Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Skandal Enjin Jet. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 19 April 2011

WikiLeaks Dakwa Media Malaysia Buat Laporan Palsu Skandal Kehilangan Enjin Jet



Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.

Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel tersebut.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.

Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail  berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel  itu lagi.

Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan  ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan.

Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.

Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith.

Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak.

 P/s: Sampai ke luar negara orang tahu "perangai" buruk media perdana Malaysia!


Jumaat, 16 Julai 2010

Ngerinya Membaca Pendedahan "Suspek" Kes Kehilangan Enjin Jet!

Saya petik:
Tharmendran Dakwa TUDM Seksa Untuk Paksa Mengaku Bersalah Kes Enjin Jet Hilang
[SK] KUALA LUMPUR 16 Julai - Sarjan N Tharmendran daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia yang dituduh bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E Januari lalu membuat pendedahan berhubung penderaan fizikal yang dialaminya semasa di dalam tahanan di penjara Sungai Buloh selama enam bulan.


Beliau yang hadir bersama peguamnya, N Surendran berkata beliau telah mengalami penderaan fizikal yang teruk dan dipaksa untuk mengaku bersalah.

Pada sidang media di parlimen semalam, Tharmendran, 42, berkata seorang ketua pegawai penyiasat, Mejar Ismail Omar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa beliau mengaku bersalah.

"Sepanjang tempoh tahanan saya bermula 2 Julai 2009, selama 60 hari saya ditahan, mereka tidak memberitahu keluarga di mana saya ditahan. Saya dipaksa mengaku bahawa saya bersalah mencuri enjin tersebut.

"Sepanjang tempoh sisatan, Mejar Ismail Omar, ketua pegawai penyiasat dipanggil Panglima Tentera Udara untuk meyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin dan boleh menggunakan apa cara sahaja asalkan dapat selesaikan kes ini," ujar beliau.

Tharmendran juga menceritakan bagaimana beliau telah didera oleh pegawai berkenaan dan tidak dibenarkan tidur selama tiga minggu di dalam sebuah bilik kecil secara berterusan dan dipaksa mengaku bersalah.

Semasa dalam tahanan itu, beliau juga diminta memakai topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai retak.

Sepanjang dalam tahanan itu juga, beliau turut mendengar tahanan lain didera dengan teruk sehingga tangisan dan jeritan mereka dapat didengari.

"Semasa saya disoal siasat, terdapat tiga hingga empat orang yang disoal siasat. Mereka turut didera dan saya dapat mendengar tangisan mereka merayu agar tidak dipukul. Namun saya tidak pasti sama ada mereka mahu tampil membuat pendedahan seperti yang saya lakukan ini," jelas beliau lagi.

Beliau juga turut kesal terhadap TUDM yang langsung tidak mengambil tahu mengenai apa yang berlaku terhadapnya sepanjang tempoh tahanan namun selepas dia dibebaskan, dia dipanggil untuk bertugas kembali.

"Tempoh perkhidmatan saya sepatutnya berakhir pada 28 Mei tahun ini tetapi selama 6 bulan saya ditahan di penjara Sungai Buloh, tidak pernah sekali pun mereka bertanya apa berlaku pada saya. Tetapi apabila saya keluar dengan peguam saya, baru mereka datang suruh saya bertugas. Saya rasa ini sangat tidak adil," tambah beliau.

Sebelum ini, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Minggu lalu, beliau telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Jaminan sebanyak RM50,000 bagi kesalahan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM dijelaskan oleh bapanya, N. Nagarajan selaku penjamin. - Fazli Othman

Selasa, 26 Januari 2010

Hanya SARJAN yang Terlibat Curi Enjin Jet? Hebat SARJAN Itu!

Selesai membaca berita di bawah ini, saya pasti ramai yang berpendapat bahawa orang kena tuduh dalam kes ini, iaitu seorang sarjan TUDM, sungguh hebat. Hebat sebab dapat mencuri dua buah enjin jet milik kerajaan Malaysia SEKALI dengan dokumen SULIT berkaitan dengan enjin tersebut tanpa "bantuan" orang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

Cuba untuk mempercayai laporan itu, tetapi susah...susah...lawak pun ada...

Kisah "kejayaan" separuh jalan si pengkhianat (jika bersalah) ini mungkin menarik jika dapat difilemkan seperti kisah-kisah benar tentang curi dan rompak yang pernah difilemkan oleh Hollywood selama ini. Turut didakwa dalam kes ini ialah seorang pengarah syarikat pembekalan.

Jika sarjan boleh mencuri enjin jet, bayangkan pula orang yang berpangkat lebih tinggi?

Baca berita ini:
[MK] Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah selesai menjalankan siasatannya mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan mendapati tiada pembabitan pegawai peringkat tertinggi.


Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan jawatankuasa itu mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.


Bagaimanapun, katanya, PAC mendapati ia merupakan satu kecurian yang terancang dan dilakukan dengan rapi.

Azmi juga menolak dakwaan dalam media bahawa kos enjin tersebut melebihi RM50 juta.

Sebaliknya, kata beliau, kadar pertukaran wang sekarang menunjukkan kos kedua-dua enjin tersebut ialah RM400,000 tiap satu.

,

Selasa, 19 Januari 2010

PANAS: AMERIKA Beri Amaran kepada MALAYSIA?

Apa cerita? Dengar khabar Malaysia diberi amaran oleh kerajaan pimpinan Encik Obama. Hari itu kecoh fasal keselamatan di Sabah. Hari ini kecoh fasal berita di bawah ini. Saya cedok salinan berita ini dari fromperakwithlove. Lanjut sila baca berita tersebut:

- Amerika Syarikat mungkin mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia jika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih gagal menangani dua isu yang dianggap serius oleh masyarakat antarabangsa, menurut sumber-sumber diplomatik.

Pentadbiran Presiden Barrack Obama menuntut penjelasan penuh dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersabit kecurian dua enjin pesawat F-5E dan siri serangan ke atas gereja serta rumah ibadat lain bersabit penggunaan kalimah Allah sejak dua minggu lalu.

Menurut sumber Wisma Putra, sekiranya Najib memandang ringan terhadap kedua-dua isu berkenaan, Washington mungkin mengenakan sekatan ekonomi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara bernilai lebih dari AS43.7 bilion.

Sebarang sekatan ekonomi akan memberi kesan buruk kepada Negara yang sudah pun ditimpa defisit belanjawan yang begitu besar. Sumber-sumber Wisma Putra memberitahu bahawa nota diplomatik yang dihantar oleh Washington mencerminkan keseriusan pentadbiran Obama yang sebelum ini hanya membuat bantahan menerusi kenyataan.

“Selepas ini, sekiranya kerajaan masih berdolak dalik dan tidak serius menangani masalah ini,
tekanan lebih hebat mungkin dikenakan termasuk sekatan ekonomi,” kata sumber berkenaan.

Dalam SMSnya kepada Suara Keadilan, Pegawai Media Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Tina Malone Washington memandang berat laporan media mengenai kehilangan ejin pesawat buatan negara itu.

“Kerajaan Amerika Syarikat memandang berat laporan mengenai kecurian enjin pesawat F-5E
yang dibekalkan kepada Malaysia. Kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Malaysia membentangkan laporan komprehensif berkaitan penyiasatan mengenai perkara ini.

Sumber Wisma Putra turut mengesahkan Amerika Syarikat juga menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Malaysia bersabit serangan bom petrol dan vandlisme ke atas beberapa buah gereja Kristian.

Serangan itu bertujuan mencetuskan provokasi dan ketegangan agama setelah Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan kalimah Allah dalam laporannya.

Kebimbangan Amerika Syarikat itu disuarakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Antarabangsa Amerika Mengenai Kebebasan Agama, Leonard Leo.

“Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan. - Dzulkarnain Taib

Versi Lain:
* US threatens sanctions over missing jets and church attacks

Sabtu, 26 Disember 2009

Bukan SATU, DUA Tetapi EMPAT Enjin TUDM yang Hilang?

Saya petik:

[TMI]— Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Selasa, 22 Disember 2009

Rupa-rupanya DUA Enjin Jet F-5E yang HILANG!



Cis, ingatkan satu, rupa-rupanya dua enjin yang lesap! Cuba fikirkan logik akal, barang yang begitu berharga, dikategorikan pula sebagai "rahsia" & senjata negara, hilang dan hanya disedari hampir setahun kemudian. Bukannya murah, RM100 juta. Itu soal harga. Bagaimana pula soal maruah dan keselamatan negara?

Kalau baca laporan BH di bawah ini, PM menyatakan bahawa kementerian dan TUDM tidak menyembunyikan apa-apa daripada masyarakat. Kalau baca laporan ini: "...The government's response and the manner in which the case has been handled so far have been appalling to say the least. We are now being told that the theft was discovered last May. And a police report was lodged only last August. So what was the Defence Ministry and RMAF doing in those three months? Were they looking under mattresses for the engines? But yet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak claims there is no cover up. He was then Defence Minister in Tun Abdullah Ahmad Badawi's Cabinet. He should have recommended then for the theft to be announced to the public. We are now told that a top general was sacked. Who is this man? If he is found to be liable for the theft he should perhaps face more severe action." kita dapat membuat kesimpulan yang berbeza daripada PM 1Malaysia. Siapa yang kita percaya?

Jika beginilah keadaannya, tidak perlulah negara lain menghantar "spy" yang hebat-hebat untuk mengetahui maklumat rahsia negara, hulur sahaja duit kepada pejuang-pejuang negara bertopengkan pengkhianat pelbagai pangkat yang bersepah dalam negara ini. Jika "kantoi" pun, perkara ini memakan masa bertahun-tahun untuk heboh dalam media. Jika diadakan siasatan dalaman, hasilnya mungkin juga menemukan jalan buntu seperti misteri kehilangan enjin jet yang dilaporkan. Tidak percaya? Menurut laporan BH, ...kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyeru agar suatu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat pihak yang terlibat (Menteri Pertahanan, orang atasan TUDM/ATM, anggota TUDM, dan syarikat kontraktor) dalam kes kehilangan enjin-enjin tersebut.Penyiasatan oleh suruhanjaya diraja ini sekurang-kurangnya dapat "menjawab" pelbagai perkara pelik dalam kes ini. Yang paling pelik apabila Menteri Pertahanan ketika itu kini sudah menjadi PM, manakala bos TUDM ketika itu kini menjadi Panglima ATM. Jika tidak wujudkan sahaja slogan: BARANG HILANG, PANGKAT TIDAK HILANG.



Berkaitan:

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007
[BH]: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

“Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini,” kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

“Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

“Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit… bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

26 Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar

1 November 2007 – enjin kedua dihantar keluar

Mei 2008 – enjin disedari hilang

4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat

13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara

25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula.

Isnin, 21 Disember 2009

ISU JET PEJUANG: Benarkah TUDM Beli Jet Tanpa Enjin?


Saya mengulas isu enjin jet pejuang F-SE yang hilang seperti yang dilaporkan oleh akhbar pada Sabtu yang lalu dan hal ini sudah kecoh 1Malaysia sehingga ke hari ini. Memang mengejutkan dan semestinya memalukan. Malu dengan diri sebagai rakyat Malaysia dan malu kepada warga dunia yang memperlekeh tahap keselamatan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara dan sudah tentu memperkatakan intergriti & moral pejuang bangsa yang bertopengkan pengkhianat yang terlibat dalam skandal ini. Lebih memalukan apabila kehilangan enjin ini berlaku pada masa PM 1Malaysia menjadi Menteri Pertahanan, iaitu pada tahun 2007 dan kehilangannya hanya disedari pada penghujung tahun 2008 seperti yang dilaporkan oleh akhbar sebelum ini. Berdasarkan laporan akhbar terkini, enjin jet pejuang itu telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan bukannya di Eropah seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini.

Lanjutan daripada kiriman itu, ada satu komen yang menggunakan identiti Anonymous, tetapi tidak dapat saya siarkan sepenuhnya kerana ada perkataan kurang mesra polisi blog ini turut disertakan dalam komen tersebut. Pemberi komen tanpa nama itu mendakwa:

"...Hilang enjin satu cerita, saudara tahu tak TUDM beli jet pejuang MB339 dari
Itali tanpa enjin, beli body sahaja dan pasang enjin buruk. Sejarah dalam dunia
beli pesawat tanpa enjin, janji dapat komisyen. Keselamatan negara apa? General semua macam unta kenyang!!! Mampus la kita kalau kena serang, semalam hantar C130 nak ambil pemain bola kat Laos, pesawat pun rosak, kesian pemenang pingat emas tertunggu macam orang bodoh!!! Bayangkan lah macam mana jijik dan huduh nya organisasi yang di amanahkan mempertahankan negara...."

BENARKAH BEGITU? Saya tidak tahu sama ada dakwaan ini benar atau tidak, mungkin juga hanya khabar angin, mungkin juga itu polisi perjanjian jual beli jet pejuang tersebut, saya juga tidak menuduh TUDM berbuat demikian, tetapi petikan komen di atas itu wajar diberi perhatian jika dakwaan itu ada kebenarannya dan bertentangan dengan perjanjian pembelian pesawat tersebut.

Hari ini Pak Kadir mengulas isu kehilangan enjin jet pejuang itu dengan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan dengan isu yang amat memalukan sistem keselamatan negara. Beliau juga menggesa kerajaan menubuhkan suatu suruhanjaya diraja untuk menyiasat hal ini. Lanjut seperti yang disalin dan ditampal di bawah ini:
SHOULD we be happy and jump with joy at the news that a brigadier-general and 40 other armed forces personnel were sacked for alleged involvement in missing RMAF jet engines incident?

The New Straits Times headlined today that they were given the boot late last year after Air Force jet engines worth RM50 million went missing.

Why alleged? What then is the “real” truth behind this dastardly, shameful, treacherous act?

Why only an internal inquiry? Why not a full-blown investigation and trial by a civil or military authority?

Why not a court martial? If these people could steal and sell their own equipment, what is there to stop them from surrendering to the enemies when their lives are at stake?

Something is amiss. Where was the Minister in-charge when this alleged crime was committed? Where were the generals, the secretary-general and the internal auditors? Sleeping?

Something is fishy. Why just an internal inquiry? Why just gave them the boot? This is an act of treason. Why were they not court-martialed?

I have no answer. It’s too mind-boggling. It defies logics.

Here, I strongly feel that there’s a very strong reason to call for the setting up of an independent royal commission.

Satu Malaysia malu dan terancam akibat perbuatan khianat ini atau adakah ia ibarat kata pepatah, kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Sabtu, 19 Disember 2009

Bagaimana ENJIN JET PEJUANG Boleh Hilang?


MENGEJUTKAN! Enjin jet pejuang F-SE hilang. Sila klik pautan ini untuk mengetahui lanjut tentang jenis pesawat yang dimaksudkan dalam laporan di bawah ini. Akhbar Harian Metro melaporkan:
Umpama "sudah terhantuk baru tengadah", barulah ATM mahu mengambil tindakan:

Berdasarkan situasi di atas, petualang yang terlibat sudah pastilah melibatkan "orang dalam". Justeru, Jabatan Logistik TUDM telah membuat rombakan dan MEMECAT beberapa orang pegawai dan anggota. Lanjutan daripada laporan di atas, pihak polis dikatakan telah mengenal pasti 4 dalang yang terlibat yang dikatakan terlibat dengan urusan jual beli enjin itu kepada individu di sebuah negara Eropah.

Itu cerita kehilangan enjin jet dan dokumen rahsia tentang penyelengaraannya. Bagaimana pula rahsia pertahanan negara yang lain. Selamatkah rahsia pertahanan negara kita? Berdasarkan berita ini, rakyat Malaysia sewajarnya mempersoal tentang tahap keselamatan rahsia pertahanan negara. Kita juga berhak mempersoal sistem kawalan di gudang atau tempat-tempat yang menempati peralatan, aset, dan dokumen yang menjadi rahsia pertahanan negara.

Hebatnya sistem keselamatan negara kita, dahulu senjata di kem askar dilarikan orang, kini enjin pesawat pejuang pula hilang, selepas ini?


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH