Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ragut. Papar semua catatan

, ,

Rabu, 15 Oktober 2014

Peragut Tunggang Basikal Dibelasah dan Dibogelkan Orang Ramai




[Harian Metro] Tumpat: Perbuatan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki basikal dan berkain pelekat meragut seorang remaja menerima padahnya, apabila kain pelekatnya tertanggal ketika dikejar penduduk kampung yang berang dengan tindakannya.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam di tepi jalan dekat simpang Stadium Mini, Pengkalan Nangka, di sini, lelaki terbabit meragut beg tangan remaja perempuan berusia 17 tahun diletakkan dalam raga motosikalnya.

Dia turut mengugut mahu mencederakan remaja terbabit selepas menyambar beg tangan berisi kad pengenalan, telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM200.

Bagaimanapun, nasibnya kurang baik apabila remaja itu meminta tolong penduduk kampung yang kemudian mengejarnya dan sempat memukul hingga cedera, selain kain pelekatnya tertanggal ketika cuba melarikan diri.

Difahamkan, gambar lelaki itu turut tersebar di laman sosial memperlihatkan dia separuh bogel seperti bersantai di tepi jalan dengan hidung dan mulut berdarah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Katanya, suspek seorang penganggur berasal dari Kampung Bukit Payong, Terengganu, meragut mangsa sebelum mangsa meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

"Dia dikejar tidak jauh dari lokasi dia meragut mangsa dan cedera akibat bergelut dengan orang kampung ketika melepaskan diri.

"Suspek dibawa ke Hospital Tumpat, di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Hasil siasatan lanjut mendapati ujian air kencingnya negatif dadah dan tiada senjata berbahaya digunakan," katanya. -Siti Rohana Idris/15/10/14


, ,

Rabu, 8 Januari 2014

Nenek 74 Tahun Dipaksa Lakukan Seks Oral


[SH] BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - 8/1/14

,

Jumaat, 22 November 2013

[Video] Identiti Wanita Belasah Peragut Terdedah



Wanita Dalam Video Belasah Peragut, Seorang Ahli Muay Thai

[Mstar] PETALING JAYA: Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap.

Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita.

Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain," katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis.

Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis.

"Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi," katanya.

Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri.

Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah.

Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya.

Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup.

Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya.

Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal.

Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya.

Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup. -22/11/13






, ,

Khamis, 29 Ogos 2013

Kematian Eksekutif AirAsia Tragis




[TMI]Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. - 29 Ogos, 2013.




,

Rabu, 14 Ogos 2013

Tengah Bersolat Pun Kena Ragut!

Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering.

[SH] KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan in sya Allah, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya.


P/s: Gila selamat di negara paling selamat di Asia Tenggara!


,

Khamis, 13 September 2012

Suspek Tetak Tangan Wanita Ditahan


[SH] KOTA BHARU – Mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim mengharapkan penjenayah terbabit mendapat balasan setimpal dengan kecederaan dialami.

Rohairani berkata demikian susulan penahan dua suspek yang dipercayai terlibat meragut beg tangannya di Jalan Sultanah Zainab, di sini, 30 Ogos lalu.

“Saya bersyukur suspek sudah ditahan polis. Saya harap mereka dapat balasan sama dengan kecederaan pada tangan saya ini. Jangan pula perkara sama berlaku kepada orang lain,” katanya.

Mangsa yang juga pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian itu.

Dia yang masih trauma berkata, selepas kejadian tersebut, dia sudah tidak lagi membawa beg tangan jika keluar ke mana-mana.

“Semasa lalu di tempat kejadian, saya masih lagi dapat merasai kejadian itu dan saya juga takut untuk berjalan sendirian,” katanya.

Rohairani bagaimanapun bersyukur sudah dapat mengerakkan bahagian depan jarinya walaupun masih berbalut dan berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Polis Kelantan berjaya menahan dua suspek bersama beberapa senjata yang digunakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, setakat ini kedua-dua suspek masih dalam tahanan pihak polis.

“Saya percaya dalam masa terdekat, laporan akan dikemukakan kepada ketua polis negeri untuk tindakan selanjutnya. Kita percaya dapat menangkap orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan itu dan mereka akan menerima hukuman setimpal,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ismail turut memuji kecekapan dan tindakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berhubung kes terbabit, yang berjaya menahan suspek hanya dalam masa dua minggu.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Kelantan mengambil inisiatif berlanjutan untuk mengesan kalau ada kawan suspek yang juga terlibat dalam kes seumpama itu.

“Ini bagi menyelesaikan perkara seumpama itu dari terus menghantui masyarakat di Kota Bharu khususnya dan mengambil tindakan susulan bagi menambahkan kawalan di sekitar bandar,” katanya.

Beliau berharap, perkara ini dapat tangani dan mengharapkan kerjasama orang ramai supaya dapat mengawal jenayah setempat.

Sementara itu, belia turut memuji tindakan Kontinjen Polis Kelantan yang turut menempatkan anggota wanita di sekitar kawasan membeli belah bagi mengurangkan kadar jenayah ragut. “Saya akan serah cadangan susulan berhubung perkara ini untuk dilaksanakan diperluaskan kepada daerah-daerah lain melalui ketua polis negeri dan ketua polis daerah untuk dinilai,” katanya.
 
 
Laporan awal di sini.
 
 

,

Khamis, 30 Ogos 2012

Berita Berkaitan Gambar Wanita Ditetak yang Tersebar di Internet


KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.

Ibu kepada dua cahaya mata  yang pengsan selepas kejadian  itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.

Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja.

“Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya.
“Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan,” katanya.

 Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa.

 “Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan.

Ragut: Wanita ditetak hampir putus tanga 




 

, ,

Selasa, 14 Ogos 2012

Penyamun Diserang Sakit Jantung


[Bernama] SUNGAI PETANI- Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung selepas menyamun wang tunai RM20,000 daripada seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh secara tiba-tiba dari motosikalnya.

Sebelum itu, suspek dan tiga rakannya yang menaiki dua motosikal mengekori mangsa, Yeoh Ah Seng, 66, dari sebuah bank di Taman Pekan Baru di sini.

Menurut Yeoh, selepas mengeluarkan wang dia yang tidak menyedari diekori, memasukkan duit terbabit dalam kocek seluar dan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal ke Taman Orkid.

Bagaimanapun, katanya semasa tiba di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal cuba memintasnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang meminta dia memberhentikan kenderaan.
 
"Mereka kemudian telah mengoyakkan kocek seluar saya dan merampas duit RM20,000. Dalam keadaan kelam-kabut, saya cuba bergelut dan berjaya melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk menyembunyikan diri," katanya.
 
Yeoh berkata ketika berlindung di dalam kawasan pagar sebuah rumah, dia ternampak seorang suspek terjatuh ke atas jalan raya.
 
"Tiga lagi rakannya cuba menarik dan memanggil tetapi tidak dijawab. Mereka kemudian terus melarikan diri ke arah Sungai Layar," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda DSP Rickey Tey berkata suspek meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh.

Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. 
 
 
 

, ,

Khamis, 12 Julai 2012

[Gambar] Tragedi Yue Yue Berlaku di Malaysia


Akhirnya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang dilanggar dan dibiarkan kesakitan oleh orang ramai, berulang di Malaysia.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai 2012 lalu apabila seorang warga emas telah diragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terseret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malang apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkannya tanpa menghulurkan bantuan. Wanita malang itu hanya menerima bantuan daripada seseorang yang kemudiannya menghubungi ambulans.

Orang awam yang lalu lalang di situ tidak menghiraukan mangsa.


Selepas seorang awam yang prihatin membantu dan menghubungi ambulans, barulah mangsa dialihkan dari tempat kejadian oleh dua orang penduduk tempatan berbangsa India. 

Hari ini diberitakan bahawa wanita malang itu meninggal dunia 8 jam kemudian selepas dimasukkan ke hospital.

Fakta kejadian:
 - Mangsa ialah Tan Kim Chuan, balu berumur 60 tahun yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Mangsa diragut pada pukul 6.02 pagi oleh seseorang yang menunggang motosikal dan kejadian itu dirakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam lalu lalang dan membiarkan mangsa dalam keadaan kesakitan.
 - Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala.

Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang?



Lokasi kejadian.

Kredit: Artikel ini diedit/diubah suai daripada PulakDah!. 


,

Isnin, 23 April 2012

Peragut Diikat & Dibelasah

Sekadar hiasan.

[HM] KUANTAN: Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas bukan saja gagal, malah dia bermandi darah akibat dibelasah orang ramai selepas diikat pada tiang telefon, di Permatang Badak, di sini, tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.

“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya di sini, semalam.



, ,

Ahad, 1 April 2012

Polis Dakwa Kes Serangan Asid di Rawang Selesai

 
Polis Selesai Kes Simbah Asid Di Rawang
[Bernama] SHAH ALAM: Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.

"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Ahad.

Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah itu sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar sehari selepas kejadian berkata kes simbah asid itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan asid berangkai yang berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kedua-dua mangsa itu bermotifkan jenayah ragut.  
 
 
Berita terdahulu di sini.
 
 

,

Khamis, 23 Februari 2012

Lelaki dan Isteri Hamil Ditahan Kerana MERAGUT


Saya petik:

[HM] SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.

Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.

“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.


P/s: Malu dapat, sakit dapat, hukuman pula menanti jika didapati bersalah! Bingai!


Berkaitan:

penyamun ditangkap

[SH] SUNGAI SIPUT (U) – Gara-gara terdesak, seorang lelaki sanggup mengajak isterinya yang sedang mengandung meragut di pasar pagi, Pekan Sungai Siput di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin lima bulan itu cuba meragut bekas duit seorang peniaga buah, tidak berjaya apabila mereka ditangkap orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan menunggang motosikal dan meragut bekas duit milik seorang peniaga.

Menurutnya, tindakan isteri yang membonceng motosikal meragut bekas duit digantung di gerai berkenaan disedari peniaga itu, lalu menjerit meminta pertolongan.

“Selepas meragut, suspek terus memecut motosikal, tetapi mereka berjaya ditangkap orang ramai.

“Si isteri berusia 22 tahun, dipercayai orang tempatan, manakala suaminya berusia 32 tahun dari Kedah,” katanya.

Beliau berkata, dengan tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Sungai Siput.

, ,

Khamis, 15 Disember 2011

Angkara Peragut, Jururawat MAUT


Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal moto­sikalnya di Jalan Residensi, dekat sini.

“Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.

“Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disia­sat.

Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui.

Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989.

“Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.



, , ,

Khamis, 6 Oktober 2011

Peragut MATI Dibelasah


Saya petik:
[KOsmo] KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki Myanmar yang meragut beg tangan milik dua pelancong warga China berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada peragut itu mati dibelasah oleh orang awam dalam kejadian berhampiran medan makanan di Pudu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, orang ramai yang berang dengan tindakan peragut itu bertindak memukul dan menendang suspek namun salah seorang daripada peragut itu berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, sebaik polis tiba di tempat kejadian, suspek yang dipukul telah mati akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.

"Sebelum kejadian, kedua-dua suspek itu meragut dua wanita warga China yang ketika itu dalam perjalanan ke hotel selepas makan di medan selera berkenaan.

"Berlaku pergelutan dalam cubaan meragut itu dan dua mangsa wanita tersebut juga cedera akibat ditikam dengan pisau," kata beliau di sini semalam....


, ,

Selasa, 27 September 2011

[Gambar] Peragut Kena BELASAH!


Saya petik:


Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.

P/s: PADAN MUKA! Saya katakan begitu kerana peragut ini rata-ratanya golongan muda yang sihat wal afiat. Mereka mampu melakukan sebarang kerja halal untuk menampung hidup. Mungkin kerana malas, tidak mahu badan dibasahi peluh, mereka memilih untuk melakukan jenayah ragut yang kadang kalanya meragut nyawa mangsa. Walaupun tindakan masyarakat yang membelasah peragut ini tidak wajar, namun saya tetap ingin mengatakan PADAN MUKA kepada si peragut.

Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain!




,

Selasa, 26 Julai 2011

Peragut Pura-pura Pengsan

Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Taktik seorang lelaki yang berlakon pengsan untuk mengelak daripada diberkas selepas meragut seorang wanita tidak berhasil apabila dia cedera akibat dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis Jumaat lalu. 

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas pada pukul 4.30 petang selepas dia meragut dompet Siti Noraini Mat Noh, 24, berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Pudu di sini. Siti Noraini merupakan kerani di sebuah kedai menjual motosikal di Jalan Pasar di sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Siti Noraini memberitahu, sebelum kejadian, dia sedang berjalan kaki bersama seorang rakan untuk ke tempat kerja selepas makan di sebuah restoran makanan segera berdekatan. 

“Saya terkejut apabila lelaki memakai baju belang itu datang dari belakang dan terus merampas dompet yang saya pegang. 

“Kejadian itu berlaku sepantas kilat dan saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menjerit,” ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, dia dan rakannya kemudian mengejar peragut yang berjalan kaki itu tetapi tidak berhasil kerana suspek berlari pantas.

,

Selasa, 5 Julai 2011

Peragut Jatuh atas Najis Kerbau

Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: Seorang peragut bernasib malang apabila diberkas dalam keadaan seluruh badannya bersalut najis kerbau di kawasan berpaya selepas meragut beg tangan seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki berusia 20-an itu diberkas sepasukan polis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tidak lama selepas mangsa yang diragut membuat laporan.
Malah, tindakan lelaki terbabit bersama dua rakannya masih bebas seolah-olah mengundang padah apabila melakukan kegiatan itu berhampiran balai polis.

Mangsa, Nor Azma Sarif, 19, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya Nor Laila Mohd Nor, 22, dalam perjalanan untuk menaiki bas dari Masjid Tanah ke asrama mereka di Kuala Sungai Baru.

“Saya duduk di kerusi berhampiran tangga, manakala rakan duduk berasingan dan apabila sampai berhampiran Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, ada penumpang menekan loceng untuk turun.
 P/s: Elok sangat!

,

Sabtu, 21 Mei 2011

Maut Kejar Peragut




Saya petik:

[Bernama] KANGAR: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini maut dalam usahanya mengejar peragut yang dikatakan cuba meragut rantai leher perak milik adiknya di KM10, Jalan Kaki Bukit di Beseri dekat sini malam Khamis.

Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Adiknya, Nur Syaza Naurah, 15, yang membonceng motosikal itu menceritakan kejadian tersebut bermula ketika mereka baru sahaja mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Balai Baru apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal yang bertanyakan sesuatu tetapi mereka tidak mengendahkanya.

"Pada masa yang sama lelaki itu cuba meragut rantas leher saya tetapi gagal kerana saya sempat menepis tangannya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri.

Dia berkata kakaknya yang naik berang telah mengejar motosikal peragut itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut.

Namun motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya selepas berselisih dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, selepas terjatuh dia sempat bangun menyelamatkan diri tetapi kakaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang menyebabkan dia meninggal serta merta di tempat kejadian.

Mayat Nur Syaza Yasmin dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Keteri sebelum solat Jumaat.

Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Supritendan Rosli Yahaya berkata pihaknya telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit.

"Kedua-dua pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun. Salah seorangnya adalah pemandu yang kenderaannya berselisih dengan motosikal mangsa manakala sorang lagi yang melanggar mangsa," katanya.

Beliau juga berkata polis masih belum pasti sama ada kes tersebut membabitkan kes ragut tetapi masa masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lelaki yang dikatakan peragut itu belum dapat dikesan.

,

Rabu, 13 April 2011

[Video] Aksi Peragut Pecah Cermin Kereta di Seksyen 16 Petaling Jaya



Menurut keterangan di Youtube, klip ini dirakam pada 27 Mac 2011.  Manakala berita di Yahoo pula menyatakan bahawa kejadian ragut ini berlaku di Seksyen 16, Petaling Jaya. Klip ini menjadi "hangat" sejak dimuatnaikkan di Youtube dan laman sosial.

Klip sepanjang 23 saat ini menunjukkan 2 orang lelaki yang menunggang dan membonceng sebuah motosikal menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di laluan yang mempunyai lampu isyarat. Pembonceng motosikal itu kemudiannya bertindak memecahkan cermin tepi kereta itu dan meragut beg di sebelah tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua penjenayah itu meninggalkan tempat kejadian dalam sekelip mata.
Hati-hati. Sesuatu musibah seperti kejadian boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa dapat anda jangkakan!

Video:

P/s: SEBARKAN Video ini!!!!


,

Selasa, 22 Februari 2011

[Gambar] Padan Muka!


Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.

Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya. - Hadzlihady Hassan dan Muhaamad Hafis Nawawi






P/s: Tiada simpati!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH