Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 4 Disember 2009

Hinanya AKHIL HAYY di mata JAIS


Orang yang mahu berdakwah di Selangor perlu ada sijil dan kelulusan tertentu daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Jika anda bersekolah pondok, sila pastikan sijil anda itu diperakui dan diterima oleh pihak terbabit. Jika tidak, lupakanlah hasrat anda untuk memberikan ceramah di Selangor.

Anda juga tidak boleh ada masalah peribadi seperti masalah perceraian dan sewaktu dengannya. Kes seumpama itu adalah "dosa besar" untuk menjadi penceramah. Jika ada, anda juga mungkin akan menerima nasib seperti yob di bawah ini. Bercerita tentang penceraian yob ini, memang panas. Jangan tersilap sebut depan perempuan-perempuan yang seolah-olah lebih mengetahui daripada bekas isterinya, lebih memahami isu ini lebih daripada tuan empunya badan, melenting tidak tentu fasal. Tiba-tiba terkeluar perkataan dan frasa: tidak bertanggungjawab, ketam mengajar anak, menyampah, penting diri sendiri, dan sebagainya. Apa nak buat? Orang lain yang bercerai, orang lain pula yang terasa hati membabi buta.

Persoalannya: Adakah untuk mengatakan arak itu haram, rasuah itu berdosa, golongan perempuan perlu menjaga aurat, berjudi itu haram, membunuh itu dosa besar, berzina itu dosa besar, mencuri itu salah, merogol itu dosa, mengambil harta anak yatim itu haram, menyalahgunakan wang rakyat itu salah, dan sebagainya memerlukan seseorang memiliki ijazah daripada universiti dan institusi pendidikan yang tinggi? Untuk melihat "kehebatan" dan "ketinggian ilmu" orang JAIS berhujah, sila baca pautan di bawah ini, mungkin hujah ini juga akan diberikannya ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan di akhirat nanti:

Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama.

Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.


“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.
“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain,” katanya, semalam.

Malah, katanya, selepas ditahan Jais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakang agama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkan dunia artis.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar.

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagi penceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tangga dengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini.

Menurutnya, kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelar penceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memiliki ilmu agama yang syumul.

“Bagi saya, kita sudah mengetahui latar belakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan penceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini.

“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaran untuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadap pengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikan kebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakap jika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.

Menurutnya, seorang penceramah perlu mempunyai sifat terpuji dan tidak mengaibkan orang lain dalam ceramah dan bagi Akhil yang perlu juga melihat peranannya yang menyindir masyarakat artis yang pernah disertai satu ketika dulu.

“Alasan itu (tidak mengaibkan orang lain) adalah antara peraturan yang perlu dipatuhi jika ingin memperoleh kebenaran berceramah di negeri ini.

“Kami tidak mahu sebahagian besar daripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkan orang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh mereka yang menjadi pendengar,” katanya.

Tanpa menidakkan hak untuk Akhil dan penceramah lain berceramah, Mohamed Khusrin, berkata setiap penceramah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memiliki bukti kemampuan dan kemahiran ilmu agama yang dimiliki.

Menurutnya, Jais akan memastikan ada bukti seperti sijil atau kelulusan dalam bidang agama dimiliki mereka yang berhasrat berceramah di negeri itu bagi mengelak timbul masalah yang tidak dijangkakan termasuk membawa unsur yang bertentangan amalan umat Islam di negara ini.

“Kami juga mempunyai cara tersendiri bagi mengenal pasti sama ada seseorang pemohon itu memiliki ilmu agama yang sepatutnya bagi melayakkan mereka menyampaikan ceramah agama.

“Begitu juga pendekatan tertentu dilakukan bagi mengesan sama ada mereka (pemohon) menjadi pengamal sesuatu pegangan yang tidak dibenarkan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, saringan teliti itu bagi memastikan tidak ada penceramah ‘mata duitan’ yang mahu menjadikan kawasan di negeri itu sebagai ‘lubuk’ bagi mengaut keuntungan mudah mereka.
Berkaitan:
* Awak pulak Berlatar-belakang Apa?


RESPONS AKHILL HAYY:
* Usah serkap jarang

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH