Berang Cerita Mati Pucuk Tersebar, Lelaki Belasah Isteri
[SH] PETALING JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.
Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.
Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.
“Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.
Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.
Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.
“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.