Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Mat Sabu. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 16 Januari 2016

Kawan BN Musuh Amanah - Mat Sabu




Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

"Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baharu. Mereka akan bertanding 8 kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di 8 kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman. Kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan, siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtimak Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, minggu lepas.

Amanah ditubuhkan serpihan kepimpinan profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap parti Islam itu yang kini dikuasai golongan konservatif ulama.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan parti itu tidak akan menyertai BN, namun bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak, khususnya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, berkata PAS bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya. – The Malaysian Insider/16 Januari, 2016.


, ,

Khamis, 24 Disember 2015

Pas Silap Besar 'Ceraikan' DAP - Mat Sabu



PENDANG - Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen. - Sinar Harian/23/13/15

, , , , , ,

Ahad, 6 Disember 2015

DAP Kesal Pemimpin PAS Fitnah Amanah, Mohamad Sabu



KUALA LUMPUR, 6 DIS: Tuduhan PAS kononnya Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, adalah alat serta jurucakap DAP adalah fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pihaknya membantu Amanah mengikut apa yang mampu berdasarkan semangat setiakawan Pakatan Harapan.

“Ia sama seperti DAP membantu PKR kerana kita sama-sama rakan komponen Pakatan Harapan,” katanya, memberi contoh usaha, setiakawan dan bantuan DAP kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang diserang Barisan Nasional dalam kes pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak kepada pemimpin Sulu di Filipina.

Beliau kesal dengan tuduhan PAS yang tidak adil itu kerana menuduh Mohamad Sabu sebagai jurucakap DAP dan Amanah sebagai proksi DAP.

“Biar saya jelaskan di sini, Mohamad Sabu adalah pemimpin Amanah, beliau adalah jurucakap Amanah. Saya adalah Setiausaha Agung DAP, saya hanya boleh menjadi jurucakap DAP dan bukannya Amanah.

“Namun kita bersatu hati dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana kita ada bersama dalam Pakatan Harapan,” ujarnya sewaktu merasmikan Konvensyen Biasa DAP Wilayah Persekutuan 2015 di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Semalam, media menyiarkan kenyataan pemimpin veteran PAS, Datuk Mustafa Ali, yang menuduh Mohamad Sabu sebagai alat atau jurucakap DAP, dan mendakwa Amanah adalah proksi DAP.

Sebelum Pakatan Rakyat berpecah atas sikap PAS yang mahu bermain dengan isu hudud yang bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, UMNO dan BN sering menyebarkan fitnah menuduh PAS sebagai proksi DAP.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan kini keadaan sudah terbalik apabila pimpinan PAS pula menggunakan taktik kotor UMNO-BN terhadapnya dahulu untuk memfitnah Amanah dan DAP.

“Ini adalah gaya politik UMNO yang dilakukan sejak zaman berzaman. Sekarang PAS gunakan taktik UMNO untuk menyerang Amanah dan DAP,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa Mohamad Sabu adalah pemimpin yang tegas, berani dan beramanah.

Katanya, Mohamad Sabu pernah dilantik sebagai ahli lembaga sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang dan dibayar elaun atas kapasiti sebagai wakil PAS, tetapi setelah beliau keluar PAS, beliau telah meletak jawatan daripada syarikat kerajaan tersebut.

“Inilah amanah. Malah, selepas itu beliau terus membantu kerajaan negeri Pulau Pinang tanpa dibayar apa-apa elaun,” tambah beliau. – Roketkini.com

, , ,

[Gambar] Hadi Paling Kerap Bertemu Ulama Syiah - Mat Sabu



Tindakan sesetengah pihak melabelkan beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Syiah hanya kerana mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari golongan itu, harus ditolak, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Ini kerana, katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merupakan orang yang paling banyak bertemu ulama Syiah, memandangkan beliau menganggotai Jawatankuasa Takrib Minal Mazhab (Merapatkan Hubungan Antara Mazhab) yang diasaskan Iran.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, di kalangan tokoh PAS, Hadi paling kerap bertemu ulama Syiah terutama ulama besar Iran, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri.

"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamenei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu.

Beliau menjawab kenyataan yang melabelkan penasihat utama Amanah, Ahmad Awang dan timbalannya Abdul Ghani Shamsudin, sebagai Syiah, kerana dikatakan sering bertemu ulama daripada kumpulan itu.

Tuduhan itu dibuat sesetengah pihak berdasarkan gambar kedua-duanya bersama ulama Syiah baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.

"Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

"Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu.

Selain Takrib, Hadi juga bertemu ulama Syiah dalam Jawatankuasa Palestin yang juga dianjurkan Iran dan mengadakan persidangannya di Tehran.

Menurut Mat Sabu, beliau sudah lali dengan pelbagai tuduhan, termasuk sebagai Syiah dan juga bapa komunis, ekoran pertemuan beliau dengan pemimpin mereka.

"Ada yang tuduh saya bapa komunis hanya kerana saya jumpa Rashid Maidin dan membela Mat Indera. Ini tak betul," katanya merujuk bekas pemimpin komunis.

"Kita boleh kritik presiden PAS kerana kenyataan dia, pendapat dia dan seumpamanya, bukan kerana dia bertemu dengan siapa, dan terus menghukumnya," kata Mat Sabu. – The Malaysian Insider/6 Disember, 2015.

Berkaitan:

PENCERAHAN ATAS FITNAH PULUHAN TAHUN

1. Haji Mohamad Bin Sabu atau lebih mesra saya panggil Abang Mat ini telah mengembara hampir keseluruh pelusuk dunia. Beliau berjumpa dengan ramai pimpinan negara luar termasuk parti politik atau NGO. Tajuk perbincangannya mudah, akhlak Islam dan Dunia Islam.

2. Di Timur Tengah, Eropah, Afrika Selatan, Amerika Latin sampai ke Venezuela, pelbagai pemimpin dan orang perseorangan telah beliau temui. Oleh kerana itu maka timbul isu abang Mat ini syiah, selepas itu timbul pula dia komunis, sosialis hingga yang terbaru beliau "dicekup" bersama amoi. Inilah pemimpin sejuta gambar. Rakyat dan siapapun mudah mendekati beliau.

3. Mengenai foto diatas, itu adalah koleksi lama pertemuan disebuah perpustakaan seorang penulis kitab tafsir di Iraq. Kami berkesempatan untuk singgah dalam perjalanan kami ke kawasan yang sedang bergolak dengan perang di Samarra. Untuk pengetahuan, penulis itu sudah meninggal dan sekarang generasi beliau meneruskan institusi ilmu tersebut.

4. Itulah cara sebahagian dunia Islam menghormati dan mengingati jasa ulamak mereka. Moga kita juga dapat menginstitusikan pemikiran atau penulisan tokoh-tokoh ulama kita agar dapat dimanfaatkan kepada generasi mendatang.

Adly Zahari
Melaka


Berita Lain:

Amaran Mat Sabu untuk Semua Gerakan Islam

Dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu bahawa PAS telah diresapi pemikiran kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) bukan ditujukan untuk parti itu sahaja.

Sebaliknya, timbalannya Salahuddin Ayub menegaskan ia adalah peringatan untuk semua gerakan Islam di seluruh dunia agar lebih berwaspada.

"Minta semua pihak berwaspada.

“Apa yang dimaksudkan (Mat Sabu) merujuk semua pihak," kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH di ibu negara sebentar tadi.

Malah, katanya, AMANAH sendiri – parti yang turut memilih Islam sebagai ideologi – juga perlu berwaspada terhadap amaran sama.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, sebelum ini mendakwa AMANAH ditubuhkan antaranya kerana parti lamanya sudah diresapi pemikiran IS.

Beliau menuntut siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran IS yang didakwanya mewujudkan budaya kafir mengkafir dalam PAS.

'Tak ada dosa'

Sementara itu, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir mengumumkan parti itu kini menerima lebih 50,000 permohonan keahlian baru.

"Parti ini tak ada dosa sebab itu golongan muda dan bukan Islam memilih kami dan memberi tumpuan istimewa sekali gus mendapat sambutan luar biasa," kata Anuar.

Setakat ini permohonan keahlian AMANAH paling ramai dikatakan dicatatkan di Kelantan sebanyak 12,000 permohonan.-Malaysia Kini/6/12/15






, , ,

Khamis, 12 November 2015

Mat Sabu: Saya Turut Bina PAS Selama 37 Tahun


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata beliau antara individu yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.


Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS itu menepis tanggapan bahawa pemimpin AMANAH menumpang kekuatan dan kejayaan PAS sebelum ini, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya juga punca PAS kuat tetapi AMANAH tidak menumpang kekuatan PAS. Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan PAS empat bulan. Jadi selama ini, 37 tahun saya bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mohamad menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor menganggap AMANAH dilihat ingin menumpang kejayaan PAS meletakkan asas Islam dan membina Kelantan dan tiada keperluan untuk menukar kerajaan baru.

Ia ekoran kenyataan Mat Sabu bahawa AMANAH bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohamad bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS bertindak menubuhkan AMANAH selepas disingkirkan pada muktamar di Kuala Selangor pada Jun lalu dan menyaksikan kepimpinan parti itu dikuasai pemimpin pro-ulama.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Mohamad mengulangi bahawa parti itu mampu menggantikan PAS di negeri itu dan menegaskan AMANAH "tidak bermimpi" memandangkan sokongan hebat oleh rakyat di negeri itu.

Dalam laporan itu juga, Mohamad berkata PAS ketika ini "tidak seperti dahulu" menyebabkan beliau menubuhkan parti Islam yang baru.- Malaysia Kini/12/11/15


, ,

Selasa, 10 November 2015

AMANAH Sedia Ganti PAS di Kelantan - Mat Sabu



Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.

Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.

"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya.- Bernama/10/11/15

, , ,

Ahad, 20 September 2015

Mengapa Pemimpin PAS 'Gugur Setandan'?



Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.


Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggapsukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.


"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya. -Malaysia Kini/19/9/15



, ,

Selasa, 15 September 2015

Sambutan Luar Duga AMANAH di Kelantan, Optimis 100 000 Ahli Menjelang Akhir Tahun



Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

"Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

"Rakyat macam tunggu satu perubahan yang diharapkan. Kalau parti AMANAH tidak membuat sesuatu perubahan kepada rakyat, saya rakyat kekecawaan, akan berlaku.

"Saya nampak rating itu, sebagai parti baru yang ditubuhkan, selalunya sambutannya tidak sebegini," katanya menjawab soalan berhubung sambutan kepada AMANAH setakat ini.

Sehubungan itu, Mohamad berkata berdasarkan situasi dan sambutan yang diberikan itu, Mohamad optimis keahlian AMANAH boleh mencecah lebih 100,000 orang menjelang Disember depan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata maklumat lanjut mengenainya juga akan diumumkan oleh Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir.

Ditanya mengapa ahli daripada Kelantan penyertaan tertinggi setakat ini, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata:

"(Ini) kerana (rasa) tidak puas hati oleh rakyat Kelantan kepada pemerintahan sedia ada, begitu tinggi."

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini AMANAH bercadang untuk mengadakan majlis makan malam sebagai usaha memungut kutipan derma bagi menjana dan menggerak parti.

Ia dirancang bermula Oktober ini, kata Mohamad lagi,

Selain itu, beliau berkata yuran keahlian dan derma ahli dan anggota keluarga juga bagi membantu menggerakkan parti, sementara AMANAH juga mempunyai bangunan sendiri setinggi tiga tingkat Kedah yang disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan.

Mohamad juga berkata keanggotaan AMANAH juga terbuka kepada bukan Islam. Ia turut disertai bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan bekas setiausaha Agung Parti Pekerja Gopalan K Papachan.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata Hu dan Gopalan menganggotai jawatankuasa penaja bagi membuktikan ketebukaan AMANAH kepada semua kaum. -Malaysia Kini/15/9/15


, , ,

Isnin, 7 September 2015

[PANAS] Penjelasan tentang Laporan TMI Berkenaan Isu Hudud dan Parti Amanah

Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Kenyataan Media

PENJELASAN TERHADAP LAPORAN TMI BERKENAAN ISU HUDUD & AMANAH

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara (Amanah) di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.
Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Amanah berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.
Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Amanah untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.



HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

, , , , ,

Rabu, 2 September 2015

Mat Sabu Minta PAS Kenang Jasa


KOTA BHARU - “Saya tidak akan lantik peguam untuk tuntut harta sepencarian,” itu sindiran Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu kepada bekas rakan seangkatannya dalam parti Pas.

Menurutnya, walaupun kini beliau dipandang ‘kecil’ di mata Pas, namun jasa dan pengorbanan beliau sewaktu berada di dalam parti Islam itu selama 37 tahun seharusnya dikenang parti Islam itu.

“Saya sekarang kalau tengok markas Pas, air mata masih mengalir, bukan senang untuk ke wadah Islam, tapi bot lain, kapal lain, sebab markas mana yang saya tidak ceramah untuk kutip derma, semua saya pergi. Sampai ada satu masa itu, kaset saya mengatasi jualan kaset Ning Baizura.

“Tetapi kawan-kawan, adik-adik ini kasar, mereka bersikap macam halau kita, saya kata saya tidak ambil peguam pun untuk tuntut harta sepencarian. Kalau saya tuntut, banyak mana pun tak tahu. Segala khidmat dan segala bentuk jasa serta pengorbanan itu kita tidak ungkit dan halalkan semuanya,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulung Parti Pekerja Malaysia di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub, aktivis DAP, Young Syefura Othman atau Rara Othman, bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan barisan pemimpin utama Parti Pekerja Malaysia.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan asam garam politik di Malaysia dan beliau masih optimis dengan penganjuran Bersih 1.0 sehingga 4.0, matlamat utama untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang tetap menjadi pemangkin parti baru yang ditubuhkan itu.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu juga berkata, walaupun wujud insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun itu bukan salah satu acara dalam penganjuran Bersih 4.0.

“Dalam himpunan itu ada macam-macam. Saya cukup tidak setuju dengan apa yang berlaku, saya cukup marah dengan insiden tersebut, tidak kira lah gambar Datuk Seri Najib ataupun Tok Guru Haji Hadi, saya tidak setuju.

“Saya amat sedih dengan perkara ini, perkara yang sama juga berlaku apabila gambar saya dan beberapa kepimpinan lain dipijak oleh pemuda kita, masa itu tidak muncul pun pahlawan yang membela. Mereka tidak kata apa-apa. Ada pun anak muda itu, semasa saya di tahan di ISA, mereka pun belum wujud lagi,”katanya.

Mat Sabu juga turut menasihati rakan seperjuangannya untuk terus menjadikan kepimpinan dan ketokohan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai contoh terutamanya dalam mengendalikan kemelut perbezaan pendapat antara parti komponen.

“Walaupun mendiang Karpal Singh mempunyai pendapatnya sendiri mengenai pelaksanaan hudud, namun arwah Tok Guru mengambil sikap positif untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan pemberian kek hari jadi dan sebagainya supaya hubungan itu masih kekal walaupun berbeza pendapat. Tetapi kita sekarang, gaduh sikit, bercerai,”katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan selepas ceramah, beliau turut berkongsi harapannya untuk mencapai 50,000 keahlian dalam parti baru itu menjelang tarikh perasmian pada 16 September ini.

“Sambutan di luar jangkaan, kita pun masih belum dapat jumlah keahlian yang berdaftar sejak kelmarin kerana borang kini sedang giat diagihkan. Kami juga masih belum berbincang sama ada mahu bertanding di pilihan raya ataupun tidak,” katanya.

Mat Sabu ketika diminta mengulas mengenai isu bai’ah bagaimanapun tidak memberi sebarang komen dan tidak memberi gambaran jelas jumlah keseluruhan keahlian Pas yang bertukar ke parti itu. -Sinar Harian/2/9/15


, ,

Selasa, 25 Ogos 2015

GHB: Tidak Perlu Kosongkan Kerusi Parlimen, DUN - Mat Sabu


BUTTERWORTH: Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. 

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum. 

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang disini. 

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan. 

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baharu itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama/24/8/15


, , ,

Isnin, 17 Ogos 2015

Kisah 1MDB Boleh Jadi Filem Hindustan, Sindir Mat Sabu



Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyindir kronologi isu syarikat kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dijadikan sebagai filem Hindustan.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menggambarkannya sedemikian ekoran pelbagai masalah yang dihadapi syarikat sarat hutang itu ketika siasatan dijalankan.

"Isu 1MDB dah jadi filem Hindustan. Polis tangkap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), SPRM tangkap polis, ketua SB (special branch) kena tukar, SPRM pula diambil tindakan, dalam pada itu balai polis terbakar.

"Siapa nak buat filem ini? (Datuk) Yusof Haslam hanya nak buat Gerak Khas sahaja," katanya ketika berucap di Jamuan Hari Raya dan Pelancaran GHB Selangor yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong di Dewan Teratai, Shah Alam malam tadi.

Bekas timbalan presiden PAS itu turut mempersoalkan sama ada individu yang sebenarnya terlibat dengan rasuah disiasat selepas pihak polis dan SPRM masing-masing menyiasat sesama sendiri.

"Sekarang berlaku ibu segala skandal, iaitu 1MDB. Mother father of scandal (ibu bapa kepada skandal) lebih RM42 bilion. Tony Pua, Rafizi Ramli dedah semuanya (mengenai 1MDB). Tun Dr Mahathir Mohamad, (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) gelisah.

"Datang pilihan raya adakah BN menang lagi?" soalnya kepada penyokong sambil para hadirin bersorak mengatakan "tidak."

Mohamad bagaimanapun berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus menang sekiranya rakyat tidak bersatu.

Bekas ahli Parlimen selama 3 penggal itu mengulangi, walaupun DAP merupakan parti yang kuat, parti itu juga tidak mampu mengambil alih negara jika melakukannya seorang diri.

Katanya perkara yang sama akan terjadi sekiranya PAS bergerak seorang diri.

"Tetapi bila 3 parti bergabung tenaga hadapi BN, boleh tak kita ambil alih Malaysia?" soalnya sambil disambut sorakan "boleh".

"Tak boleh, kerana DAP yang kuat – bercerai dengan PAS, PAS yang kuat – bercerai dengan DAP. Pakatan Rakyat mesti cari 'isteri baru'.

"Isteri baharu itu adalah kami. Cantik, jelita, bertenaga, kuat, menawan, inilah dia Harapan Baru," katanya.

"Inilah negara paling pelik dalam dunia. Oleh itu, kita tamatkan kepelikan itu. Kita mahukan pilihan raya yang bersih. Kita mahu berkumpul 29 Ogos ini," katanya yang merujuk kepada himpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 Ogos ini.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas acara berkenaan Mohamad berkata, sambutan orang ramai terhadap GHB menakjubkan walaupun gerakan tersebut tidak melakukan kempen yang gilang-gemilang.

"Saya nampak sudah menjadi arus rakyat. Kita tidak berkempen sebanyak mana, tapi sokongan rakyat begitu menakjubkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tersebut.

Mohamad turut mengulas spekulasi anak kepada bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar dikatakan akan menyertai GHB.

"Itu kita akan periksa dan rakan-rakan (GHB) akan bertemu beliau. Saya pun tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan saya juga lama tidak ke Kelantan," katanya.

Katanya, keahlian GHB terbuka luas kepada sesiapa pun termasuk pemimpin PAS, ketika ditanya sekiranya benar Nik Omar akan menyertai GHB. – The Malaysian Insider/17 Ogos, 2015.


, ,

Isnin, 27 Julai 2015

[Video] Mat Sabu: Kami Jamin Hak Melayu dan Islam


Pengerusi Harapan Baru, Hj Mohamad Sabu sewaktu dalam sesi dialog bersama orang ramai di Symphony Suites Hotel, Ipoh petang kelmarin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh hadirin di majlis itu. 

 Antara persoalan menarik ialah mengenai isu ‘Melayu akan hilang kuasa’ disebabkan munculnya parti baru yang kononnya akan menambah kepada perpecahan ummat Melayu di Malaysia dan Negara nanti akan dikuasai oleh orang bukan Melayu. 

Mat Sabu telah berjaya menampilkan hujah-hujah yang mudah dan ringkas untuk menangkis momokan yang selama ini dimainkan oleh Umno/BN dan baruanya. 

 “Bank Bumiputra hilang yg tugasnya dulu utk membantu bumiputra dalam bidang perniagaan usahawan kecil,sampai sekarang jadi CIMB – Cina, India , Melayu. Benggali! Siapa yg bertanggungjawab yang menghilangkan Bank Bumi itu? Umno atau DAP?” Tanya Mat Sabu.

 Beliau seterusnya menggasak beberapa pertanyaan-pertanyaan berikut: “Tanah reserve Melayu yang hilang dekat separuh sekarang ini, adakah DAP yg memerintah Malaysia selama ini? “Wang MARA, tak cukup curi dalam negeri, curi di Australia! DAPkah yg buat tu?" 

 Itulah antara persoalan-persoalan yang Mat Sabu kemukakan untuk mengajak orang Melayu yang sayangkan bangsanya supaya memikirkannya bersama. Beliau mengingatkan bahawa isu perkauman dimainkan dan dijadikan sebagai senjata ampuh untuk meneruskan Hegemoni Umno terus menguasai persada pemerintahan Negara. 

 “Tapi inilah disangkutkan soal perkauman ini supaya akhirnya, orang Melayu walau macamana buruk pun kaum kita , kita kena sokong sebab takut kuasa Melayu hilang!” 

 Beliau turut menjelaskan ‘Harapan Baru’ bukan parti. Ia hanya badan NGO sehingga dapat nama parti.

 “Parti baru yg akan didaftarkan ini tetap dengan dasar Islam.” Tegasnya. Mengenai kawasan yang bakal parti baru itu tandingi kelak, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan lagi. Sekarang ini nak ambil sokongan sebanyak mungkin, jelasnya. 

 “Kita dalam Pakatan Rakyat, akan menyertai PR dan Harapan Baru, DAP dan Keadilan, kami akan berunding untuk hadapi Barisan Nasional.Parti lama kami tidak tahulah… itu adalah hak dia.” (Ketika beliau mahu menyebut ‘Harapan Baru, merujuk kepada parti barunya itu, beliau telah tersasul menyebut ‘PAS’ menjadikan para hadirin tidak dapat menahan ketawa terbahak-bahak!) 

 Mengenai isu Melayu akan hilang kuasa kerana perpecahan ini, Mat Sabu bertanya, kenapa kita nak hilang kuasa Melayu? Lantas beliau memberikan contoh: Di kawasan parlimen Larut, katanya, kalau parti Pakatan Rakyat letak calon, Umno letak calon BN dan PAS letak calon di situ, maka ketiga-tiga (calon) adalah Melayu, siapa menang pun Melayulah menang. (Hadirin juga ketawa kerana kepintaran Mat Sabu mengemukakan hujah mudah dan lojik mengenai isu yg dimomokan oleh pihak lawan) 

 Kemudiannya beliau member contoh di Kelantan: “Kata Pakatan Rakyat letak calon di Kubang Kerian. BN letak calon dan PAS letak calon. Tiga-tiga calon Melayu, siapa menang pun tak mengapa! Tapi kali ini tentulah yang akan menang Pakatan Rakyat!” katanya dengan disambut gembira penyokong-penyokongnya. 

 Seterusnya beliau menyeru supaya orang Melayu jangan bimbang mengenai soal kuasa Melayu yang kononnya akan hilang. “Kita duk takut DAP, DAP boleh perintah, boleh jadi Ketua Menteri satu negeri Pulau Pinang sahaja!Lain tak boleh!” disahut oleh seorang penyokong dengan “Betul Bang Mat!” 

 “Apa kita takut? Sikit-sikit DAP perintah! Sikit-sikit Dap perintah! Aku benci tau tak!” Telatah penyampaiannya sangat mencuit hati mereka yg mendengarnya hingga ramai ketawa terbahak-bahak.  
“Inilah yang dimainkan dua puluh, tiga puluh tahun ini!” jelasnya lagi. 

 Mengenai tohmahan kononnya di Pulau Pinang dah tak boleh dilaungkan azan, beliu secara sinis berjenaka mengajak mereka “mai azan, 10.00 pagi pun mengapa! Azan tengah pekan, cuma mai polis mai kata, orang gila ka apa?” 

 Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pada peringkat kini, pihaknya mahu menubuhkan parti, perlu untuk mendapat sokongan dan menegaskan bahawa untuk membuat perubahan di Malaysia mesti melalui Pakatan Politik. 

 “Kami jamin hak orang Islam dalam perlembagaan dan kedudukannya. Pakatan Rakyat dulu telah buat persetujuan bersama, dan Pakatan Rakyat 2.0 pun insya’Allah akan membuat perjanjian yang sama mempertahankan hak-hak yg ada dalam perlembagaan.” Tegas Mat Sabu. 

Berikut ini adalah vdonya yg sempat saya rakam dan upload :




,

Sabtu, 20 Jun 2015

Pemikiran Pemimpin PAS Bahaya kepada Parti, Negara - Mat Sabu



Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya. – The Malaysian Insider/20 Jun, 2015.

, ,

Jumaat, 19 Jun 2015

Bukan Islam Tidak Akan Menyokong PAS Lagi - Mat Sabu


Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.


Mohamad Sabu gagal mempertahankan semula kedudukannya pada muktamar PAS awal bulan ini, yang menyaksikan golongan pro-Hadi menyapu bersih jawatan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.


Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP. - The Malaysian Insider/19 Jun, 2015.

, ,

Rabu, 17 Jun 2015

Inti Pati Ucapan Mat Sabu di Majilis "Jasamu Dikenang" @ "Perjuangan Baru Bermula"



Pimpinan Perjuangan Baru Bermula

Muar, Johor.

1. Kita dalam demokrasi, konsepnya majoriti tinggi, menanglah
.
2. Dasar kita Islam. Dengan Islam, kita berjuang dalam demokrasi.


3. Pas hilang kerajaan di Kelantan tahun 1978. 1990, PAS muafakat dengan S46 menang 52-0. TGNA jadi MB.

4. Terengganu kalah ketika 1962. Sehingga tahun 1999, hasil tahaluf BA, PAS berjaya mengambil alih Terengganu.

5. Kedah, tak boleh ambik alih. Tahun 2008, Melalui muafakat politik dalam Bersih Bebas dan Adil. PAS berjaya perintah Kedah.

6. Muafakat pilitik ini diteruskan sehingga PRU 13, kita berjaya memperoleh 52% undi popular.

7. Sebab itulah UMNO mencari jalan untuk memecahkan PR, itulah strategy sebenar mereka. Yang kita terperangkap dengan mereka itu kenapa? Sekarang Pakatan Rakyat telah musnah

8. Dalam masyarakat majmuk, muafakat baru harus dibina untuk kebangkitan Islam dan rakyat. Muafakat politik baru ini baru bermula dari selatan malam ini dan sekali gus akan merebak ke serata Malaysia.

9. Adakah Allah redho melihat kita membiarkan dan tidak melawan bersungguh-sungguh pemimpin negara rasuah, boros, zalim kepada rakyat?

10. kita semua mendokong agama Islam. kita mencari jalan bagaimana syariat Islam terlaksana, bukan menggunakan politik untuk syariat Islam.

11. Usul private bill. Pegawai dari perdana Menteri untuk masukkan segera dalam perbahasan parlimen segera mungkin. SUA tak tahu, AJK PAS Pusat tak tahu, Ketua Whip Parlimen tak tahu. Habis satu sesi, usul tersebut tidak di bahaskan. sidang Jun ini pun masih belum naik. Kita berpecah, Pakatan Rakyat berpecah, UMNo tipu kita. Kenapa kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO???

12. Saidina Ali pernah berkata, "Hadapilah org mukmin dengan hatimu dan hadapilah org bukan Islam dengan akhlak mu."

13. Bagi kita Perjuangan tidak ada kekecewaan. Perjuangan kita baru bermula dengan lembaran baru untuk kita tukar pemerintah UMNO BN.

14. Pemimpin sekarang pantang dapat microphone dari tv3, utusan. sambut selalu jawapan yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

15. Selepas kita akn bergerak bermula johor dan round seluruh negara untuk meneruskan Perjuangan ini yang teras kita adalah Islam.

16. Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman. -Haji Mohamad Sabu/Mat Sabu FC/17/6/15


, , ,

Selasa, 16 Jun 2015

Mat Sabu IKRAR Bersama Pakatan Rakyat, Tolak Pihak yang Mahu Berbaik-baik dengan Umno


Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi... 'how can', mana boleh... Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

"Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?" soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

"Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah," kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

"Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga... ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?" soal Mat Sabu penuh perasaan. – The Malaysian Insider/16 Jun, 2015.

,

Isnin, 15 Jun 2015

Mengapa Orang Miskin Cari Arul PSM, Tidak Cari Ulama? - Mat Sabu



Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam.

Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

"Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.

"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.

Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu.

Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam.

"Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal keadilan sosial.

"Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sekitar 300 orang.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.

Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau proulama. – The Malaysian Insider/15 Jun, 2015.




, ,

Rabu, 10 Jun 2015

Pelik, UMNO Gembira dengan Hasil Muktamar - Mat Sabu


Pada tahun 1981, saya dilantik menjadi exco Dewan Pemuda PAS pusat setelah tiga tahun menjadi ahli PAS.

Ia hasil cadangan Subky Latif yang menjadi setiausaha Pemuda pada waktu itu dan Mustafa Ali sebagai ketuanya.

Pada tahun 1983, saya dilantik menjadi ketua Pemuda Pulau Pinang dan terus menjadi AJK Pemuda PAS Pusat.

Dan pada 1983 juga saya menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda PAS Pusat.

Setelah beberapa penggal sebagai exco pemuda, saya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Pusat (waktu itu tiada timbalan) di bawah Abu Bakar Chik.

Wan Ismail (sekarang YDP Ketereh) mencabar saya jawatan Naib - saya terus dipilih sebagai Naib.

Hubungan saya dengan Wan Ismail berjalan baik bahkan selalu berceramah di pentas yang sama, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan.

Menjelang tahun 1990, saya pula mencabar Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda PAS Pusat. Saya tewas, saya terus bersama dengan Abu Bakar Chik dalam berbagai program sama ada ceramah, demonstrasi atau program dalaman parti.

Pada tahun 1993, saya dipilih melalui muktamar sebagai AJK Pusat setelah gagal percubaan kali pertama.

Pada tahun 1995, saya diminta oleh PAS Pusat di bawah pimpinan Ustaz Fadzil - melalui perutusan Halim Arsyad dan Datuk Hisyamuddin Yahya supaya saya melepaskan jawatan sebagai AJK Pusat kerana terlibat dalam tuduhan khalwat.

Saya akur dan melepaskan semua jawatan dalam parti.

Selepas selesai proses mahkamah, saya bertanding semula AJK Pusat dan dipilih oleh perwakilan muktamar.

Kehadiran Hassan Ali memeriahkan lagi politik PAS. Beliau bertanding naib presiden dan terus menang. Saya terima dengan hati terbuka - muktamar perlukan pemimpin popular seperti Hassan Ali.

Saya mengalami kekalahan dua kali untuk menduduki jawatan naib presiden.

Setelah menjadi naib presiden selama dua penggal sejak tahun 2003, saya cuba menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden.

Nasaruddin Mat Isa tetap dipilih sebagai timbalan presiden PAS.

Walaupun saya kurang gemar cara kepimpinan Nasaruddin, tapi beliau dipilih secara sah dan bersih melalui muktamar.

Sekali lagi saya cuba menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden dalam muktamar pada 2011 dan disahkan menang oleh perwakilan menjadi timbalan presiden PAS. Muktamar pada tahun 2013 mengekalkan saya sebagai timbalan presiden PAS.

Sama ada Wan Ismail, Abu Bakar Chik, Nik Amar atau siapa yang biasa bertanding atau berlawan dalam muktamar, lumrah dan biasa - hubungan tetap terjalin terutamanya dalam melaksanakan keputusan dan program parti.

Perkara pelik berlaku menjelang Muktamar 2015. Hampir seluruh alat propaganda Umno/BN campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian boleh dibaca dan difahami mereka mahu "golongan ulama" menang.

Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan "proulama".

Muktamar PAS 2015 amat pelik. Bukan soal kalah menang tetapi kepelikannya dapat dilihat. Para pemimpin tertinggi PAS sendiri memegang kertas putih (mungkin chai) semasa mengundi.

Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar.

Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik.

Ada sesuatu akan berlaku...... - MOHAMAD SABU bekas Timbalan Presiden PAS.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH