Apabila MENTERI dan MENTERI BESAR dikaitkan dengan ARTIS & perilaku Negatif PEMANDU
Saya pautkan DUA cerita yang dikatakan ada kaitan dengan Menteri dan Menteri Besar Kerajaan BN dan sudah tentu ahli parti UMNO. Memang tengah hangat diperkatakan di blog-blog propembangkang, mahupun sesetengah blog prokerajaan. Bermacam-macam spekulasi timbul hasil daripada pendedahan tersebut. Bermacam-macam persepsi juga berlegar-legar dalam fikiran orang yang membacanya.
Bukan mahu menuduh mereka terlibat dalam perilaku negatif atau menyokong perilaku negatif orang yang dikaitkan dengan mereka, namun apabila timbul isu seperti itu di internet, maka tercetuslah persepsi & spekulasi dan jika palsu maka hal itu sudah berunsur fitnah.
Oleh itu, bukankah lebih baik orang-orang yang rapat/pegawai khas yang dilantik memberitahu akan hal ini kepada bos mereka, agar dengan sepantas kilat orang yang dikaitkan dapat MENAFIKAN cerita yang DIYAKINI TIDAK BETUL yang dilaporkan/dicetuskan oleh sesetengah blogger/media. Perbuatan mendiamkan diri atas alasan enggan melayan tulisan tidak berasas dalam hal sebegini bukanlah suatu tindakan yang bijak, kecualilah jika mereka benar-benar TERLIBAT dan apa-apa yang diperkatakan itu BETUL.
Dikatakan pemandu seorang Menteri Besar yang bukan sahaja popular sejak beberapa bulan ini, malah statusnya juga mencetuskan kontroversi sehingga sekarang, mabuk todi dan ditangkap pula oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Oleh sebab penangkapan ini mungkin mencemarkan nama bosnya, maka timbul pula cerita tentang tangan ghaib yang melepaskan si pemandu ini daripada sebarang dakwaan yang mungkin dikenakan terhadapnya.
ala klu pasal peribadi negatif bukan stakat org kerajaan.yg membangkang pun ada..2x5.xdepulak org nk komplen huhu-RosAnakPakcik
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Disember 18, 2009 10:45:00 PTGsalam Ros,
Comment by Unknown @ Sabtu, Disember 19, 2009 8:52:00 PGManusia mana yang tidak buat silap...saya tulis dua2 pihak...yang penting orang yang dikatakan berbuat buruk itu perlu menafikan. bukan senyap seribu bahasa!