Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label WikiLeaks. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 4 Julai 2013

MP BN Enggan Mohon Maaf atau Tarik Balik Dakwaan Anwar Miliki 20 Akaun Bank




[Bernama] KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng hari ini menegaskan tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan. 

Menafikan kenyataannya semalam bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

"Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat. 

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Reaksi Liang itu susulan gesaan Anwar dan beberapa anggota Parlimen pembangkang hari ini yang menuntut beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan dihadap kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar yang menyentuh isu itu awal hari ini menafikan terdapat sebarang maklumat yang mengaitkan dirinya mempunyai akaun bank Israel, disiarkan oleh laman web Wikileaks.

"(Dakwaan) yang melibatkan akaun Israel yang dikaitkan dengan saya itu tidak disebut dalam WikiLeaks. Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu dalam WikiLeaks. 

"Kalau ada pun (maklumat itu disiarkan) dalam Wikileaks, itu bukan keputusan muktamat, itu pandangan Wikileaks berdasarkan maklumat yang dikutip," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger Umno…. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

"Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah 'abuse of privilage'," katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Liang mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya anggota Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat meneruskan dakwaan itu, usul boleh dikemukakan untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada Yang Berhormat semua bahawa kalau sudah terlajak kata...sebab itu saya selalu mengingatkan," katanya. 


P/s: Tolong ulang tuduhan itu di luar Dewan agar DSAI boleh mengambil tindakan undang-undang. Jadi, rakyat malaysia boleh melihat kebenarannya. 

Seperkara lagi, MP BN ini juga perlu membangkitkan soal pembunuhan Altantuya yang benar-benar disebut dalam WikiLeaks. Berani??

Apa kata DSAI?




, ,

Rabu, 3 Julai 2013

[Video] Isu Anwar Miliki 20 Akaun: MP BN Tidak Berani Sambut Cabaran Anwar di Parlimen

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam)

Isu Akaun Luar Negara: Anwar Mahu Rujuk MP ke JK Parlimen

[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

Menurutnya, dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.

Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.

"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.

"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.

"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Liang bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut.

Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di Parlimen.

Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dakwa Anwar.

"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.


P/s: Bacul!!! 







, , , ,

Khamis, 22 Mac 2012

[PANAS] Anwar Sedia DEBAT dengan Raja Petra dan Najib di Pentas Antarabangsa Anjuran Julian Assange


[KD] KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

“Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga,”
katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

“Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa,” kata Anwar.



P/s: Debat akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia. Beranikah Najib menerima pelawaan Julian Assange, sedangkan cabaran debat di dalam negara pun tidak berani disahutnya? Adakah dia akan demam berminggu-minggu untuk mengelakkan diri untuk menjawab pelawaan tersebut?



, ,

Isnin, 19 Mac 2012

Isu Wikileaks, Raja Petra: Penjelasan Pejabat Anwar Ibrahim


KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim



P/s: Bukan program debat la bedul UMNO, program wawancara. Bukan PKR yang minta gugurkan RPK bedul UMNO, pihak penganjur yang berbuat demikian. Kasihan Najib, sedarlah diri yang awak itu takut hendak berdebat dengan Anwar. Sudah berkali-kali dipelawa, semuanya ditolak. Siapa yang kecut, siapa yang demam? Kalau mahu menangguk di air yang keruh, lihat betul-betul, pastikan airnya benar-benar keruh!



, , , , , ,

Selasa, 20 September 2011

[PANAS] Wikileaks: SPR Pernah Keluarkan 60 Ribu Kad Pengenalan PALSU!


Saya petik:
[MK] Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

P/s: Siapa pengkhianat? Mat Sabu/Mat Indera atau pihak yang mengeluarkan kad pengenalan PALSU? Laporan Wikileaks ini tidak akan sesekali keluar di Utusex, blog pencacai, dan media elektronik pencacai!


Berkaitan:
Pemohon PR diingatkan mengundi 'parti pemerintah'

[MK] Seorang pemastautin tetap yang memohon mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkannya bahawa tugas utamanya, jika diberi kerakyatan, mengundi “parti pemerintah ".

Dalam temu bual e-mel, pemohon yang lahir dan dibesarkan di Malaysia itu berkata, pegawai berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses mendapatkan kerakyatan.

"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?

"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang menjejaskan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini Sabtu lalu berkata, ibu bapanya juga dimaklumkan perkara yang sama. Mereka berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi,' yang mereka kata tidak mungkin,” katanya.

"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir ditentukan oleh tempat kelahiran.)

, , ,

Selasa, 13 September 2011

[PANAS] Wikileaks: Anwar Didakwa Miliki Bukti Kukuh Kaitkan Seterunya dengan Kes Altantuya

Saya petik:
[Malaysia Chronicle] Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu.

Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda.

Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat "kukuh", malah "keterangan berdokumen" bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003.

Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman.

Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan.

Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi:

"Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003

Anwar mendakwa bahawa Najib mempunyai hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda. Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. "


Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara.

Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003. Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. "


Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak?

Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri.

Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan?

Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Sepuluh tahun kemudian, Najib - masih Timbalan Perdana Menteri - tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar. Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara.

“Dalang “

Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib. Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya.

Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau. Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya. Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000.

Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King's College London. Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib.

Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik. Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO.

Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut. Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi?

Musuh lama: pukulan siapa akan mengena?

September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur "fitnah" terhadap beliau.

"Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali," Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan.

Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh?

Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi.

Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO.

Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.


P/s: Siapa mahu jawab?




, ,

Jumaat, 19 Ogos 2011

[PANAS] WikiLeaks Dedah "Projek Mahathir": 600 Ribu Warga Mindanou dan Indonesia Didakwa Diberi Kerakyatan di Sabah


Saya petik:

[WikiLeaks] ¶6. (C)  UMNO's main Sabah-based partner party, PBS, remains 
publicly indignant about UMNO grants of citizenship and 
related voting rights during the 1990s to over 600,000 
foreigners (predominantly Muslims from Indonesia and 
Mindanao), in return for those individuals' votes in Sabah's 
state assembly elections.  Two PBS state assemblymen, Ching 
Eng Leong and Samson Chin Chee Tsu, told us on October 4 that 
former PM Mahathir began the initiative prior to the 1994 
state assembly election, in order to ensure UMNO's political 
takeover of Sabah.  UMNO's control was further solidified 
during the 1999 state election, as UMNO granted more 
foreigners citizenship and voting rights under what came to 
be known as "Project Mahathir."  According to Samson, PBS 
switched from its opposition party status in 2000 and allied 
itself with UMNO.  Ching said, "UMNO had completely taken 
over by that time.  They paid off our party leaders and 
several assemblymen in cash, and threatened to freeze our 
constituencies out of federal and state funding if we didn't 
join them."  Since 2000, the state assembly has remained 100 
percent controlled by the UMNO-led coalition; opposition 
parties in Sabah have no elected representatives. 



P/s: UMCO dan pihak dinamakan dalam laporan ini boleh menafikan hal ini. Namun, bagi orang Sabah, hal ini dapat dilihat di depan mata. Jika dakwaan pelbagai pihak tentang pemberian kerakyatan kepada warga asing rancak di beberapa negeri, maka orang di negeri terbabit pun dapat melihat perkara yang sama nanti. Jadi, kalau terbukti dakwaan ini benar, renung-renungkan dan fikir-fikirkan, siapa pengkhianat negara yang sebenar?

Cuba baca, Projek IC pun sudah ada laman sendiri di Wikipedia. Klik di sini.













, ,

Khamis, 11 Ogos 2011

[PANAS] WikiLeaks Dedah MENTERI dan PEGAWAI Najib Homoseks, SIAPA?


Saya petik:

Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation.

TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks).

Kalau sesiapa yang selalu menjengah blog, baik blog pro-PR  atau pro-BN pasti tahu tentang kontroversi seorang menteri yang didakwa menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada seorang artis suatu ketika dahulu. Lelaki sama lelaki. Itu yang kecoh sekejap. Namun dakwaan WikiLeaks ini mengatakan bahawa ahli Kabinet itu baru dilantik. Siapa? Siapa juga gerangan orang lain yang dinyatakan dalam laporan yang didedahkan oleh WikiLeaks?

P/s: Macam-macam! Siapa yang panas punggung sekarang?


,

Selasa, 24 Mei 2011

WikiLeaks: Eskay dan Kumpulan Pemisah Selatan Thai


Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: Kabel kedutaan AS rahsia pada 2006 yang dibocorkan telah mendedahkan tahap pengaruh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah di dalam urusan dengan kumpulan pemisah Melayu Thai yang masih terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Thai.

Eskay, yang kemudiannya menjadi konsulat kehormat Thai di Langkawi, telah berkongsi pengetahuannya tentang pergerakan kumpulan pemisah ini dan aktiviti-aktiviti mereka kepada pegawai-pegawai Kedutaan AS berpangkat tinggi di dalam satu mesyuarat pada 5 Feb 2006.

Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington.

Butiran kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin yang telah diterbitkan di dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Clark, di dalam kabel, telah membongkarkan beberapa pemahaman, maklumat dan tindakan-tindakan kumpulan pergerakan pemisah daripada Eskay termasuk:

- Penggunaan Malaysia sebagai tempat perlindungan yang selamat;
- Peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pemberontakan generasi tua dalam menyediakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin muda;
- Mengenal pasti seorang pemberontak veteran yang aktif mengarahkan serangan-serangan;
- Pemberontak-pemberontak menerima bantuan kewangan melalui Singapura dari sumber-sumber yang tidak diketahui;
- Pertubuhan pemisah generasi yang lebih muda memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi “terlalu panas”; dan
- Pemberontak-pemberontak muda mempunyai pekerjaan tertentu di restoran-restoran Thai dan di estet getah.

Clark berkata maklumat daripada Eskay berkaitan kumpulan pemberontak itu adalah maklumat paling terperinci pernah pasukan AS terima.


“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan besar golongan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.


“Pendapat-pendapatnya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada orang yang dipercayai,” kata Clark di dalam kabel.

Kabel menambah bahawa Eskay telah menggambarkan dirinya “pengantara” penting yang memainkan peranan dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Melayu Thai dan kerap berhubung dengan pertubuhan pemisah di kedua-dua bahagian sempadan.

“Eskay berkata dia menjalankan usahanya dengan sebahagian besar pemberontakan kebebasan Thai dan Kerajaan Malaysia, dan mengekalkan hubungan berterusan dengan Ketua-ketua kumpulan pemisah paling dikenali yang tinggal di Malaysia.


“Bagi menyokong kenyataannya, dia menunjukkan rakaman video ketika mengadakan pelbagai mesyuarat dengan lelaki, yang ia sifatkan sebagai Ketua-ketua pemisah lebih tua dan bersama pengendali-pengendali yang lebih muda,” tambah Clark di dalam kabel.

Clark bagaimanapun memberi amaran yang kepercayaan Eskay dalam menawan golongan lama Kumpulan Penentang ini bercanggah dengan pendapat ahli politik Malaysia, pegawai-pegawai dan polis yang umumnya berpendapat golongan tua ini sebagai tidak relevan.

Dia juga berkata bahawa terdapat beberapa sukarelawan rakyat Malaysia yang mencurigai hubungan Eskay dengan Kumpulan Pemisah itu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam urusan perniagaan kontroversi pada masa lalu.

Clark juga memberitahu di dalam kabelnya yang identiti Eskay adalah dilindungi.


Golongan lama

Kabel berkata Eskay telah memaklumkan kepada pegawai AS yang kebanyakan daripada generasi tua
Ketua-ketua Pemisah Melayu ini tinggal di Malaysia dengan pengetahuan dan persetujuan kerajaan Malaysia.

“Eskay mengesahkan generasi pertubuhan pemisah lebih muda, termasuk yang terlibat di dalam serangan baru-baru ini di selatan Thailand, sering memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi 'terlalu panas' dan mereka memerlukan tempat perlindungan yang selamat,” kata kabel, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia tidak sentiasa mengetahua identiti dan perjalanan golongan pertubuhan pemisah lebih muda.

Kabel berkata para pemimpin yang lebih tua, dengan jaringan mantap di Malaysia, mewujudkan perkhidmatan sokongan untuk kumpulan pemberontak di dalam penyediaan tempat perlindungan dan transportasi, pemberian perkerjaan termasuk di dalam restoran-restoran Thai dan di estet getah.

Clark juga berkata bahawa Eskay menamakan seorang pemberontak veteran, Abdullah Idris, naib presiden Barisan Revolusi Nasional (BRN-C), sebagai bertanggungjawab untuk mengatur untuk beberapa serangan yang sedang berlaku di selatan Thailand.

Bagaimanapun Eskay percaya yang pertubuhan pemisah Melayu hanya melakukan 30% serangan-serangan di selatan itu ke atas tentera Thai, puak polisi dan agensi perisikan bersama kumpulan penjenayah bertanggungjawab untuk baki serangan yang lain.

“Eskay mendakwa yang ramai pemimpin-pemimpin pemberontak percaya Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dan Penasihat Parti Thai Rak Thai General Chavalit Yongchaiyudh membiayai kebanyakan daripada serangan keganasan baru-baru ini.”

Kabel juga berkata bahawa Eskay mengakui mengatur mesyuarat-mesyuarat di antara risikan Malaysia dengan pelbagai pemberontak-pemberontak yang beroperasi di Thailand, dimana mesyuarat-mesyuarat membincangkan satu persefahaman untuk laluan selamat di dalam Malaysia.

Bagaimanapun dia berkata walaupun di bumi Malaysia, militan Melayu Thai tidak merasakan selamat daripada kemungkinan penculikan atau pembunuhan.

“Ada sekurang-kurangnya satu peristiwa, seorang pemburu ganjaran Thai telah merasuah tempatan polis Malaysia untuk menculik sekumpulan pemisah yang ada di Malaysia.


“Eskay telah campur tangan untuk membebaskan mangsa, dimana seorang pegawai polis Malaysia telah mengunci mangsa di dalam bonet kereta polisnya,” tambah kabel.


Pembiayaan asing dan rangkaian antarabangsa

Kabel juga berkata Eskay telah mendedahkan beberapa pemberontak yang menerima wang daripada sebuah bank di Singapura, melalui sebuah money changer di sempadan Padang Besar, Perlis.

Eskay juga telah memaklumkan kepada Pegawai AS dia tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kumpulan pertubuhan pemisah Melayu itu mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas luar seperti Al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.

“Eskay tidak tahu punca dana… walaupun terdapat pandangan beliau ia ada potensi hubung kait dengan kumpulan pengganas,” kata kabel.

Eskay mengulas risikan Malaysia tidak memberi perhatian yang cukup atas risiko ini dan dia menggalakkan AS memberi perhatian terhadap perkembangan ini.

Mesyuarat di antara Pegawai AS dengan Eskay berlaku beberapa hari sebelum satu menjelang satu lawatan ke Thailand oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan Malaysia sebagai “fasilitator” yang berperanan untuk perbincangan tidak rasmi akan datang di antara pertubuhan pemisah Melayu dan perisikan kerajaan Thai.

Eskay bagaimanapun, merasakan bahawa peranan pengantaraan Malaysia tidak akan ada kemajuan.

“Sebaliknya, Eskay meramalkan keganasan akan berterusan,” menurut kabel AS, yang juga menyatakan Eskay telah berkongsi dengan Pegawai AS satu kertas 'rahsia' 12 halaman tentang kumpulan pemberontak dan pendapat-pendapat kumpulan Melayu Thai, hasil dari temubualnya dengan ramai ketua pemisah.

Lebih daripada 4,500 orang, Muslim dan Buddha, telah terkorban sejak pemberontak-pemberontak melancarkan satu pemberontakan di rantau paling selatan Thailand yang memagari Malaysia sejak awal 2004.

Tiga wilayah selatan telah berada di bawah pemerintahan darurat sejak 2005, memberikan kuasa-kuasa luas kepada pihak tentera untuk membuat tangkapan.

Eskay muncul kembali dalam tajuk berita pada Mac tahun ini selepas menunjukkan satu video seks yang di dakwanya menunjukkan Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina.

Anwar telah menafikan ia ialah dia dalam video tetapi Eskay berkeras dia bercakap benar,dan mendakwa dirinya turut ada di dalam rakaman video itu bersama dengan Anwar.
* Terjemahan PulakDah!

Siapa Eskay?


Saya petik:
[MiloSuam] (1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran
(2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat. 
(3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya. 
(4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya. 
(5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu. 
(6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini. 
(7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.

,

Khamis, 19 Mei 2011

[PANAS] Wikileaks Dedah 19 ‘Aktor Pengaruh’ dalam Kitar Politik Najib


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:


• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;


• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;


• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);


• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;


• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;


• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;


• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;


• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;


• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;


• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;


• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;


• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;


• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan


• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

P/s: Habis terbarai.

, ,

Rabu, 18 Mei 2011

[PANAS] WikiLeaks: Najib dan Pembunuhan Altantuya


Saya petik:
[MK] Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda  - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya - dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia. Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya. 


, ,

Selasa, 19 April 2011

WikiLeaks Dakwa Media Malaysia Buat Laporan Palsu Skandal Kehilangan Enjin Jet


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.

Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel tersebut.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.

Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail  berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel  itu lagi.

Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan  ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan.

Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.

Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith.

Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak.

 P/s: Sampai ke luar negara orang tahu "perangai" buruk media perdana Malaysia!


, ,

Ahad, 3 April 2011

Selepas WikiLeaks, Kini Muncul Pula "PornWikiLeaks"



Selepas WikiLeaks kini hangat pula dengan kemunculan laman sesawang PornWikiLeaks. Kalau WikiLeaks mendedahkan rahsia atau maklumat sulit melibatkan pemimpin, organisasi penting, dan negara, Porn WikiLeaks pula mendedahkan identiti dan maklumat peribadi pelakon porno. Itu bezanya.

Menurut laporan DM,  sebuah pusat perubatan di Los Angeles disiasat berikutan kebocoran maklumat pelakon porno yang disiarkan dalam sebuah laman sesawang. Adult Industry Medical (AIM) Health Care Foundation mengeluarkan kenyataan dua hari lalu bahawa organisasi itu disiasat kerana kebocoran maklumat perubatan pekerja industri seks dalam sebuah laman yang dipanggil Pornwikileaks.com.

Nama, tarikh lahir dan alamat lebih 15 ribu pelakon filem lucah dikatakan didedah di laman sesawang itu dan pendedahan ini memberikan kesan kepada bekas pelakon lucah yang telah bersara daripada industri tersebut, mahupun mereka yang masih aktif dalam industri ini.  Biarpun sesetengah pelakon lucah seperti Jenna Jameson menggunakan identiti sebenar, namun majoriti mereka menggunakan nama samaran.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang itu, ramai percaya kebocoran maklumat itu berpunca daripada komputer milik AIM, pusat yang menjadi tempat pelakon lucah melakukan ujian HIV dan penyakit kelamin yang lain.

Pornwikileaks.com didaftarkan di Belanda, namun maklumat pemilik dan laman sesawang itu masih lagi kabur. Pelakon lucah Donny Long  menafikan peranannya di belakang laman sesawang ini. Manakala jurublog hiburan dewasa Mike South mendakwa mendapat maklumat bahawa kebocoran maklumat itu berpunca daripada AIM.

Macam-macam! 


Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, , , ,

Sabtu, 15 Januari 2011

Skandal Seks: PM Itali Disiasat, Bekas Presiden Israel Dihukum, Apa Istimewanya Pak Menteri Malaysia?

Ruby
Kosmo memetik berita Agensi melaporkan sebuah akhbar Itali, iaitu Corriere della Sera mendedahkan bahawa bahawa Perdana Menteri (PM) Itali, Silvio Berlusconi kini disiasat berkaitan dengan kes pelacuran melibatkan gadis berusia 17 tahun dari Maghribi. Menurut laporan akhbar itu,PM berusia 74 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasanya untuk menyembunyikan pertemuannya dengan gadis tersebut yang mempunyai nama jolokan Ruby. 

Pejabat Berlusconi enggan memberikan sebarang komen tentang hal ini.

Kes itu diketahui umum beberapa bulan lalu selepas tersebarnya berita bahawa Berlusconi telah campur tangan untuk membebaskan Ruby yang ditahan atas dakwaan mencuri. Gadis itu kemudian dibebaskan polis.
Walaupun Berlusconi dan gadis itu menafikan mereka pernah melakukan hubungan seks, namun jelas badan perundangan di negara itu bertindak tegas mengambil pendekatan untuk menyiasatnya. Penafian dan penegasan PM dan mangsa bukanlah bukti muktamad untuk menutup kes tersebut.
Sebelum ini seperti yang diulas di MR, Moshe Katsav, bekas Presiden Israel  yang berumur 65 tahun telah didapati bersalah merogol pekerjanya semasa berkuasa dalam Kabinet Israel. Mengikut fakta kes, seorang pekerja wanitanya telah mendakwa ditolak ke lantai sebelum dirogol oleh Katsav pada tahun 1998, manakala pada tahun 2005, seorang lagi pembantunya mendakwa dipeluk dan lehernya dihidu oleh Katsav. Walaupun Katsav menegaskan bahawa beliau telah menjadi mangsa politik, namun Mahkamah Israel berdasarkan bukti dan fakta telah menjatuhkan hukuman minimum empat tahun sehingga enam belas tahun penjara.

Shimon Peres yang menjadi pengganti Katsav sebagai Presiden menegaskan bahawa "Tidak ada dua negara Israel, cuma satu negara".  Katanya lagi, "Di sini tidak ada dua jenis warganegara...semuanya sama di mata undang-undang." Hal ini sama sekali berbeza daripada skandal jenayah seks yang melibatkan seorang menteri Kabinet yang sehingga kini seolah-olah cuba ditutup oleh pihak tertentu. Tindakan tidak menyiasat kes tersebut dibidas oleh banyak pihak yang mendakwa Malaysia seolah-olah mempunyai dua set undang-undang yang berbeza.

Hal ini jelas kerana selepas beberapa ketika, apa perkembangan kes rogol yang melibatkan menteri itu? Cukupkah sekadar dengan keyakinan PM, penafian pelaku, penafian penuh sangsi mangsa maka kes ini ditutup begitu sahaja? Walhal di Itali, biarpun dinafikan PM Itali dan pasangan seksnya, namun pihak berkuasa tetap menyiasat kes itu. Bagaimana pula dengan laporan polis yang telah dibuat? Yang paling menarik, mengapa menteri itu tidak meminta pihak Migrant Care menarik semula laporan invertigasi yang mengatakan Robengah dirogol? Jika Migrant Care memfitnah, mengapa Robengah dan menteri itu tidak mengambil tindakan saman terhadap NGO tersebut?/www.duniacacamarba.blogspot.com

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

 

, ,

Isnin, 10 Januari 2011

[PANAS] Si Majikan Nafi, Si Mangsa Nafi, Tiba-tiba Keluar Cerita "Entot-entot" di Balik Pintu. Apa Cerita?


 Baru belek-belek berita TMI fasal pak menteri yang dikaitkan dengan kes merogol amah enggan memberikan komen tentang "penafian" amah yang pernah bekerja dengannya, saya jumpa satu kiriman di blog MSO. Kiriman ini jika benar sudah pasti akan memanaskan kembali kes ini. Menurut penulis politik ini, beliau mempunyai dua sumber yang mempunyai kaitan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada pak menteri tersebut.



WOW! Biar betul Pak MSO? Sahihkah sumber anda?


, ,

Sabtu, 8 Januari 2011

Kenyataan Media TERBAHARU Migrant CARE tentang Kes Rogol Robengah. Datuk Seri, Bila Mahu Saman Migrant Care/Pihak Terlibat?


Saya petik:
SIARAN MEDIA MIGRAN CARE

Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahun 2007.

Dalam sepekan terakhir ini, masyarakat Indonesia dikejutkan oleh Wikileaks yang mengungkap beberapa dokumen rahasia dan salah satunya adalah perihal dugaan perkosaan yang dialami oleh PRT migran Indonesia oleh seorang Menteri di Malaysia pada tahun 2007 silam. Di dalam dokumen tersebut, juga menyebutkan tentang Migrant CARE.

Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kulalampur.

Hingga kasus ini diungkap oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migrant CARE tidak pernah mengungkapkan kasus ini sesuai dengan permintaan korban. Dengan terungkapnya kasus ini, Migrant CARE berharap agar Pemerintah RI bisa menuntaskan kasus ini yang memenuhi rasa keadilan bagi korban.

Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran. Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan.

Jakarta, 7 Januari 2011
Anis Hidayah, Direktur Eksekutif.
Wahyu Susilo, Policy Analist

P/s: Kes rogol ini sewajarnya berakhir apabila pihak polis menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya. Kes ini sewajarnya selesai jika pak menteri itu meminta Migrant CARE atau pihak yang terlibat menarik semula dokumen penyiasatan yang mengaitkan namanya. Kes ini hanya selesai jika pak menteri itu menyaman Migrant CARE atau pihak lain jika NGO/pihak itu gagal menarik dokumen tersebut semula. Jika tidak, anda boleh mengagak apa yang sebenarnya berlaku! Anda boleh membuat spekulasi pak menteri itu sudah "membayar" bekas amah itu supaya menutup mulut. Anda boleh membuat pelbagai spekulasi lain yang logik di fikiran anda!

, ,

Jumaat, 7 Januari 2011

Migrant Care Sahkan Laporan Robengah Diperkosa. Siapa yang Menipu?

Di mana lokasi gambar ini? Di rumah Robengah? Wah, cantiknya! Kata Sumati, gaji Robengah tidak sampai RM700.
Saya petik:
[HD] NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.

"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.

"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kuala Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.

Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.

Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.

"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.

"Diharapkan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.  
Berita Berkaitan:
Mantan Menteri Malaysia Tak Akan Diadili
Pemerintah Tak Bisa Tindaklanjuti Kasus Perkosaan RB, TKI di Malaysia
Migrant Care Tidak Takut Digugat Pemerintah Malaysia

 P/s: Siapa yang menipu? Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerjaya Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat  atau Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo di atas?Adakah Robengah juga menipu?

Entah mengapa, bagaimana, saya mula was-was dengan kelewatan dua minggu Pak Menteri berkenaan menafikan tuduhan ini.

Pak Menteri tolong saman Migrant Care!


, ,

Siapa Boleh Sahkan Surat Ini Milik Robengah?


Surat ini bertarikh 7/01 dan ditampal di laman sesawang Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia pada 7/01 juga, bukan dikirimkan kepada jurublog UMCO seperti yang didakwa oleh sesetengah blog. 

Fuh, pos apa yang Robengah guna?

Benarkah tulisan dan surat ini milik Robengah?




, , ,

[Video&Gambar] Pasukan Pembela Siber Pak Menteri Mula Bertindak & Robengah "Mengaku" Tidak Diperkosa Pak Menteri



Dalam kes membabitkan Pak Menteri, jurublog pro-UMCO yang bersimpati dengan Pak Menteri berkenaan memulakan langkah untuk membelanya. Mereka menuduh dua jurublog elit, iaitu Rocky dan BigDog yang mendedahkan hal ini mempunyai agenda tertentu terhadap Pak Menteri berkenaan. Tulisan mereka turut "mengutuk" dan "menyindir" dua orang jurublog elit tersebut, malah sudah wujud "banner" yang mempermainkan kedua-dua jurublog itu. Ada sesetengah jurublog yang seolah-olah mengishytiharkan perang terhadap kedua-dua blog elit tersebut.

Walhal kedua-dua blog elit itu tidak menuduh atau menyiar nama Pak Menteri berkenaan dalam kiriman mereka. Cuba baca kiriman pertama mereka tentang hal ini. Dalam kiriman tersebut, kedua-dua blog menimbulkan persoalan, dengan harapan persoalan itu akan disiasat oleh pihak polis. Kedua-dua blog itu menulis berdasarkan pendedahan Wikileaks dan dokumen yang dikatakan dikeluarkan oleh Migrant Care. 

Blog-blog pro-PR juga menulis artikel di blog masing-masing berpandukan dokumen terbabit. Hal ini sekaligus menolak dakwaan bahawa blog-blog yang menyentuh isu ini mereka-reka cerita atau membuat tuduhan liar seperti yang terkandung dalam kenyataan media menteri tersebut. Malah setahu saya, blog yang mula-mula mengaitkan nama Pak Menteri berkenaan secara jelas dengan kes ini ialah MT. Selepas itu, barulah blog-blog lain mengaitkan secara langsung nama Pak Menteri berkenaan dengan kes tersebut.

Tiada siapa pun yang menuduh Pak Menteri berkenaan merogol amahnya secara melulu. Jurublog dan pemimpin pembangkang mempersoalkan kesahihan kes itu dan meminta Pak Menteri berkenaan menafikan tuduhan itu. Hasilnya, selepas dua minggu mendiamkan diri, Pak Menteri berkenaan menafikan tuduhan itu dan menganggap pendedahan itu hanya bermotif politik, berniat jahat, berisi tuduhan liar, dan sebagainya. Penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pasti akan menafikan kesalahannya. Justeru semua pihak meminta pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan serius yang diambil. 

Timbul persoalan di sini: 
* Mengapa Pak Menteri berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang dikatakan mengeluarkan  dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?
* Mengapa Pak Menteri berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah?
* Mengapa Pak Menteri berkenaan mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedangkan beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelakinya dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?
* Mengapa Pak Lah yang dikatakan mengetahui kes ini masih belum menafikan dakwaan bahawa beliau menyembunyikan hal ini?
* Mengapa pihak polis masih lagi belum menjalankan siasatan mendalam?
* Mengapa SKMM masih belum menyiasat kes ini seperti yang ditimbulkan oleh Rocky?

Antara persoalan yang dikemukakan oleh jurublog pro-UMCO termasuklah:
* Mengapa Robengah menunggu 5 bulan sebelum mendedahkan hal itu kepada Migrant Care? Dalam hal ini, Robengah mungkin masih dalam keadaan trauma dan merasa malu untuk mendedahkannya. Robengah mungkin tidak "setabah" Saiful Liwat. Hal ini turut didedahkan dalam dokumen tersebut yang menyatakan bahawa Robengah tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana hal itu akan mendatangkan aib kepada keluarganya.
*Mengapa Husam yang mungkin mengetahui hal ini tidak mendedahkan hal ini? Yang ini, Datuk Husam perlu perjelaskan sendiri.

Sekumpulan jurublog pro-UMCO telah mengunjungi Pak Menteri berkenaan di kediamannya. Misi mereka ialah membersihkan nama dan membela Pak Menteri berkenaan. Macam tidak percaya, Pak Menteri berkenaan kini menggunakan blog untuk membersihkan namanya. Adakah ini salah satu strategi yang difikirkan oleh Pak Menteri berkenaan selama dua minggu mendiamkan diri? Saya petik sedikit:
Ikuti temubual ekslusif yang berjaya kami lakukan bersama Sumati di kediaman DS Dr Rais semalam. Temubual ekslusif ini disaksikan oleh beberapa bloggers termasuklah  RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET),  Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat dan saya sendiri, Cucu Tok Selampit. Sahabat kami, Minaq Jinggo ditugaskan untuk merakamkan keterangan yang diambil dari rakan sebilik Robengah selama 10 tahun, Sumati.

Walaupun kami bloggers seperti nama di atas kerap berselisih pandangan mengenai sesuatu isu, sering bertelagah dan bertengkar sehinggakan pernah tidak bertegur sapa selama beberapa ketika, dalam isu DS Dr Rais Yatim difitnah dengan tuduhan mengaibkan iaitu memperkosa orang gajinya sendiri, kami membuang perbezaan di antara kami demi membersihkan nama seorang Menteri Kabinet yang cuba dijatuhkan oleh pihak-pihak tertantu.

Selain menyiarkan luahan hati Rais dan isteri, kumpulan jurublog itu juga menyiarkan berita yang menyiarkan kenyataan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat dan pengakuan Robengah yang mendakwa dirinya tidak pernah diperkosa (bersumberkan DetikNews, malah Astro Awani turut memetik berita di portal tersebut). Saya petik perenggan berkenaan:

Kumpulan jurublog ini turut menyiarkan temubual eksklusif dengan pembantu rumah yang dikatakan rakan sebilik Robengah semasa berkhidmat di rumah Pak Menteri berkenaan:

Sumati


Adakah dengan menyiarkan video ini, tuduhan terhadap Pak Menteri berkenaan boleh didiamkan begitu sahaja? Adakah petikan daripada DetikNews itu sudah memadai untuk membersihkan nama Pak Menteri berkenaan dan membakulsampahkan laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak? Orang mungkin akan mempersoal bahawa Sumati mungkin sudah diminta bercakap bohong. Kenyataan Robengah di Detik News itu mungkin direkayasa dan sebagainya. Justeru, penyiaran video dan laporan berita di portal itu bukanlah jalan terbaik untuk membersihkan nama Pak Menteri berkenaan.

Jika benar Robengah tidak pernah diperkosa oleh Pak Menteri berkenaan , maka pihak media seharusnya menemu bual bekas amah tersebut (tidak perlu malu jika tidak diperkosa) dan siarkan pengakuannya di media. Malah, pihak polis perlu menemu bual bekas amah itu untuk melengkapkan siasatan mereka. Selain itu, Robengah perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan dokumen yang mendakwa bahawa dia telah diperkosa oleh Pak Menteri berkenaan kerana dokumen itu turut mengaibkan dirinya.

Akhirnya, semua pihak yang prihatin berharap pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya dan memastikan pihak yang teraniaya terbela. Jika Pak Menteri berkenaan tidak melakukannya, maka ambillah tindakan terhadap pihak yang menulis dokumen yang mengaitkan beliau dengan tuduhan ini. Orang tertanya-tanya tentang sebab Pak Menteri berkenaan masih tidak bertindak balas terhadap Migrant Care yang didakwa mengeluarkan dokumen yang menjadi punca dakwaan rogol tersebut. Setidak-tidaknya, Pak Menteri berkenaan perlu meminta Migrant Care meminta maaf secara terbuka atau menarik semula dokumen tersebut.

Tidak perlulah meluahkan isi hati dalam blog-blog tertentu atau memuat naik video pengakuan orang tertentu kerana tindakan itu bukanlah cara untuk membersihkan namanya. Sebagai menteri yang berlatarbelakangkan undang-undang Pak Menteri berkenaan seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH