana.

Mereka memberitahu bahawa mereka telah membuat pusingan-U selepas mengesan kejadian itu dari seberang jalan.

"Apabila saya bertanya kepada polis untuk memeriksa rakaman CCTV mengenai kereta itu, saya telah dimaklumkan CCTV berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia tidak bekrfungsi," katanya, sambil menambah bahawa kes itu kini sedang disiasat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.

Pengasas Malaysian Crime Awareness Campaign, Mark yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, berkata terdapat lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial itu.

Ahli perniagaan yang berusia 39 tahun itu berkata, pasukannya akan mengesahkan kejadian jenayah yang didengar mereka, termasuk memeriksa laporan polis dan bercakap dengan sumber cerita berkenaan, sebelum berkongsi pada halaman Facebook itu. - 14/8/13



, ,

Ibu Tunggal Nyaris Maut Ditembak Penjenayah


[HM] Kuantan: Tindakan seorang ibu tunggal anak empat memberhentikan kenderaannya bersebelahan stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini untuk menghubungi bekas suami di Putrajaya nyaris meragut nyawanya apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa yang juga ahli perniagaan Ruzelawati Basri, 35, bagaimanapun terselamat daripada maut berikutan tindakan pantasnya memecut kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard miliknya sebaik ternampak suspek yang tiba-tiba mengetuk cermin bahagian pemandu dan mengeluarkan pistol. 

Difahamkan, mangsa yang baru berpisah dua bulan lalu keluar dari rumahnya di Lorong Sekilau di sini, ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan, namun memberhentikan kenderaannya seketika untuk menelefon bekas suami. 

Ketika itu, tanpa disedari mangsa, seorang lelaki tiba-tiba mengetuk cermin kereta bahagian pemandu sambil menunjukkan isyarat memintanya keluar dari kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa terus memecut kenderaannya sebaik ternampak suspek memegang sepucuk pistol.


P/s: Gila meriah jenayah tembak-menembak di Malaysia!!!!


Kes Samun: Wanita Nyaris Terkena Tembakan

[Bernama] Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad di Kuantan. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard. 

Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu. 

Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya. 

"Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi tidak mendengar bunyi seperti letupan," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini. 

Mohd Jasmani berkata mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad yang jaraknya 200 meter dari tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu tidak mengejarnya.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV tersebut dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya.

Beliau berkata mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia dibantu orang awam yang berada di restoran itu.

Mohd Jasmani berkata orang awam kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dibawa polis untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. -13/8/13


, ,

Jumaat, 2 Ogos 2013

Peniaga Emas Pula Kena TEMBAK


[Bernama] Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di ibu negara hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.


, , , ,

Khamis, 1 Ogos 2013

Sindiran Pedas Akhbar Singapura tentang Kes Pembunuh Upahan di Malaysia



Blogger mesra UMNO meroyan dan mengamuk sakan apabila sebuah akhbar Singapura memilih tajuk "Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is coastly". Ada yang meminta kerajaan Malaysia membuat protes terhadap kerajaan Singapura kerana isu tersebut.

Secara sinisnya, berita ini bermaksud upah untuk pembunuh upahan jauh lebih murah daripada kos untuk menjamin keselamatan seseorang. Menurut dakwaan seorang penyiasat persendirian, kos pembunuh upahan untuk satu tugasan hanya sekitar 2000 dolar Singapura (RM5000) di Malaysia. 

Secara perbandingan, seorang lelaki yang terselamat daripada jenayah tembakan terpaksa membelanjakan sekitar 3200 dolar Singapura sebulan untuk mengupah pengawal keselamatan bagi menjamin keselamatan dirinya.

Walaupun kejadian pembunuhan kian menjadi-jadi di Malaysia, penyiasat persendirian yang dikenal sebagai Mr Jay memberitahu warga Singapura supaya tidak bimbang kerana pembunuh upahan ini hanya menyasarkan individu tertentu, bukannya secara rambang.-DCM


P/s: Jangan cepat menyalahkan akhbar luar negara walaupun berita itu memberikan persepsi buruk kepada Malaysia. Persoalannya, salahkah laporan itu?

Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan pantas bagi menangani kes jenayah ini agar bukan sahaja pelancong asing berasa selamat, malah penduduk di negara ini tidak berasa panik.

Kenal pasti punca masalah, ambil tindakan drastik, bukannya menyalahkan pembubaran ISA atau Akta Ordinan Darurat. Berapa kerat pesalah ISA dan Ordinan Darurat yang ditahan kerana kesalahan senjata api? Apa relevan ISA digunakan untuk mengekang jenayah pembunuh upahan? Adakah polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal dan menahannya di bawah ISA? Jika polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal, maka tanpa ISA pun jenayah ini dapat ditangani! Apa relevan Akta Ordinan Darurat 1969 sedangkan kita ada pelbagai akta yang khusus termasuklah bagi kesalahan pemilikan senjata api, dan bunuh? Janganlah menggunakan akta yang zalim yang membenarkan orang ditahan tanpa bicara dan bukti yang kukuh.

Dari segi punca, bukankah senjata api yang digunakan dan sebahagian pembunuh upahan seperti yang didakwa sesetengah pihak diseludup dari luar negara? Jadi, salah satu puncanya ialah kebocoran di pintu sempadan. Adakah ada elemen rasuah di sana atau sempadan negara tidak dikawal dengan rapi sehingga berlaku pencerobohan seperti di Lahad Datu? 

Bagi TM, pihak berkuasa perlu memainkan peranan utama mereka, iaitu menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya menumpukan perhatian pada isu remeh yang melibatkan ahli politik dan sebagainya. Tangani segera penularan jenayah berat yang kian berleluasa kerana hal itu mencemarkan imej Malaysia sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Bukankah mereka juga menguar-uarkan bahawa Malaysia paling selamat di Asia Tenggara, ke-19 terselamat di dunia?

Kemas Kini:

Bukan RM5000 tetapi RM1000 sahaja!!!


, ,

Rabu, 31 Julai 2013

[Gambar] Lelaki Mati Ditembak di Parit Buntar



[Cina Islam] PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.



Berita terkini di sini.

, ,

Selasa, 9 Julai 2013

Guru Ditembak Mati di Bachok, Apa Komen Isterinya?


[SH] BACHOK - Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.

"Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek yang tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk.

"Pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir anak peluru dipercayai .38 telah dijumpai di dalam kusyen pemandu," katanya dalam satu kenyataan.

Jalaluddin berkata siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 60, berkata ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat Zohor sebelum terdengar beberapa letupan dan dentuman kuat.

"Saya kemudian keluar daripada rumah dan mendapati ada sebuah kereta melanggar tiang tangga dan kedengaran seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di dalam kenderaan itu," katanya menambah beliau kemudian memanggil jiran untuk membantu lelaki berkenaan.

Seorang lagi saksi, Mohamad Idris, 64, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang tidak jauh daripada situ dan mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.

"Saya bergegas ke bahagian depan rumah dan mendapati sebuah kereta telah melanggar tangga sebuah rumah. Saya hampiri kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki terbujur dekat gear, masih bernyawa. 

"Saya kemudian mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum melihat mangsa menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.

Rakan mangsa, Khaziman Osman @ Seman, 43, ketika ditemui di tempat kejadian berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa ialah pada pagi semalam.

"Arwah mengajar subjek muzik. Semalam dia tak banyak cakap. Saya pun tak sempat nak cakap lama dengan arwah. Saya pulang awal semalam dan arwah pulang kemudian," katanya.

Usaha Bernama untuk menemu bual anggota keluarga mangsa gagal kerana mereka masih terkejut dan enggan ditemui pemberita. 


Komen isteri arwah yang dipetik dari sebuah laman FB.



P/s: Al fatihah. Biarlah polis menyiasat motif pembunuhan ini. Semoga negara paling selamat di Asia Tenggara ini terus selamat seperti dicanangkan oleh pihak polis.


, ,

Ahad, 7 Julai 2013

Pembunuhan Kejam: Seorang Disembelih, Seorang Dibelasah Hingga Mati


[SH] HULU SELANGOR - “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.

Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.

Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam.

“Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.

“Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.

Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.

“Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

“Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ,” katanya.

Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.

Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.

“Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.

“Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada,” katanya.

Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya.


P/s: Al fatihah. Semoga pembunuh mereka ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Perkembangan lanjut di sini.



, ,

Sabtu, 6 Julai 2013

Lelaki Ditetak di depan Khalayak, Macam Filem Gengster



[SH] BATANG KALI - Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah.

Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya.

Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak.

“Saya nampak dia berlari dari belakang stesen minyak dan dikejar tiga lelaki berparang.

“Dua kali dia jatuh ditetak, kemudian dia bangun ditetak lagi, sampailah dekat tepi jalan itu, dia tumbang dan terus kena cincang,” katanya berhampiran tempat kejadian, malam kelmarin.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Adib, 19, berkata, kekecohan bermula dari sebuah tempat cuci kereta di sebelah stesen minyak sebelum mangsa dilihat berlari dengan berlumuran darah dan cedera di kepala.

Menurutnya, situasi ketika itu agak tegang dan menakutkan sehingga semua pelanggan yang mengisi minyak tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.
Ibarat babak drama gengster
“Memang macam drama gengster, orang yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa buat apa-apa. Sampailah lelaki itu terbaring di hujung sana, tiga penjenayah berparang tadi terus menetak tangan kirinya sampai putus,” katanya.

Adib berkata, mangsa yang hanya memakai baju T lengan pendek dan seluar pendek berkemungkinan menunggang motosikal sebelum diserang kerana terdapat sarung tangan pada tangan kiri mangsa yang putus.

Kenalan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kanna, 36, berkata, mangsa merupakan seorang penarik kereta dan tinggal di Taman Wawasan di sini.

Katanya, sebelum kejadian, dia ada ternampak dua kenderaan mencurigakan menggunakan cermin gelap dan bernombor pendaftaran Melaka, singgah di sebuah restoran berdekatan.

“Tidak pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kejadian tersebut atau tidak. Tapi, kejadian itu berlaku selepas saya lihat kenderaan mencurigakan. Jadi, mungkin ada kaitan. Tapi saya lupa nombor pendaftarannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa, N Sangar, 33, berasal dari Bandar Utama Batang Kali, selain mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di sini dan kedai makan di Hulu Yam.

“Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kes, Balai Polis Batang Kali menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan dekat sebuah stesen minyak.

Katanya, pemanggil itu memberitahu seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga putus pergelangan tangan kiri dan luka di bahagian kepala.

“Bertindak atas maklumat tersebut, anggota polis ke tempat kejadian dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

“Bagaimanapun, lebih kurang jam 6.55 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan bahagian badan,” katanya.



P/s: Malaysia Negara Paling Selamat di Asia Tenggara!!!





,

Khamis, 20 Jun 2013

KL Antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya di Dunia, Anda Mahu Percaya PDRM atau Laman Sesawang Luar?




PDRM Nafi KL antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya

[SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.

"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama

Laporan laman tersebut:




P/s: Untuk rekod, berdasarkan rekod PDRM, Malaysia pernah dinobatkan sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Anda percaya?


, ,

Jumaat, 26 April 2013

[Panas] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II DIBUNUH!



[SH] PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa parah selepas salah seorang daripada suspek yang merupakan pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang, ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa dikejarkan pemandunya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

"Penjenayah dipercayai menggunakan pistol jenis automatik berikutan tembakan tepat mengenai leher mangsa," katanya.

“Kami masih menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.

“Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya,” katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat.

Roslan berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham Ahad lalu dan mereka berbual sambil minum bersama.

“Allahyarham mempunyai lima anak. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong serta mempunyai hobi bermain golf. Dia selalu main golf di Seremban,” katanya.

KRONOLOGI

7.55 pagi – Kereta Nissan Murano dinaiki Datuk Shaharuddin Ibrahim bergerak dari rumahnya
di Kondominium Intan, Dengkil untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

8.15 pagi – Kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan ke Presint 2, Putrajaya. Seorang pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang. Pemandu terus bawa mangsa ke Hospital Putrajaya.

9.20 pagi - Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 20, Putrajaya.






, ,

Khamis, 14 Februari 2013

[PANAS] Kah, Kah, Kah! Mengapa Saya Ketawa? Tolong Baca dan Gelak!



[Bernama] GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan. 



P/s: Sambung gelak!

Tengok video Najib dan geng terpinga-pinga di sini.

Sambung ketawa!

Siapalah yang mahu mengancam nyawa Psy?

Kalau nak cover malu Najib, janganlah guna alasan yang akan memalukan Najib lagi!

Kah, kah, kah!

Jangan reka cerita!

Jangan burukkan nama Malaysia!

Jangan fitnah Malaysia!

Malaysia diiktiraf sebagai NEGARA PALING AMAN DI ASIA TENGGARA. Bagaimana rakyat NEGARA PALING AMAN boleh mengancam nyawa Psy?

Apa masalah Psy kepada rakyat Malaysia?

Aduhai!

Kasihan!!! -DCM



, , ,

Rabu, 16 Januari 2013

Statistik Jenayah MENURUN, Siapa Percaya?

 
Kes Jenayah Catat Penurunan - KPN

[Bernama] KUALA LUMPUR: Keyakinan orang ramai terhadap kemampuan polis menangani jenayah dijangka meningkat memandangkan jumlah kes jenayah menurun kepada 153,309 tahun lepas daripada 157,629 pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kemajuan itu adalah sebahagian daripada pencapaian program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)mengurangkan jenayah, yang menyaksikan penurunan sebanyak 4,320 kes.

"Polis terus melaksanakan usaha menaikkan imej pasukannya dan meningkatkan keyakinan orang ramai," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Jenayah dan Isu Keselamatan - Antara Persepsi dan Kenyataan' pada seminar Transformasi Keselamatan dan Hak Asasi dan Undang-undang di sini, Selasa.

Ismail berkata polis mengamalkan pendekatan berkesan dengan memberi fokus kepada penglibatan rakyat dalam program pencegahan jenayah.

NKRA mengurangkan jenayah adalah antara enam NKRA, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai, 2009.

Menurut Indeks Peraturan Undang-undang Projek Keadilan Dunia (WJP) 2011, inisiatif GTP mengenai pengurangan jenayah, antara lain, merupakan faktor yang meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika dalam aspek keamanan dan ketenteraman.

Laporan Tahunan WJP 2011 meletakkan Malaysia di tangga ke-12 dalam kalangan 66 negara yang diliputi penilaiannya tentang keamanan dan ketenteraman.

Sementara itu, naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyeru orang ramai supaya meningkatkan penyertaan mereka dalam program pencegahan jenayah kerana sikap prihatin terhadap jenayah mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam program pencegahannya.

Katanya objektif akhir program itu ialah menyemai budaya mencegah jenayah dalam masyarakat.

Sejajar dengan itu, kata beliau, polis perlu meningkatkan perkhidmatan kepolisan untuk orang ramai kerana cabaran paling besar bagi pasukan itu ialah meyakinkan mereka tentang pengurangan kadar jenayah dan mengatasi ketakutan mereka mengenai jenayah.
 
 
 
P/s: Beza jumlah jenayah dalam tempoh yang sama pada tahun lalu dan tahun ini hanya 4320 kes. Penurunan kes sebanyak itu menjadi alasan PDRM menyatakan bahawa kes jenayah catat penurunan. 

Penurunan itu hanya disebut secara umum, tidak dijelaskan secara terperinci. Adakah penurunan itu sebahagian besarnya melibatkan jenayah berat atau penurunan itu majoritinya melibatkan jenayah ringan.

Siapa yang sediakan statistik jenayah?

Apakah yang berlaku dalam masa sebulan dua ini? Sudah tentu PRU13.

Apakah signifikan pengisytiharan statistik ini kepada parti pemerintah yang ketika ini sedang mencari jalan untuk menang besar dalam PRU nanti?
 
Malaysia semakin selamat? Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?
 
 Yang pasti, setiap hari anda membaca kisah jenayah yang kejam dan menakutkan berlaku di serata pelosok negara. Malah, penjenayah kini semakin berani sehingga ada yang melakukan jenayah secara terang-terangan tanpa berselindung.




, ,

Khamis, 18 Oktober 2012

Wanita Dirompak di dalam Bas, di hadapan Penumpang, Malaysia Negara Paling Selamat?



[HM] KUALA LUMPUR: “Saya diacu parang sebelum diarah menyerahkan wang dan telefon bimbit,” kata Nurhidayah Muhammad, 23, mangsa samun dua lelaki dalam bas awam di ibu kota, baru-baru ini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nurhidayah yang bekerja sebagai operator telefon berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Setapak sebaik tamat kerja, kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan berhenti di Masjid Jamek, di sini, apabila tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam kenderaan awam itu dan menuju ke arahnya.

“Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu apabila seorang daripada lelaki terbabit mengugut mahu menikam saya jika melawan. 

“Saya diarahkan duduk dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam beg tangan sambil diacu parang. Dalam keadaan panik, saya terpaksa menyerahkan wang RM200 dan telefon bimbit kepada lelaki itu,” katanya.

Katanya, bukan dia seorang saja yang disamun penjenayah terbabit, malah seorang lagi penumpang lelaki warga asing yang duduk di sebelahnya turut menjadi mangsa.

“Namun, penumpang warga asing itu enggan menurut arahan lelaki terbabit supaya menyerahkan wang dan barangan berharga mengakibatkan dia dibelasah.

“Kejadian ini turut disaksikan pemandu dan penumpang lain, tetapi mereka tidak berani membantu kerana bimbang turut menerima nasib sama.,” katanya. 

Nurhidayah berkata, ketika seorang lelaki terbabit menyamunnya dan penumpang warga asing itu, rakannya pula mengawasi keadaan dengan berkawal di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Kedua-duanya tidak mengganggu penumpang lain dan terus melarikan diri selepas memperoleh wang daripada saya.

“Akibat kejadian itu, saya mengalami trauma untuk menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



P/s: Gila selamat!



, , ,

Wanita Diculik dan ...........

Sekadar hiasan.
[HM] CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.



P/s: Berjalan ke kedai pun sudah tidak selamat!



, , , ,

Selasa, 9 Oktober 2012

Wanita Diculik & Dirogol Bergilir-gilir oleh 10 Lelaki Lahanat




[HM] SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa selain dirogol beberapa suspek turut merakamkan perbuatan keji mereka itu selain mengugut untuk membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sumber itu berkata, mangsa dilepaskan pada jam 7 malam dan dalam keadaan tidak bermaya dia menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Balai Polis Puchong untuk membuat laporan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendant Tan Ah Chua berkata, bertindak berdasarkan laporan mangsa, pihaknya menahan tiga daripada suspek terbabit di Puchong Perdana, kelmarin.

"Suspek yang semuanya warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an kini diremantujuh hari, manakala tujuh lagi rakan mereka masih diburu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.




P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara? Statistik jenayah semakin menurun?





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH