Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label muktamar PAS. Papar semua catatan

, , , , ,

Sabtu, 20 Jun 2015

Ahmad Awang Pertimbang Saman Hadi Kerana Dakwaan Calon DAP



Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS. 

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. 

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi. 

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. 

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,"katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu. 

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi. 

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding. 

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu. 

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya. 

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. -The Malaysian Insider/20/6/15


, ,

Umno Bantu Ulama dalam PAS - Mat Sabu


Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.


Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.-Malaysia Kini/20/6/15


, ,

Jumaat, 19 Jun 2015

Bukan Islam Tidak Akan Menyokong PAS Lagi - Mat Sabu


Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.


Mohamad Sabu gagal mempertahankan semula kedudukannya pada muktamar PAS awal bulan ini, yang menyaksikan golongan pro-Hadi menyapu bersih jawatan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.


Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP. - The Malaysian Insider/19 Jun, 2015.

, , ,

Khamis, 18 Jun 2015

DAP di Belakang Parti Baharu, Progresif PAS ‘Pragmatis Sekular’ - AJK PAS Pusat



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan bekas pemimpin parti Islam itu yang tewas sebagai buruh-buruh kepada DAP dalam pembentukan parti politik baharu bakal ditubuhkan.

Perekabentuk, jurutera perunding dan kontraktor kepada parti baharu itu ialah DAP, kata Sanusi dalam serangan pertama ke atas 18 bekas pemimpin yang berkumpul di Muar, Johor Selasa lepas dan melancarkan gerakan membentuk muafakat baharu politik Malaysia.

Menurut bekas setiausaha politik kepada menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak itu, parti baharu ("Parti Islam Progresif" menurut Sanusi) itu akan ditubuh dan bergabung dalam pakatan baharu dengan DAP tanpa PAS.

"Perekabentuk, consultant engineer dan kontraktornya ialah DAP dan buruh-buruhnya ialah segelintir bekas-bekas ahli dan mantan pemimpin PAS," tulis Sanusi.

Pemimpin progresif PAS yang berhimpun di Muar baru-baru ini tidak menolak penubuhan parti baharu untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP. 

Sanusi dimasukkan dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS baru-baru ini dan menang sebagai AJK.

Beliau yang disifatkan penasihat utama Azizan dalam menguruskan Kedah ketika dipimpin Pakatan Rakyat (PR) itu juga melabelkan mereka "pragmatis sekular".

"Patutlah dalam dua muktamar PAS yang terakhir ini, tema dan ucapan dasar presiden mengangkat istiqamah yang terakam dalam Al-Quran dan hadis sebagai teras untuk mengacuankan perjalanan politik, dakwah dan tarbiyah pemimpin dan ahli PAS.

"Selepas dua kali seruan istiqamah dibacakan, bertempiaranlah sekelian yang terasuk pragmatis sekular," tulis Sanusi dalam Facebooknya, memperlekehkan kumpulan pemimpin progresif PAS itu.

Sanusi juga mendakwa, keputusan muktamar yang pada mulanya menakluki PAS kini sudah melangkau menakluki parti lain juga.

"Usul Dewan Ulama PAS dalam Muktamar ke-61 dilaksanakan oleh DAP dengan jayanya!" kata Sanusi.

Bagi beliau, pelaksanaan usul itu berlaku bagai terteguk kopi panas.

"Ada yang menelan paksa dan ada yang menyembur. PAS Pusat pun belum bermesyuarat untuk mengaplikasikan pandangan dari sudut hukum yang bakal diputuskan oleh Majlis Syura.

"DAP dan sekumpulan orang merentas jalan pintas (short cut) terhadap pelaksanaan usul itu. Apakah yang ingin dicapai?" soal Sanusi.

"Hari ini keinginan itu nampak jelas. Mereka hendak memberi persepsi buruk kepada PAS, khususnya kepada para ulama untuk menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Mereka mahu capai matlamat politik diri sendiri, tanpa matlamat politik PAS," kata Sanusi. – 18 Jun, 2015.


P/s: Tidak cukup lagi kumpulan G18 ditohmah semasa dan sebelum muktamar, kali ini tohmahan yang sama yang disuarakan oleh AJK PAS Pusat yang baru dilantik.

InsyaAllah rakyat yang waras akan menolak mereka jika tohmahan begini berterusan. 


, , , , ,

Antara PAS dengan DAP, Siapa Perempuan?



Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya.

Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada “landasan yang betul” – kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS.

Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama.

Mereka ingin tahu sama ada pendekatan almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS.

Usul Dewan Ulama

Persoalan usul DUPP ini terus dipolemikkan oleh saf pimpinan baru. Seolah-olah ingin lari dari kenyataan. Ianya merupakan persoalan yang akan menentukan hidup mati Pakatan Rakyat tetapi malangnya satu kata putus masih tidak mampu diberikan oleh saf pimpinan baru.

Ketua Pemuda pula mula mengejek DAP dengan jolokan seolah-olah DAP adalah perempuan yang tak boleh melafazkan talak dan hanya mampu menunggu dicerai.

Tetapi mungkin dia lupa bahawa PAS sekarang ini yang dilihat terencat tindakan kerana membuat usul tetapi tidak berani melaksanakannya. Oleh itu, dikhuatiri jolokan yang sama lebih tepat diguna pakai terhadap PAS sendiri.

Lebih-lebih lagi apabila talak seolah-olah disebut tetapi dianggap tidak tersabit. Maka siapa lelaki dan siapa perempuan? Akhirnya DAP menyebut cerai maka adakah ianya mengesahkan bahawa PAS adalah sebagai isteri dalam hubungan Pakatan Rakyat ini?

Jolokan dan ejekan merupakan kegembiraan manusia berpemikiran kebudak-budakan. Yang berfikiran matang inginkan penyelesaian terhadap masalah, bukan jolokan dan ejekan.

Yang kebuntuan juga biasanya gemar dengan kata-kata ejekan dan jolokan ini. Mungkin mereka tidak tahu jalan penyelesaian atau sememangnya tidak inginkan suatu penyelesaian.

Bagi saya, usul Dewan Ulama telah muktamad. Ianya diluluskan oleh muktamar. Muktamar meliputi semua. Hadir di dalamnya sebagai perwakilan adalah anggota Majlis Syura Ulama (MSU), AJK PAS Pusat, kesemua Dewan dan pimpinan dari setiap kawasan.

Maka apa perlunya usul itu dibawa balik ke MSU dan AJK PAS Pusat? Sedangkan MSU dan AJK PAS Pusat hadir bersama dan telah meluluskannya bersama.

Adakah mereka meluluskan dalam muktamar tetapi menolaknya bila di luar? Atau masih ada yang tidak memahami istilah “lulus tanpa bahas”? Tanpa disedari, mereka turut meluluskannya.

Saya harap pimpinan segera melaksanakan usul yang telah diluluskan itu. Jangan sampai dikatakan mengenai PAS, “peraturan dan kehendak ahli parti sendiri pun tidak difahami dan dihormati, adakah mungkin dihormati peraturan dan ahli parti lain?”

Jangan berdolak-dalik lagi. DAP kononnya menghina Islam, PAS dan presiden PAS. Itu yang didakwa dan itu juga yang dipersetujui muktamar. Tidakkah PAS akan dituduh tiada maruah kalau terus ingin bersama dengan parti sedemikian rupa?

Sebelum saya meninggalkan tajuk muktamar ke-61, ada satu persoalan yang saya tidak mampu jawab:

“Sepanjang muktamar PAS ke-61 perwakilan zahirkan kemarahan kerana presiden kononnya dihina oleh parti DAP. Tetapi tidakkah PAS sedar bahawa PAS juga pernah menghina presiden parti PKR?”

Saya berdiam diri dan tidak mampu menjawab. Sudah pasti akan dituduh tidak membela presiden.

Jaga jawatan

Ada yang turut mempertikaikan keperluan meletak jawatan di Pulau Pinang. Mereka turut menuduh Mat Sabu gelojoh dan tidak mendengar arahan pimpinan.

Mereka berhujah, “kami dilantik atas kemenangan Pakatan maka tidak wajar kami dipaksa letak jawatan kecuali DUN Pulau Pinang dibubar”.

Saya sebenarnya turut merasa kasihan kepada golongan seperti mereka ini. Siang malam mengutuk DAP dan dengan itu secara tidak langsung Pakatan, tetapi berselindung di sebalik Pakatan demi mengekalkan jawatan mereka!

Tidakkah mereka sedar betapa janggalnya tindakan mereka itu? Sedangkan ini merupakan persoalan kerajaan Negeri dan bukan berhubung parti politik atau gabungan parti politik seperti Pakatan.

Struktur organisasi Pakatan dan kerajaan negeri perlu dibezakan. Dalam struktur kerajaan negeri, ketua menteri adalah ketuanya.

Apabila ketua menteri menasihati semua ahli PAS untuk meletak jawatan dari kerajaan negeri, kerana telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, ianya perlu diterima sebagai arahan ketua kerajaan negeri.

Ianya sama sahaja dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat PKR dan DAP semasa krisis menteri mesar dulu atas alasan mereka tidak lagi menyokongnya.

Sepertimana tindakan Khalid diterima sebagai sesuatu yang dilakukan mengikut bidang kuasanya, maka begitu juga dengan tindakan ketua menteri Pulau Pinang. Beliau boleh memecat semua kalau diinginkannya tetapi memberi peluang untuk yang terlibat meletak jawatan. Itu lebih bermaruah.

Oleh itu, tindakan Mat Sabu dan Dr. Mujahid adalah tepat dan bermaruah. Saya harap semua ahli PAS yang terlibat akan mengikuti contoh mereka dan dengan itu menjaga nama baik dan maruah PAS.

Penolakan jawatan pimpinan PAS

Ada yang terkejut dengan tindakan Mazlan Aliman dan mantan pimpinan yang menolak jawatan apabila ianya ditawarkan. Sememangnya ini merupakan suatu tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tetapi suasana sekarang berbeza dengan sebelum ini. Maka tidak hairan sekiranya tindakan susulan juga berbeza.

Mereka yang tidak berada di dalam ‘chai’ DUPP pada hakikatnya tidak diingini oleh pasukan yang telah menang. Ini hakikatnya. Mereka satu geng dan tidak boleh geng dengan yang lain. Apabila bukan satu geng, maka berbagai perkara yang boleh dilakukan terhadap dirinya sekiranya hadir bersama dalam AJK PAS Pusat.

Sebagai contoh, sekiranya maklumat mesyuarat dibocorkan, maka yang tidak satu geng akan dituduh sebagai yang membocorkan walaupun tanpa bukti. Beliau akan dibicara dan dijatuhkan hukuman di alam maya. Ini semua dilakukan tanpa proses pengadilan yang telus dan adil.

Tanpa diberi peluang membela diri, beliau akan dipersalahkan. Pada ketika itu tiada siapa akan membelanya walaupun semua tahu bahawa tuduhan tersebut tidak dibuktikan. Ini adalah apa yang telah berlaku sebelum ini.

Kes Syed Azman berhubung Ijtima Antarabangsa di Rusila adalah contoh yang jelas. Beliau difitnah di alam maya dengan tuduhan mensabotaj ijtima tersebut. Ini adalah kerana beberapa pimpinan gerakan Islam telah kembali ke Kuala Lumpur sebelum ijtima itu bermula.

Dalam mesyuarat AJK PAS Pusat isu ini dijelaskan dan semua memahami bahawa pada hakikatnya Dr Syed Azman telah banyak membantu menjayakan ijtima tersebut.

Ini termasuklah kesanggupan beliau menunda tarikh program asal yang melibatkan pimpinan gerakan Islam ini kepada tarikh yang sesuai untuk ijtima diadakan.

Dan juga untuk ianya diadakan di Rusila. Permulangan awal beberapa pimpinan bukan salah Dr. Syed Azman tetapi atas sebab kehendak pimpinan berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Namun pimpinan PAS tidak membela Dr Syed dari terus dicemuh. Keenganan membela Dr Syed kemungkinan besar adalah atas sebab beliau bukan satu geng. Maka Dr Syed terus dicemuh hingga ke hari ini.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan, pendekatan dan kaedah saf pimpinan baru agak berbeza. Ada yang mengelarkannya sebagai pendekatan “siku dan lutut” serta “mencakar”.

Oleh itu adalah dianggap lebih baik mereka dibenarkan melaksanakan perancangan mereka tanpa diganggu anggota geng lain yang tidak disenaraikan dalam chai tersebut.

Akhirnya, pencapaian paling cemerlang saf pimpinan baru buat masa ini adalah berakhirnya Pakatan Rakyat. Kejayaan yang memakan masa bertahun untuk dibina sememangnya boleh diruntuhkan dalam sekelip mata. Sama seperti bangunan yang indah memakan masa bertahun untuk dibina tetapi boleh dirobohkan dalam hanya sehari.

Bagi yang melihat Pakatan sebagai sesuatu yang menghalang kemaraan PAS, sudah pasti perkembangan mutakhir ini membanggakan.

Bagi yang melihat Pakatan sebagai gabungan yang mampu membantu PAS terus mara di mata rakyat, ianya perkembangan yang menyedihkan, dan saya turut bersedih bersama mereka. -MK/17/6/15

KHALID SAMAD MP Shah Alam dan bekas AJK PAS Pusat.

, ,

Rabu, 17 Jun 2015

Mat Sabu: Seperti Ada 'Pembersihan Etnik' PAS


Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata masa depan politiknya masih belum jelas selepas berasa “dihalau” dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor minggu lalu.

Katanya, keadaan di muktamar itu seperti “pembersihan etnik' pemimpin profesional dan pro-Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pemilihan jawatan pusat PAS.

Mohamad dan kumpulannya kalah teruk dalam pemilihan setiap dua tahun itu kepada kumpulan proulama yang mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata akan membuat keputusan berhubung masa depannya dalam PAS selepas hari raya Aidilfitri pada pertengahan Julai nanti.

Beliau akan mendapatkan pandangan penyokong dan akar umbi PAS terlebih dahulu sepanjang Ramadan ini, yang bermula esok, sebelum membuat sebarang keputusan.

Mohamad juga berkata perbincangan akan mengambil kira bagaimana kumpulan profesional dapat menyumbang sesuatu untuk perubahan, dan ia termasuk kemungkinan membentuk parti baru.

Mat Sabu berkata beliau mempunyai tiga pilihan, iaitu terus bersama PAS sebagai anggota biasa, bergiat aktif melalui NGO atau mempertimbangkan partu baru yang selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

“Saya kalah beberapa kali dalam pemilihan sebelum ini. Saya hanya berjaya menang jawatan timbalan presiden selepas dua kali cubaan.

“Tetapi walaupun saya kalah sebelum ini, saya terus aktif dalam PAS kerana memang atau kalah itu perkara biasa.

“Bagaimanapun kali ini saya rasa keputusan pilihan raya parti agak pelik,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

“Banyak yang menang dan terpilih ke jawatankuasa pusat hanya mereka yang aktif di peringkat daerah atau negeri, biasanya pihak yang menang popular di peringkat kebangsaan.

“Malah saya sendiri tak kenal siapa mereka dalam barisan kepimpinan baru ini,” katanya. - Malaysia Kini/17/6/15


,

DAP Lebih Faham Muktamar Berbanding dengan PAS - Khalid Samad



Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad membidas sikap berdolak-dalik kepimpinan tertinggi PAS selepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tertanya-tanya di mana logiknya usul itu yang kini diletakkan di bahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

Katanya, kedua-dua badan itu hadir pada muktamar lalu dan tidak membangkang usul itu diluluskan tanpa perbahasan.

"Dalam muktamar itu Majlis Syura Ulama ada atau tiada? AJK PAS Pusat ada atau tidak ada?

"Kalau dalam muktamar mereka luluskan usul itu, takkan keluar muktamar dia nak tolak usul itu.

"Dengan sendirinya apabila muktamar luluskan maknanya Majlis Syura Ulama luluskan, AJK PAS Pusat luluskan, Dewan Ulama PAS Pusat luluskan, Dewan Muslimat Pusat luluskan, Dewan Pemuda Pusat luluskan.

"Seluruh perwakilan daripada seluruh negara, lulus dah.

"Dah itu apa nak kata? Takkanlah pimpinan tidak faham proses muktamar ini?" katanya sewaktu berucap pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor, malam tadi.

Katanya, tindakan DAP menerima usul itu dan mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat memberi gambaran parti itu lebih memahami PAS daripada PAS sendiri.

"DAP pun lebih faham. DAP kata dah bubar dah tak ada apa-apa dah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, memutuskan menerima usul muktamar PAS itu mengenai hubungan kerjasama antara mereka.

Beliau juga mengumumkan pembubaran PR ekoran penerimaan usul itu oleh DAP selaku salah satu daripada 3 parti dalam PR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam PR.

Dalam kenyataannya, ketua pembangkang itu mengakui wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

PKR dijangka mengumumkan pendirian mereka tentang status PR hari ini. – The Malaysian Insider/17 Jun, 2015.

, ,

Isnin, 15 Jun 2015

Mazlan Aliman Umum Lepaskan Jawatan AJK PAS Pusat



Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Mazlan berkata, rakan-rakannya yang tidak terpilih dalam AJK PAS Pusat bukanlah satu-satunya sebab peletakan jawatannya tetapi untuk membuka lebih ruang dalam penglibatannya dalam Anak.

"Saya mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini. Saya memohon maaf atas keputusan ini.

"Saya tetap bersama PAS walaupun ahli biasa. Saya tetap akan menegakkan kebenaran," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini. – The Malaysian Insider/15 Jun, 2015.


, ,

Keputusan Muktamar PAS Harus Dihormati - Azmin



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata keputusan dicapai dalam muktamar PAS perlu dihormati semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP PAS keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau hukum".

Kenyataan Lim susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata penubuhan parti baharu seperti dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu menerima 'rangka dasar bersama' yang dipersetujui oleh semua rakan komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam sistem demokrasi, mana-mana individu boleh bentuk parti dan badan bukan kerajaan. Namun, jika PasMa berhasrat untuk bersama Pakatan, maka perlu terima dasar bersama yang diterima PR," katanya.

PasMa semalam mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan PAS dalam PR selepas PAS dalam muktamar tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP. – Bernama, 14 Jun, 2015.


, , ,

Jumaat, 12 Jun 2015

Muktamar PAS Mengecewakan, Perlu Parti Islam Demokrat Baharu - Panelis Forum



Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.

Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.

"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.

"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.

"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.

"Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.

"Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".

"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.

"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.

"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.


Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.

"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu. – The Malaysian Insider/12 Jun, 2015.

, ,

Cina TIDAK Akan Undi PAS Lagi - Pemerhati



Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

"Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.

"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

"Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut. – The Malaysian Insider/12 Jun, 2015.

Antara komen pembaca:


,

Khamis, 11 Jun 2015

Hala PAS Bergantung pada Mesyuarat 'Entah Bila'


Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

“Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya,” katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.

"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.

"Dalam ilmu Allah,” jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.

Kemelut antara PAS dan DAP dilihat bertambah buruk apabila muktamar PAS di Kuala Selangor minggu lalu meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.


Perbalahan dua parti dalam Pakatan itu juga semakin meruncing apabila mereka saling ungkit-mengungkit kesalahan satu sama lain.

Terdapat juga beberapa ahli PAS yang telah keluar daripada parti berikutan kecewa dengan keputusan muktamar kali ke-61 itu.

Mesyuarat kepimpinan baru dalam jawatankuasa Pusat PAS yang pertama semalam tidak membincangkan usul penting iu.

Selain itu, ekoran keputusan pada muktamar itu juga menyebabkan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta supaya semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri meletak jawatan.- Malaysia Kini/11/6/15


,

Pemimpin PAS Tersingkir TOLAK Pelantikan



Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.

Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.

Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini.

Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin.

Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.

"Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.

"Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.

"Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS.

"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional.

Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan.

Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju.

Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini".

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam.

"Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu. – The Malaysian Insider/11 Jun, 2015.


, ,

Pimpinan PAS Memalukan - Guan Eng


GEORGE TOWN: Keengganan kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil PAS di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Malah, katanya tindakan empat Anggota Majlis PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada PAS di mata orang ramai.

"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan ahli biasa PAS di Pulau Pinang. Malangnya, kepimpinan PAS yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan silu memegang jawatan kerajaan negeri.

"...walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan PAS yang baharu bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip mereka," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Rabu lepas, Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata secara logiknya PAS harus mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Anggota Majlis PAS berkenaan mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.

"Mujurlah masih ada pemimpin PAS yang mulia yang telah meletakkan jawatan walaupun keengganan kepimpinan baharu PAS menuruti tindakan mereka menamatkan hayat Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah mengemukakan peletakan jawatan mereka," katanya.

Katanya beliau juga telah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Sabtu lepas (6 Jun) bekas Timbalan Presiden PAS itu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Pada 8 Jun, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Lim turut menempelak Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang mendakwa cadangannya untuk wakil kerajaan PAS meletakkan jawatan dengan hujah ekstremisme dan perkauman yang menyebabkan persepsi negatif terhadap DAP dalam kalangan orang Melayu.

Beliau berkata adalah amat dikesali apabila PAS berkelakuan seperti UMNO, sedangkan beliau telah mengumumkan sebelum ini bahawa mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh PAS akan diisi oleh orang Melayu yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP.-Mstar/11/6/15


, , , ,

Lulus Usul Putus Hubungan dengan DAP Tanpa Bahas Arahan Hadi


KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.

"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya.- Sinar Harian/10/6/15


,

Rabu, 10 Jun 2015

Muktamar Seperti Pembersihan Etnik Rohingya – Ahli PAS Sepang


Muktamar Seperti Pembersihan Etnik Rohingya – Ahli PAS Sepang 

Saya seorang ahli PAS Sepang. Dua ke tiga hari ini saya pening selepas muktamar dengan apa yang berlaku. 

Saya kira muktamar ini pelik dan musykil itu yang saya pening dan keliru. 

Muktamar yang menjadi tak boleh bahas dan tak boleh buat keputusan. 

Muktamar yang bukan seperti pemilihan sebenar, tetapi seperti pembersihan etnik Rohingya. 

Dan satu lagi, saya terfikir mengapa sebab talak itu walaupun Allah benarkan tetapi itulah perkataan yang paling tidak disukai, walaupun talak satu, talak due atau lagilah talak tiga. 

Perumpamaan cerai atau talak ini, sama seperti kata dan usul Dewan Ulama untuk putus hubungan atau cerai dengan DAP, sekarang dah cerai dan sudah terlepas ucapan talak tiga, tapi masih nak duduk sebumbung, mana boleh camtu. 

Tu yang PAS dilihat seperti nak cari Cina buta sekarang ini. 

Apa yang dicari sebenarnya? Keredhaan Allah atau laba dan pangkat serta jawatan? 

Berkaitan:

PAS untuk Semua Ulama – Arafat Hambali

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihanraya yang pertama saya mula membuang undi. Masih segar di ingatan bagaimana saya terlibat secara dekat dan turut serta berkempen semasa sebelum PRU13 lalu. 

Saya juga masih ingat ketika itu lebih kurang jam 11 malam bas yang dinaiki saya tiba di Terminal Bas Kangar lalu dijemput kawan dan terus pulang. 

Sewaktu melintasi jalan raya perang poster hebat sekali, tidak kurang juga di kampung saya. Masih kekal juga dalam ingatan saya, setibanya di muka pintu rumah selepas bersalaman dengan ayah, tanpa menukar baju, mandi atau menjamah sebarang makanan hanya menukar selipar, saya terus bergegas ke markas PAS yang terletak di hadapan jalan kampung. 

Setibanya di markas PAS, saya dan beberapa orang rakan diketuai seorang calon PKR kawasan saya mula mengatur program. Malam tersebut kami berkonvoi dari kampung ke kampung untuk berkempen. 

Dari kampung yang dihuni penduduk Siam sehinggalah perumahan warga Felda. Ketika itu PKR meletakan calon mereka bagi mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan saya dan PAS meletakkan calonnya bagi mewakili Parlimen kawasan saya. 

Begitu juga malam-malam seterusnya semasa ambang PRU13, kami memeriahkan markas PAS dengan pelbagai aktiviti. 

Wakil PAS dan PKR duduk di bawah khemah yang sama. Pernah satu malam, rakan saya dihantar ke wad kecemasan pada malam ambang PRU13 kerana jarinya luka terkena buluh semasa menggantung bendera PAS. Tanpa sebarang kos yang ditaja kami bergegas ke hospital. 

Masih segar juga di ingatan saya, sewaktu saya masih menetap di Shah Alam sebelum saya pulang ke kampung, beberapa bulan sebelum PRU13, saya turut bersama di dalam satu program di sebuah Felda di Selangor. 

Program yang menghimpunkan seniman. Menggunakan seni sebagai paksi perlawanan dan menyedarkan masyarakat Felda tentang ketidaktelusan siasah pada masa itu. 

Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di Shah Alam. Saya juga masih ingat di suatu program, saya berdiri dan melantunkan beberapa puisi di atas pentas PAS bersama beberapa orang tokoh parti itu seperti Anbakri Haron, Muhaimin Sulam dan beberapa rakan aktivis daripada Puisi Jadi Senjata. 

Dengan slogan “PAS For All” pada ketika itu, saya begitu senang dan berharap PAS dapat merubah sesuatu untuk perkembangan politik negara ditambah pula apabila mereka begitu berlapang dada menerima beberapa tokoh daripada DAP menggunakan tiket PAS untuk bertanding apabila desas-desus kencang mengatakan DAP bakal diharamkan. 

Hari ini, pergolakan dalaman PAS begitu menakutkan saya, saya tidak kisah jika MIC yang bergolak kerana parti itu secara terang-terangan tidak memiliki Majlis Syura dan Ulama. 

Namun, pergolakan tersebut terjadi di dalam jemaah yang bergelar parti Islam dan ia semakin meruncingkan. Apakah mereka melupakan apa yang diperjuangkan tokoh terdahulu? Allahyarham Dr Burhanuddin al Helmy? Bukankah beliau mewakili semua? 

Allahyarham juga senang dikenali sebagai profesional, boleh juga berstatus ustaz. Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bukankah beliau pernah memperkenalkan konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional?. 

Tetapi ke mana perginya semangat penyatuan yang diasaskan dahulu? Apakah juga semangat mengkritik itu juga sudah menjadi suatu kesalahan untuk kebaikan? Jika ya, apakah bezanya antara PAS dan BN jika tiada semangat keterbukaan dalam merintis kemajuan untuk kelangsungan parti? 

Tidak perlulah saya menulis di sini tentang pelbagai rentetan yang berlaku dahulu. Cuma kadang-kadang saya tertanya, bagaimanakah jika PAS dapat menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat (PR) lalu membentuk kerajaan. 

Apakah kita akan dikunci rapat terus mulut dan pena pula akan dikerat daripada untuk mengkritik jika sekarang belum pun berjaya menawan Putrajaya sudah melabelkan sesama jemaahnya dengan pelbagai gelaran 

Sehingga kini, saya masih belum menjadi mana-mana ahli untuk mana-mana parti politik, tetapi sebagai anak muda, saya berasa begitu terkilan apabila melihat hala tuju politik PR terutamanya PAS. 

Saya bukanlah mahu mengungkit apa yang saya lakukan kerana apa yang dilakukan tersebut tidaklah sebesar mana pun pengorbanan saya. 

Cuma apabila sebuah konsep penyatuan yang digagaskan tetapi tiada istiqamah dan dengan mudah ia hampir terburai begitu sahaja. 

Saya berasa sedih lebih-lebih lagi untuk generasi muda yang kurang terkesan dengan perkembangan semasa. Bayangkanlah bagaimana tanggapan mereka dan bagaimana legasi ini akan diperjuangkan. 

Soal pemansuhan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN) sudah tiada lagi kedengaran, soal cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya beberapa badan bukan kerajaan sahaja yang masih memperjuangkannya dan banyak lagi isu penindasan yang semakin lesu diperjuangkan. 

Kembalilah kepada penyatuan yang telah digagaskan dahulu, berfikirlah secara rasional apakah hanya kuasa dan pangkat semata-mata atau mereka ini golongan yang benar-benar mahu membela rakyat jangan suatu masa ke depan. 

Anak cucu kami akan mempersoalkan kenapa sebuah jemaah yang atas namanya Islam sanggup membelakangkan konsep Islam itu sendiri. - Kredit Kelab Greenboc

, , ,

Azmin Perlu Pilih antara DAP dengan PAS - Tony Pua


Susulan tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan parti sekutu mereka, DAP, Selangor kini mahu Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memilih antara 2 parti itu untuk meneruskan kerjasama.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kelihatan setuju dengan kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang menyarankan Azmin memilih untuk bekerjasama sama ada dengan DAP atau PAS, dalam mentadbir negeri yang terkaya itu.

"Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan.

"DAP akan bercakap dengan Azmin untuk melihat kedudukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, amat mustahil untuk DAP, PAS dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan dalam kerajaan negeri itu.

"Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan PAS mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu," katanya.

Beliau juga mengakui konflik dalaman Pakatan Rakyat (PR) itu tidak seharusnya berterusan, kerana ia akan menjejaskan peluang kemenangan gabungan parti pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang.

Muktamar yang berlangsung minggu lepas menyaksikan golongan ulama memenangi hampir semua jawatan dalam kepimpinan tertinggi parti, dan pada masa sama ia menerima usul tanpa bahas Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

Susulan itu, beberapa pemimpin PAS mengumumkan peletakan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menerimanya.

Perkara itu turut mendapat reaksi bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal dengan usul itu, mengatakan beliau bimbang apa yang berlaku boleh menjejaskan PR.

Beliau juga menggesa PAS tidak meneruskan usul itu yang katanya akan menyaksikan pakatan berpecah, sambil mengingatkan DAP merupakan kawan ketika susah. – The Malaysian Insider/ 9 Jun, 2015.

, , ,

DAP dan PAS Selangor ‘Cerai Talak Tiga’- Exco Kanan



Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.

“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.

"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.

Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.

“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.

"Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR. – The Malaysian Insider/9 Jun, 2015.

, ,

Carilah Ustazah, Kenapa Cari Jebon Ni - Aishah



Kumpulan pro ulama yang menang besar dalam pemilihan PAS baru-baru ini mula terasa kesannya apabila ramai aktivis mula menjauhkan diri daripada parti Islam itu dan menolak tawaran untuk bersama, termasuklah para artis yang menyertai mereka sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", antara mereka yang mula menjarakkan diri.

"Hai la ustazah nak cari gak jebon-jebon parasit PAS buat apa... ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu... hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni," tulis Aishah dalam Facebooknya semalam, penuh dengan sindiran.

Aishah dan rakan aktivis lain, digelar jebon, parasit, barua dan anai-anai sebelum ini oleh kumpulan penyokong ulama, khasnya melalui “penulis hantu” mereka di media sosial, menyertai kempen "Say no to pelantikan."

Beliau yang kini sedang sakit dan menerima rawatan doktor, menulis dalam Facebooknya: "Dalam tengah-tengah sakit I terima message mohon bertemu dengan kepimpinan dewan muslimat baru untuk bincang-bincang pasal lajnah kesenian kebudayaan dan rekreasi (LKKR)."

Beliau merujuk salah satu biro dalam parti Islam itu yang diketuainya sebelum ini.

Aishah menyertai PAS beberapa tahun lalu dan bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun tewas.

Beliau dilabel sebagai kumpulan profesional dalam PAS dan mendapat serangan bertalu-talu daripada kumpulan pro ulama sehingga kesemua mereka tewas.

Ketika memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS baru-baru ini, Aishah yang mempengerusikan LKKR jelas sangat tidak senang cara beliau diserang.

"Kelakar jugak bila fikir-fikirkan, pengalaman saya sendiri sebagai pengerusi lajnah kesenian... 53 tahun tak pernah adapun lajnah kesenian selama ni... 53 tahun baru ada ahli yang ada pengalaman dalam bidang seni," tulis Aishah kesal dengan serangan itu.

"Tanpa dibekalkan satu sen pun, pandai-pandailah nak hidupkan benda ni, hahaha bila I fikir semula all the hours of planning, rehearsing and meetings etc...ada masa keluar duit sendiri..sampai ke muktamar, senang-senang je perwakilan komen 'seni ni luas’," tulisnya.

"Ia macam awak beritahu kepada orang Eskimo air batu itu sejuk," katanya.

Baginya, semua yang bekerja dalam jemaah PAS melakukannya secara sukarela.

"Awak bukan bercakap dengan Menteri Kesenian dan Kebudayaan, yang ada peruntukan setiap tahun dengan gaji dan elaun untuk bergerak. Semua dibuat atas dasar kasih sayang."

"Bukan tidak boleh bertanya... tetapi sebelum hendak sindir-sindir dan maki-maki.. ingatlah yang buat kerja ni semua 'volunteers' atas masa, perbelanjaan dan 'skill' kami sendiri.

"Sebelum hendak boo, fikirkan berapa banyak masa mereka ni dah infaq pada jemaah... kalau sudah tidak mahu lagi masa atau skill seseorang itu, lakukanlah dengan berhemah... kita kan jemaah Islam.. berkelakuanlah dengan akhlak Islam yang indah ini," katanya kesal.

Sebagaimana Dewan Pemuda, kesemua pemimpin yang bukan pro ulama dalam Dewan Muslimat ditewaskan sepenuhnya pada pemilihan semasa muktamar lalu, dari ketua hingga ke exco yang lain.

Aishah merupakan salah seorang 'mangsa' itu, yang selama ini sangat aktif dalam aktiviti Dewan Muslimat.

Ekoran kekalahan yang mereka sifatkan dengan cara yang tidak sihat itu, kempen "Say no to pelantikan" dimulakan.

Sebelum ini AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus juga membuat kenyataan menolak sebarang perlantikan termasuk dalam Dewan Pemuda PAS.

Menerima saranan dari Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, Abang Ahmad mahu pulang ke kawasannya di Beting Maro di pendalaman Sarawak, untuk membina PAS di sana.

"Selepas berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat dengan saya dan setelah melihat serta mengambil kira faktor pelapis, kewangan, gerak kerja dan perancangan, maka saya bulat dan tekad untuk tidak menerima sebarang lantikan jawatan untuk Badan Perhubungan, Pemuda PAS Malaysia & PAS Pusat," tulis Abang Ahmad dalam kenyataan itu.

Bahkan, Mazlan Aliman yang menjadi satu-satunya AJK PAS Pusat yang tidak termasuk dalam senarai pro ulama yang menang, turut mempertimbangkan melepaskan jawatan itu. – The Malaysian Insider/9 Jun, 2015.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH