[Gambar] Tragedi Yue Yue Berlaku di Malaysia
Akhirnya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang dilanggar dan dibiarkan kesakitan oleh orang ramai, berulang di Malaysia.
Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai 2012 lalu apabila seorang warga emas telah diragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terseret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malang apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkannya tanpa menghulurkan bantuan. Wanita malang itu hanya menerima bantuan daripada seseorang yang kemudiannya menghubungi ambulans.
Selepas seorang awam yang prihatin membantu dan menghubungi ambulans, barulah mangsa dialihkan dari tempat kejadian oleh dua orang penduduk tempatan berbangsa India.
Hari ini diberitakan bahawa wanita malang itu meninggal dunia 8 jam kemudian selepas dimasukkan ke hospital.
Fakta kejadian:
- Mangsa diragut pada pukul 6.02 pagi oleh seseorang yang menunggang motosikal dan kejadian itu dirakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam lalu lalang dan membiarkan mangsa dalam keadaan kesakitan.
Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang?
Lokasi kejadian.
Kredit: Artikel ini diedit/diubah suai daripada PulakDah!.
hai haritu dok sibuk puji Ketua MEnteri yg berbangsa cina tu..
Comment by mail @ Jumaat, Julai 13, 2012 3:14:00 PTGAwat hang tak komen pulak?
Terburai lagi...
Salam,
Comment by Unknown @ Jumaat, Julai 13, 2012 4:38:00 PTGPerlukah DCM menjawab komen Mail...? Low class betul komen anda Mail!