Bagaimana ENJIN JET PEJUANG Boleh Hilang?
Enjin dengan nilai pasaran sekitar RM30 juta hingga RM50 juta itu masih dalam keadaan baik, didapati hilang ketika dalam simpanan di Gudang Material Udara I
(Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, akhir tahun lalu.
Ketika kejadian, enjin milik sebuah pesawat F-5E milik 12 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth disimpan sementara di gudang berkenaan sementara menunggu dihantar untuk kerja penyelenggaraan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, anggota TUDM yang ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap enjin yang disimpan dalam kontena itu terkejut mendapati muatan bernilai puluhan
juta ringgit itu lesap, sekali gus berjaya melepasi kawalan keselamatan ketat di pangkalan udara berkenaan.
Bukan itu sahaja. Laporan akhbar itu turut melaporkan bahawa:
Lebih mengejutkan apabila dokumen rahsia mengandungi butiran penyelenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin jet pejuang terbabit yang disimpan dalam sebuah peti besi di pangkalan udara sama turut lesap.
Itu cerita kehilangan enjin jet dan dokumen rahsia tentang penyelengaraannya. Bagaimana pula rahsia pertahanan negara yang lain. Selamatkah rahsia pertahanan negara kita? Berdasarkan berita ini, rakyat Malaysia sewajarnya mempersoal tentang tahap keselamatan rahsia pertahanan negara. Kita juga berhak mempersoal sistem kawalan di gudang atau tempat-tempat yang menempati peralatan, aset, dan dokumen yang menjadi rahsia pertahanan negara.
Hebatnya sistem keselamatan negara kita, dahulu senjata di kem askar dilarikan orang, kini enjin pesawat pejuang pula hilang, selepas ini?
Berita kehilangan enjin jet ,memalukan rakyat malaysia..ini sudah jelas menampakkan ketidak pekaan pihak bertanggungjawab terhadap isu ini,usahlah kita terlalu bangga dengan permilikan jet sukhoi,kalau perkara semudah ini pun boleh berlaku...malaysia terlalu bangga diri dengan percapaian sebelum ini,setiap hari memuji dengan mempunyai jet sukhoi,itu semua hanya buatan negara Russia.Kita masih jauh ketinggalan...!!!!
Comment by I-Fifa @ Isnin, Disember 21, 2009 9:38:00 PTGlepas ni kapal selam pulak yang hilang, pasalnya TD dah bagi senjata m16 kpd penjahat, TUDM dah bagi enjin jet kpd negara luar dan TLDM bagi pulak kapal selam kat singapor ke, thailand ke, kemudian negara2 ni akan guna untuk serang kita suatu hari nanti, siapa tahu kan....
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Disember 22, 2009 4:42:00 PTG