Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label pembunuh upahan. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 15 November 2013

Peniaga Pasar Malam Maut Kena 3 Das Tembakan




[HM] BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.

Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - 15/11/13



, , ,

Selasa, 12 November 2013

[Gambar] Polis Edar Fotofit Suspek Kes Tembak Pegawai JAIP




[BERNAMA] Polis Pahang hari ini mengedarkan fotofit suspek seorang lelaki dalam kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, 49, di Kuantan, Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata lelaki berkenaan adalah suspek pertama yang masuk ke perkarangan rumah mangsa sebelum memberi salam.

"Suspek dipercayai berpakaian hitam dan berkopiah putih, berusia lingkungan 50-an, berkulit sawo matang, rambut dan misai beruban, berjanggut nipis, berbadan sasa, berkening halus, hidung sederhana dan berbibir nipis," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.


Beliau berkata, fotofit yang dihasilkan itu diyakini 70 peratus tepat berdasarkan hasil siasatan dan maklumat awal yang diperoleh berhubung tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Sharifudin berkata, suspek kedua adalah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai yang melepaskan tembakan ke arah mangsa manakala suspek ketiga pemandu kereta Proton Wira Aeroback putih belum dikenal pasti.

Katnaya, polis juga tidak menolak kemungkinan semua suspek merupakan pengikut kumpulan ajaran sesat,'Tuhan Harun'.

"Polis juga masih menyiasat butiran kereta yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan beberapa kenderaan lain yang didakwa berlegar-legar di kawasan kediaman mangsa sebelum kejadian," katanya.

Katanya, keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami tiga luka tembakan, iaitu di dada kanan, rusuk kanan dan perut mangsa yang menembusi belakang badan.

"Polis turut menemui tiga kelongsong peluru dan tiga anak peluru jenis WCC7.80 caliber 9mm di tempat kejadian," katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, Ahmad Raffli mati selepas ditembak seorang suspek yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback putih di rumahnya, di Indera Mahkota 2, dekat sini. -12 November, 2013.

, ,

Ahad, 10 November 2013

[PANAS] Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak di Depan Rumah

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik, 49, terbaring bersebelahan keretanya selepas mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua, Kuantan, Pahang pada Ahad. Kelihatan anggota Polis dan Forensik melakukan siasatan sebelum mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.-fotoBERNAMA 
Ahmad Rafli Abdul Malek - Foto: Sinar
[Mstar] KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.


P/s: Takziah.


Kemas Kini:

Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip bermotif bunuh
Jenazah Raflie Abdul Malik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua dekat sini, hari ini. - Foto Bernama

Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip Bermotif Bunuh

[Bernama] KUANTAN - Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.

Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.

"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.

Zakaria berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - 10/11/13


, ,

Selasa, 24 September 2013

Polis Tangkap Pembunuh Pengasas Arab Malaysian, Anggap Kes Selesai


Polis Anggap Kes Selesai

[HM] Kuala Lumpur: Pembunuh upahan dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai) yang amat dikehendaki polis selepas menembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 29 Julai lalu ditangkap polis di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan Taiping, Perak, dekat sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 44 tahun yang juga suspek utama kes pembunuhan itu ditangkap jam 12.30 malam. selepas bersembunyi di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan, Taiping.

Kes berprofil tinggi itu yang menggemparkan negara sebelum ini dianggap selesai apabila suspek utama pembunuhan terbabit ditangkap polis selepas 56 hari menyembunyikan diri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejayaan menangkap suspek terbabit hasil maklumat berkaitan lelaki itu yang disiarkan dalam media massa dan hasil maklumat awam serta risikan dijalankan.

Katanya, polis turut menahan dua lelaki di rumah sama berusia 26 dan 31 tahun kerana disyaki memberi perlindungan kepada suspek.

“Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Polis sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Media IPK Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Khalid berkata, dua rakannya yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas maklumat orang ramai dan usaha gigih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur sehingga berjaya menangkap suspek utama kes pembunuhan ini,” katanya. -24/9/13

Foto
Cerita lanjut di sini.

, , ,

Ahad, 1 September 2013

[Gambar] Tembak Lagi, Kali Ini Bekas Pegawai TUDM

ANGGOTA polis memeriksa lokasi seorang lelaki dipercayai bekas anggota TUDM berusia 35 tahun maut ditembak berdekatan kedai makan bapanya di Taman Rishah , Ipoh kira-kira 7.30 pagi. FOTO Ikhwan Munir

Lelaki Mati Ditembak Selepas Terkena Tiga Das Tembakan di Kepala

[Mstar] IPOH: Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.

Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.

Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut.

Pesara TUDM maut ditembak

[SH] IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa.

"Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan.

"Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



, , ,

Ahad, 25 Ogos 2013

Tembakan Rambang di Restoran, 6 Orang Cedera


Macam Aksi Koboi

[HM] Nibong Tebal: “Saya ingat bunyi mercun, tak sangka itu bunyi tembakan,” kata saksi kejadian dua lelaki bertindak ala koboi melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, enam lelaki cedera akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal. 

Menurut saksi, dia berada di sebuah kedai berhampiran restoran terbabit sebelum terdengar bunyi letupan disusuli jeritan orang awam yang terkejut dengan kejadian itu. 

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat lebih dekat apa berlaku. Saya lihat enam lelaki cedera ditembak dan mereka meminta tolong sebelum kami meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketika kejadian, enam lelaki berkenaan minum di restoran sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan secara rambang. -25/8/13



P/s: Bayangkan anda bersama-sama dengan keluarga berada di tempat kejadian ketika kejadian tembakan rambang ini berlaku!!!


, ,

Penjual Ikan Mati Ditembak


Foto dari sini.

[Bernama] Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.

Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - 24 Ogos, 2013.

, , ,

Sabtu, 24 Ogos 2013

Anak Dedah Punca yang Mungkin Menyebabkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Dibunuh

Sekadar hiasan.
Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkaitan penyeludupan kereta di Langkawi, kata anak lelaki

[TMI] Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - 24 Ogos, 2013.



, ,

Rabu, 14 Ogos 2013

Ibu Tunggal Nyaris Maut Ditembak Penjenayah


[HM] Kuantan: Tindakan seorang ibu tunggal anak empat memberhentikan kenderaannya bersebelahan stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini untuk menghubungi bekas suami di Putrajaya nyaris meragut nyawanya apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa yang juga ahli perniagaan Ruzelawati Basri, 35, bagaimanapun terselamat daripada maut berikutan tindakan pantasnya memecut kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard miliknya sebaik ternampak suspek yang tiba-tiba mengetuk cermin bahagian pemandu dan mengeluarkan pistol. 

Difahamkan, mangsa yang baru berpisah dua bulan lalu keluar dari rumahnya di Lorong Sekilau di sini, ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan, namun memberhentikan kenderaannya seketika untuk menelefon bekas suami. 

Ketika itu, tanpa disedari mangsa, seorang lelaki tiba-tiba mengetuk cermin kereta bahagian pemandu sambil menunjukkan isyarat memintanya keluar dari kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa terus memecut kenderaannya sebaik ternampak suspek memegang sepucuk pistol.


P/s: Gila meriah jenayah tembak-menembak di Malaysia!!!!


Kes Samun: Wanita Nyaris Terkena Tembakan

[Bernama] Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad di Kuantan. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard. 

Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu. 

Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya. 

"Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi tidak mendengar bunyi seperti letupan," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini. 

Mohd Jasmani berkata mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad yang jaraknya 200 meter dari tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu tidak mengejarnya.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV tersebut dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya.

Beliau berkata mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia dibantu orang awam yang berada di restoran itu.

Mohd Jasmani berkata orang awam kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dibawa polis untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. -13/8/13


, ,

Selasa, 6 Ogos 2013

Polis Edar Gambar Suspek Utama Kes Pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysian


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menunjukkan gambar suspek utama pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Selasa.


Kes Tembak Hussain Najadi: Dua Wanita Ditahan, Polis Buru Seorang Lagi Suspek

[Mstar] KUALA LUMPUR: Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu.

Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa.

Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman.

Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian.

Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya.

Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin.

Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan.

Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu.

Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.



, ,

Isnin, 5 Ogos 2013

Penoreh Getah Pula DITEMBAK


[SH] KOTA BHARU - Seorang penoreh getah maut selepas ditembak dalam kejadian di kampung Telosan, Pasir Puteh di sini pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu. 

Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil.

, ,

Jumaat, 2 Ogos 2013

Peniaga Emas Pula Kena TEMBAK


[Bernama] Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di ibu negara hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.


, , , ,

Khamis, 1 Ogos 2013

Sindiran Pedas Akhbar Singapura tentang Kes Pembunuh Upahan di Malaysia



Blogger mesra UMNO meroyan dan mengamuk sakan apabila sebuah akhbar Singapura memilih tajuk "Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is coastly". Ada yang meminta kerajaan Malaysia membuat protes terhadap kerajaan Singapura kerana isu tersebut.

Secara sinisnya, berita ini bermaksud upah untuk pembunuh upahan jauh lebih murah daripada kos untuk menjamin keselamatan seseorang. Menurut dakwaan seorang penyiasat persendirian, kos pembunuh upahan untuk satu tugasan hanya sekitar 2000 dolar Singapura (RM5000) di Malaysia. 

Secara perbandingan, seorang lelaki yang terselamat daripada jenayah tembakan terpaksa membelanjakan sekitar 3200 dolar Singapura sebulan untuk mengupah pengawal keselamatan bagi menjamin keselamatan dirinya.

Walaupun kejadian pembunuhan kian menjadi-jadi di Malaysia, penyiasat persendirian yang dikenal sebagai Mr Jay memberitahu warga Singapura supaya tidak bimbang kerana pembunuh upahan ini hanya menyasarkan individu tertentu, bukannya secara rambang.-DCM


P/s: Jangan cepat menyalahkan akhbar luar negara walaupun berita itu memberikan persepsi buruk kepada Malaysia. Persoalannya, salahkah laporan itu?

Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan pantas bagi menangani kes jenayah ini agar bukan sahaja pelancong asing berasa selamat, malah penduduk di negara ini tidak berasa panik.

Kenal pasti punca masalah, ambil tindakan drastik, bukannya menyalahkan pembubaran ISA atau Akta Ordinan Darurat. Berapa kerat pesalah ISA dan Ordinan Darurat yang ditahan kerana kesalahan senjata api? Apa relevan ISA digunakan untuk mengekang jenayah pembunuh upahan? Adakah polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal dan menahannya di bawah ISA? Jika polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal, maka tanpa ISA pun jenayah ini dapat ditangani! Apa relevan Akta Ordinan Darurat 1969 sedangkan kita ada pelbagai akta yang khusus termasuklah bagi kesalahan pemilikan senjata api, dan bunuh? Janganlah menggunakan akta yang zalim yang membenarkan orang ditahan tanpa bicara dan bukti yang kukuh.

Dari segi punca, bukankah senjata api yang digunakan dan sebahagian pembunuh upahan seperti yang didakwa sesetengah pihak diseludup dari luar negara? Jadi, salah satu puncanya ialah kebocoran di pintu sempadan. Adakah ada elemen rasuah di sana atau sempadan negara tidak dikawal dengan rapi sehingga berlaku pencerobohan seperti di Lahad Datu? 

Bagi TM, pihak berkuasa perlu memainkan peranan utama mereka, iaitu menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya menumpukan perhatian pada isu remeh yang melibatkan ahli politik dan sebagainya. Tangani segera penularan jenayah berat yang kian berleluasa kerana hal itu mencemarkan imej Malaysia sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Bukankah mereka juga menguar-uarkan bahawa Malaysia paling selamat di Asia Tenggara, ke-19 terselamat di dunia?

Kemas Kini:

Bukan RM5000 tetapi RM1000 sahaja!!!


,

Ahad, 5 Disember 2010

[Gambar & Video] El Ponchis: Pembunuh Upahan Berusia 14 Tahun yang Gemar Mengelar dan Memenggal Kepala Mangsa

Dua saudara perempuan yang turut ditahan bersama-sama dengan Jiminez.

Edgar Jimenez baru berusia 14 tahun tetapi tangan budak lelaki itu telah meragut tujuh nyawa, lapor sebuah akhbar semalam.

Jimenez alias 'El Ponchis' yang bermaksud 'pembunuh bertopeng' dipercayai merupakan pembunuh upahan kartel dadah Morelos yang bergiat aktif di sini dan di sekitar Mexico City.

Budak lelaki tersebut yang memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) ditangkap tentera Mexico kelmarin ketika dia cuba melarikan diri ke AS dengan menaiki pesawat di bandar Cuernavaca, kira-kira 85 kilometer ke selatan bandar raya ini.

Pihak tentera berkata, dia ditangkap bersama dua saudara perempuannya ketika dalam perjalanan untuk menuju ke rumah ibu mereka di San Diego, AS.

Kakaknya yang berusia 16 tahun dan turut ditahan merupakan kekasih ketua kartel dadah berkenaan, Hector Beltran Leyva yang masih diburu tentera Mexico.

Ketika dalam tahanan pihak berkuasa, Jimenez mengakui terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh pembunuhan atas arahan Leyva.

"Saya dipaksa melakukan pembunuhan-pembunuhan itu dan diberi dadah setiap kali sebelum melakukannya. Saya diancam dibunuh jika enggan menurut arahannya," kata Jimenez kepada pemberita di pejabat pendakwa raya di sini kelmarin.

Budak lelaki ini membunuh mangsanya dengan cara memenggal kepala atau mengelar leher mangsa.  Gila kejam!

 Akhbar La Razon di Mexico melaporkan bahawa El Ponchis dibayar AS$3,000 (RM9,423) bagi setiap pembunuhan yang dilakukannya.


Video:


Berkaitan:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH