IMPLIKASI MEMANSUHKAN SUBSIDI GULA
Laporan akhbar di bawah ini menyatakan: Pemansuhan subsidi ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan. Pemansuhan subsidi ini mungkin akan menaikkan harga gula sehingga 70% dan hal ini sudah tentu akan mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat. Pada masa sekarang, kerajaan membelanjakan sebanyak RM720 juta untuk menanggung kos subsidi gula.
Government planning to end sugar subsidy to promote healthy living
KUALA LUMPUR: The Government may remove its subsidy on sugar as a way to get Malaysians to become more healthy.
The removal of the subsidy could increase the price of sugar by almost 70%, and this should discourage people from consuming so much of it.
Currently, the Government spends about RM720mil a year subsidising sugar.
The move has been proposed by various consumer groups.
The National Health and Morbidity Survey in 2006 revealed that 43.1% of Malaysian adults were overweight or obese, double the number from a decade ago.
Some 25% of deaths in government hospitals were due to circulatory diseases and strokes linked to high blood pressure, high cholesterol, high blood sugar content and obesity.
Yang di atas tadi ialah laporan berita tentang kewajaran memansuhkan subsidi gula. Namun, pernahkan kita terfikir bahawa gula bukan seperti rokok. Rokok tidak digunakan untuk membuat kuih-muih, tidak juga digunakan untuk membuat kek dan roti, malah bukan juga ramuan untuk membuat bubur, biskut, dan aiskrim. Rokok juga bukan pemanis untuk segala macam minuman. Rokok dan gula merupakan dua barangan "keperluan" yang berbeza. Oleh sebab itu, saya bukan sahaja menyokong kerajaan melarang syarikat rokok menjual rokok dalam pek bersaiz kecil mulai 1 Jun 2010, tetapi menyeru kerajaan mengharamkan penjualan rokok di negara ini.
Gula umpama minyak. Jika mereka memansuhkan subsidi gula, maka akan naiklah segala macam barangan makanan yang bersangkutan dengan gula. Demi menagih semula wang sebanyak RM720 juta itu, kerajaan sanggup membiarkan rakyat menderita menanggung beban kenaikkan harga makanan yang sudah tentunya melambung tinggi. Lebih menggerunkan, apakah yang akan terjadi kepada duit sebanyak RM720 juta itu nanti?
Dapatkah kita membeli kuih serendah RM0.30 atau air pelbagai perisa pada harga RM1 segelas jika subsidi gula dimansuhkan. Cuba teka berapa harga secawan teh tarik di kedai mamak? Jika sekarang milo ais dijual semahal RM1.80/2.00 segelas, berapakah harganya jika harga gula dinaikkan? Eh, teh dan milo tidak menggunakan gula! Tetapi susu pekat yang digunakan itu mengandungi gula, jika harga gula naik, maka sudah tentu harga susu pekat akan naik!
Perlukah menarik subsidi gula untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat? Jika begitu, mengapa tidak menaikkan harga beras, kerana beras juga menyumbangkan kepada penambahan berat badan dan meninggikan paras gula dalam badan jika diambil secara berlebihan? Justeru, banyak lagi cara lain yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah ini dan bukannya melalui cara yang sedang dirancang!
Akal ada ke?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.