Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label serangan asid. Papar semua catatan

,

Selasa, 13 Ogos 2013

Wanita Cedera Disimbah Asid




[Bernama] Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. 

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya. - 11/8/13


Kemas Kini:

Wanita Disimbah Asid Stabil

[Bernama] KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. -13/8/13



,

Rabu, 10 Julai 2013

Wanita Kritikal Disimbah Cuka Getah


[Kosmo] BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut. 

Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. 

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut. 

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar. 

“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik. 

“Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!


Berita Berkaitan:

Suami cemburu ‘gila’

[HM] Bau: Berpunca daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an.

Namun, sumber polis berkata, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). 

Menurutnya, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar dan si suami menuduh isterinya curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja. 

“Pertengkaran berlarutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengambil cuka getah dan menyimbah ke muka serta badan isterinya yang berkerja sebagai jurujual itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri.

Menurutnya, suspek yang juga pengawal keselamatan cuba membunuh diri kerana takut melihat isterinya yang melecur teruk di muka dan badan itu menggelupur kesakitan.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari anak lelaki pasangan terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar ibunya menjerit kesakitan.

“Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu.

“Bagaimanapun, mungkin tidak tahan dengan keadaan panas, lelaki itu keluar dan duduk di sisi keretanya. Kesempatan itu diambil anaknya yang menenangkan suspek sebelum menghubungi ambulans,” katanya.

Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pasangan terbabit kini kritikal dan dirawat di ICU HUS.

“Mangsa wanita melecur teruk di muka dan badan, malah berkemungkinan hilang penglihatan akibat disimbah cuka getah manakala suspek turut cedera di tangan selain tidak sedarkan diri,” katanya. 

Mohd Sabri berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak gila ke atas dirinya serta isteri sendiri, namun ia didorong perasaan marah serta terlalu emosi dalam menangani masalah rumah tangga mereka.




, , ,

Ahad, 23 Jun 2013

Aktres Muda Pakistan Disimbah ASID



[HM] Peshawar: Seorang aktres muda melecur teruk selepas menjadi mangsa serangan asid di barat laut Pakistan semalam, kata polis dan keluarga mangsa.

Remaja yang cuma dikenali sebagai Bushra, 18, popular selepas muncul dalam beberapa filem, drama dan teater diserang ketika tidur di kediamannya di bandar Nowshera, kira-kira 148 kilometer di barat laut Islamabad. 

Abang Bushra, Prevez Khan berkata, seorang lelaki memanjat tembok rumah mereka pada awal pagi menyimbah asid itu ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Pegawai polis tempatan Sultan Khan mengesahkan insiden itu.

Katanya, Bushra dikejarkan ke Hospital Lady Reading di Peshawar.

“Doktor berkata, 33 peratus daripada muka dan bahu Bushra melecur akibat serangan asid berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan remaja terbabit kini semakin stabil setelah menerima rawatan.

Sementara itu, Pervez membuat laporan polis terhadap penerbit drama televisyen tempatan, Shaukat Khan, kerana mendakwa lelaki terbabit marah apabila Bushra menolak lamarannya.

 Serangan terhadap artis bukanlah asing di Pakistan. Pada 18 Jun 2012, seorang penyanyi kelahiran Lembah Swat, Ghazala Javed, ditembak mati bersama bapanya oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Ghazala - ketika itu berusia 24 tahun - dan bapanya ditembak ketika mereka keluar dari salun kecantikan di Peshawar.

Suami Ghazala dilaporkan bergaduh dengannya dan menjadi punca pembunuhan berkenaan. Penderitaan mangsa serangan asid menjadi fokus filem dokumentari 40 minit, Saving Face yang menjadi pemenang Oscar diterbit dan diarahkan wanita negara itu Sharmeen Obaid-Chinoy tahun lalu. - AFP

Laporan lanjut di sini.


, ,

Ahad, 1 April 2012

Polis Dakwa Kes Serangan Asid di Rawang Selesai

 
Polis Selesai Kes Simbah Asid Di Rawang
[Bernama] SHAH ALAM: Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.

"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Ahad.

Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah itu sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar sehari selepas kejadian berkata kes simbah asid itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan asid berangkai yang berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kedua-dua mangsa itu bermotifkan jenayah ragut.  
 
 
Berita terdahulu di sini.
 
 

, ,

Khamis, 29 Mac 2012

[Tragis&Sadis] Daripada Rupawan kepada ???: Mangsa Serangan Asid Bunuh Diri Kerana Ketidakadilan Undang-undang dan Ketidakpekaan Kerajaan


DM melaporkan seorang bekas penari Pakistan yang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas disimbah asid akhirnya bertindak membunuh diri selepas lebih sedekad menanggung derita dari segi fizikal dan emosi.

Fakhra Younus, 33, bertindak terjun dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, 12 tahun selepas serangan asid yang menurutnya telah menyebabkan dirinya tidak kelihatan seperti  manusia.

Menurut laporan media, serangan yang berlaku sekitar Mei 2000 itu didakwa dilakukan oleh bekas suaminya, Bilal Khar. Dia dikatakan telah  menyimbah asid ke muka Fakhra yang sedang nyenyak tidur.

Serangan yang berlaku di depan anak tunggal mereka itu menyebabkan Fakhra sukar bernafas dan berjuang untuk hidup. Hidungnya hampir "cair" sepenuhnya dan dia terpaksa  menjalani 39 pembedahan untuk membaiki wajahnya sepanjang dekad yang lalu.

Serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu juga telah menyebabkan rambutnya terbakar, mencantumkan bibirnya, membutakan mata dan merosakkan telinga kirinya, dan turut "mencairkan" payu daranya.


Life-changing: Fakhra Younus, pictured left before the horrific acid attack in May 2000, was left heavily facially disfigured after having acid thrown in her face
Wajah Fakhra selepas serangan asid.


Selepas mendapatkan rawatan, ibu kepada seorang anak itu berpindah ke Itali dan meneruskan rawatannya di sana.

Namun segala-galanya berakhir apabila  Fakhra mengambil keputusan membunuh diri pada 17 Mac lalu. Dalam mesej yang ditinggalkan, Fakhra menyatakan ketidakadilan undang-undang dan sikap tidak peka pemerintah Pakistan menjadi punca dia bertekad untuk menamatkan hayatnya.

Bilal Khar telah ditangkap pada tahun 2002 dan didakwa dengan cubaan membunuh. Namun, Bilal Khar, bekas ahli Parlimen dan anak gabenor Pakistan yang kaya, akhirnya dibersihkan daripada tuduhan tersebut. Banyak pihak percaya bahawa dia menggunakan pengaruh keluarganya untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Bilal menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dalam serangan itu dan mendakwa seorang lelaki lain yang mempunyai nama yang sama  telah melakukan jenayah itu. Bilal juga mendakwa bekas isterinya itu membunuh diri kerana mengalami masalah kewangan, bukan kerana kecacatan yang dialaminya.

Cleared: Younus's ex-husband Bilal Khar, the son of a wealthy Pakistani governor, was cleared in 2003 of charges relating to the attack
Bilal Khar.


Lebih daripada 8 500 kes serangan asid, perkahwinan paksa, dan pelbagai bentuk keganasan terhadap wanita dilaporkan di Pakistan pada tahun 2011, menurut Yayasan Aurat, organisasi yang memperjuangkan hak asasi wanita di Pakistan.

Peningkatan kes serangan asid mendorong kerajaan Pakistan memperkenalkan undang-undang baharu. Berdasarkan undang-undang itu, individu yang disabitkan bersalah perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 14 tahun. -DCM


P/s: Kejam gila!
Persoalanya, mampukah undang-undang melindungi wanita jika mahkamah dan sistem perundangan dipengaruhi wang dan politik?



,

Rabu, 28 Mac 2012

[Video] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah ASID


PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.

[HM] RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.

"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

"Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

"Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

"Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya.

Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang.

"Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.

Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama.

Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran.





, ,

Jumaat, 16 Mac 2012

[Gambar] Ketabahan dan Keberanian Mangsa Serangan Asid Hadapi Penyerang dan Kesakitan



 
 Patricia Lefranc, 48 muncul di mahkamah untuk menghadiri perbicaraan bekas teman lelakinya, Richard Remes yang didakwa kerana melakukan serangan asid terhadap dirinya di Belgium, lapor Daily Mail.

Lefranc yang telah menjalani 86 kali pembedahan dan terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan lain mengharapkan perbicaraan itu akan memberikan keadilan kepada dirinya.

"Lelaki itu benar-benar ingin membunuh saya," katanya.

Remes yang berusia, 57 dikatakan merancang mahu menyembur asid sulfurik ke arah Lefranc. Remes didakwa menunggu Lefranc keluar dari lift di sebuah bangunan di wilayah pinggiran kota Molenbeek-Saint-Jean lalu menyembur asid tersebut ke arah Lefranc.

"Remes telah menghancurkan hidup saya sebagai seorang perempuan. Siapa yang mahu berteman dengan wanita wajah raksasa ini?" soal Lefranc.

Menurut Lefranc, setiap kali melihat cermin, kecederaan pada wajahnya itu mengingatkan tentang kesengsaraan yang terpaksa ditanggung.

Kesan daripada serangan asid itu, Lefranc mengalami kecederaan serius pada mata kirinya, manakala telinganya pula tidak mampu lagi mendengar. Selain itu, jari manis tangannya terpaksa dibuang.

Sementara itu, tertuduh Remes mengemukakan permohonan maaf dan menafikan bahawa serangan itu bertujuan untuk membunuh bekas kekasihnya itu. Dalam kenyataannya, Remes berkata dia langsung tidak mengetahui bahawa asid sulfurik boleh meninggalkan kesan yang amat menggerunkan. -DCM















Foto: REUTERS


P/s: Gila kejam!



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH