TUN M: Nazri Patut Letak Jawatan!
Bukan mahu menyokong Tun M, tetapi hujah Tun M itu ada benarnya. Menurut beliau, UMNO ialah parti perkauman, justeru pandangan yang dikemukakan oleh DS Nazri itu menurutnya agak bertentangan dengan partinya sendiri yang didakwa oleh Tun M sebagai parti yang membela orang Melayu (ya ke?) . Jadi, tepat dan padatlah saranan Tun M agar DS Nazri meletakkan jawatannya. Mungkin PAS, PKR, DAP, PPP, GERAKAN menarik minat DS Nazri demi mempertahankan semangat 1Malaysianya?
Tidak kisahlah atas dasar apa yang diperjuangkan oleh DS Nazri, tidak kisah jugalah atas alasan apa yang diberikan oleh Tun M, namun saya menyokong penuh agar silibus BTN ini dirombak supaya isi kandungan ceramah dan aktivitinya mencerminkan semangat perpaduan yang total dalam negara ini. Apalah guna jika kita berbuih-buih mulut melaungkan slogan 1Malaysia, tetapi dalam senyap kita melaungkan kebencian terhadap sesetengah golongan yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan pemerintah atau terhadap sesetengah kaum minoriti di negara ini?
Berkaitan:
"Dia adalah ahli UMNO. Dia patut letak jawatan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai selaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadapnya mengenai isu Biro Tata Negara (BTN).
Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, Umno sendiri adalah sebuah parti bersifat perkauman yang membela nasib orang Melayu.
Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir
Comment by armouris @ Khamis, Disember 10, 2009 9:31:00 PG