Jika DAP Dikatakan BIADAP, Pihak yang Gadai/Jual Tanah Masjid Layak Digelar APA?
Dua cerita berkaitan dengan masjid. Satu cerita tentang YB yang mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid dan jumlah peruntukan untuk membina rumah ibadat agama lain, Satu lagi cerita tentang tanah yang sepatutnya untuk dibina masjid, tetapi digadaikan/dijual untuk projek kormersial. Cerita pertama dikaitkan dengan YB DAP, satu lagi cerita dikaitkan dengan agensi kerajaan.
Jika DAP dikatakan biadap mempersoalkan hal itu, pihak yang menggadaikan/menjual tanah masjid layak digelar apa?
Bagaimana pula dengan pihak yang meruntuhkan surau dan masjid seperti heboh diperkatakan suatu ketika dahulu demi pembangunan dan perbezaan fahaman politik? Apa pula respons dan gelaran yang layak diberikan kepada "MEREKA"?
PERSOAL PERUNTUKAN MASJID DAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN
Isu bina masjid: Kor Ming dibidas
[UM] Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.
Berkaitan:
* Jakim Bidas DAP
* Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun
* Kor Ming bangkit sentimen kebencian
GADAI TANAH MASJID
[ZUL4KULIM] - ...Antara isu yang saya kemukakan adalah bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh meluluskan pembangunan berbentuk komersial dan kompleks belibelah di tapak yang digazet sebagai "tanah simpanan masjid". Mengikut Kuala Lumpur Structure Plan 2020, tapak di kawasan yang hari ini dikenali sebagai kawasan Sri Hartamas bersebelahan dengan jalan besar telah digazetkan sebagai "tanah simpanan untuk pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas".
Tau-tau kawasan itu sekarang sedang dibangunkan pusat komersial oleh syarikat Glomacs.
Saya terkejut apabila YB Menteri memberi jawapan bahawa memang benar kawasan itu dikenalpasti sebagai "Tanah Simpanan pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas" didalam KL Structure Plan 2020. Namun setelah penyerahan oleh pemaju kepada kerajaan, tanah tersebut telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Oleh itu boleh dirumuskan daripada jawapan itu bahawa MAIWP telah menjual tanah tersebut kepada syarikat Glomac untuk dibuat pembangunan komersial.
Saya berasa sangat kesal dengan berlakunya perkara ini. Pada saya ini adalah pengkhianatan kepada umat Islam dan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara menghendaki bahawa apa-apa projek pembangunan mesti ada kawasan yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid atau surau. Ini bersesuaian dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini adalah untuk menjamin hak dan keistimewaan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.