Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label G-18. Papar semua catatan

, , , , , ,

Ahad, 20 September 2015

PAS Tekad Lawan 3 Penjuru di Kerusi Bekas Wakil Rakyatnya




PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.

Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).

"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.

Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang

"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.

Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.

Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.

"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.

PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.

Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya. – The Malaysian Insider/19 September, 2015.


, , ,

Mengapa Pemimpin PAS 'Gugur Setandan'?



Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.


Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggapsukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.


"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya. -Malaysia Kini/19/9/15



, , , , ,

Selasa, 15 September 2015

Khalid Samad Jelas Sebab Keluar Parti dan Penubuhan AMANAH


Bukan Soal Jawatan, Tapi Tolak 'Siku Dan Lutut' - Khalid Samad

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menolak dakwaan kononnya penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresif PAS didorong oleh perasaan tamak dan inginkan kuasa, sebaliknya lebih menjurus kepada penolakan pendekatan 'siku dan lutut' yang tidak lagi relevan ketika ini.

Jelas beliau, Amanah ditubuhkan selepas kumpulan berkenaan yakin bahawa PAS bukan lagi platform yang sesuai untuk mengangkat martabat Islam.

"Bukan soal jawatan, perasaan marah atau kecewa. Tapi persoalannya adalah bagaimana nak bawa idea dan proses untuk mengetengahkan idea itu.

"Apa yang kami usahakan sejak tahun 80an atau 90an iaitu nak bawa PAS daripada politik terpinggir dan masuk ke politik arus perdana dimusnahkan. Sekarang ini seolah-olah kepimpinan baharu nak bawa PAS balik ke era politik terpinggir," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Kumpulan bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti itu Jun lalu bertindak mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia untuk dijenamakan semula dan ditukar namanya kepada Parti Amanah Negara.

Ketika ini, Amanah diketuai Pengerusi penaja, Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS.

Tambah Khalid, sikap kepimpinan PAS yang mahu menjadi parti dominan ketika bersama Pakatan Rakyat merupakan punca perpecahan sama ada dalam parti Islam itu sendiri mahupun di kalangan komponen pembangkang.

Katanya, pendekatan 'siku dan lutut' serta politik agresif yang mahu diketengahkan pimpinan PAS terhadap pihak luar daripada parti itu tidak boleh diterima.

"PAS seolah-olah menuntut dominasi dalam Pakatan Rakyat. Ramai keluar bukan kerana menolak dasar yang diperjuangkan PAS, tetapi kerana pendekatan yang ingin digunapakai sekarang ini berbeza dengan sebelum ini.

"Golongan yang berpandangan lebih inklusif, mahukan pendekatan yang berpakat dengan DAP dan PKR disingkirkan. Bila ini berlaku, perbezaan pandangan tidak lagi dirai dalam PAS.

"Akhirnya kita kena buat parti baharu supaya pendekatan yang kita nak bawa dapat kita laksanakan dan zahirkan," katanya yang turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa penaja Amanah.

Jelas Khalid, beliau kecewa apabila PAS gagal mengangkat martabat Islam melalui kaedah politik yang baik.

"Apa yang akan berlaku sekarang ialah perjuangan PAS dan politik Islam akan semakin terpinggir, menjadi ekstrem dan shadid atau keras pendiriannya.

"Ia akan merugikan kedudukan umat dan agama Islam itu sendiri. Orang akan melihat bahawa Islam tak mampu untuk tangani suasana dan realiti masyarakat yang wujud di Malaysia dengan cara bijaksana.

"Mereka kembali dengan cara pendekatan 'siku dan lutut'. Politik Islam akan mendapat imej yang buruk," katanya.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS ke-61 memberi amaran kepada rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, agar jangan mencabar kesabaran mereka.

Kata Nasruddin, walaupun berjubah dan berserban, mereka memiliki siku dan lutut sebagai sindiran kononnya kumpulan itu tetap bersemangat tinggi dan berani.

Ekoran itu, siku dan lutut menjadi viral dalam media sosial bahkan menjadi 'trending' dan dipermainkan dalam majlis forum dan diskusi mengenai politik. -Mstar/15/9/15


, , , , , ,

Selasa, 8 September 2015

'Mereka hanya tidak setuju dengan pemimpin Pas' - Naib Pengerusi PASMA Kelantan


KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim menegaskan apa yang berlaku di dalam Pas kini tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghina ulama.

Menurutnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Pas juga sebenarnya tidak pernah sesekali berniat untuk menolak golongan ulama.

“Mereka hanya tidak bersetuju dengan pendekatan dan kepimpinan beberapa pemimpin Pas yang kebetulannya dianggap sebagai ulama, bukannya menolak ulama secara keseluruhan,” katanya. 

Beliau mengulas kenyataan veteran Pas, Subky Latif yang meluahkan kebimbangan sekiranya dibiarkan pihak tertentu memperlekehkan ulama, didatangi ‘tulah’ (kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan) oleh ALLAH SWT.

Che Ibrahim berkata, kepercayaan_ bahawa perbuatan menghina ulama boleh membawa 'tulah' adalah kepercayaan karut dan termasuk dalam perkara khurafat.

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh mendatangkan mudarat atau manfaat kepada orang lain kecuali dengan izin ALLAH SWT. Islam mengajar umatnya menghormati semua golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan status termasuk ulama dan bukan ulama.

“Itu membuktikan bukan sahaja ulama, bahkan seorang peminta sedekah pun tidak boleh diperlekehkan," katanya. -Sinar Harian/8/9/15


P/s: Setuju.


, , ,

Selasa, 14 Julai 2015

PAS Akan Pecat Mat Sabu dan Sekutu yang Tubuh Atau Taja Parti Baharu


KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu dan kumpulan pemimpin progresif PAS akan dipecat daripada parti itu susulan tindakan mereka menubuhkan sebuah parti baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak tegas terhadap sebarang usaha untuk melemahkan parti Islam berkenaan.

"Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

"Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sebelum majlis Iftar Mahabbah bersama media di sini.

Sebelum ini Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Mohamad juga bertindak sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru iaitu jawatankuasa penaja penubuhan parti politik baharu.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan penubuhan parti baharu yang dirancang Gerakan Harapan Baru tidak akan menyumbang kepada gabungan pakatan pembangkang yang kuat untuk menentang Barisan Nasional (BN).

"PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.

"Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.

"Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama," katanya. -Mstar/14/7/15


, , ,

Isnin, 13 Julai 2015

[Video] G18 Isytihar Akan Tubuh Parti Islam Baharu


Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

"Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Penubuhan GHB pertama kali diumumkan Mat Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.

Katanya, pada masa kini, permohonan pendaftaran bagi GHB sudah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mereka masih menunggu ia diluluskan.

Lebih daripada itu, Mat Sabu berkata, penubuhan gerakan itu dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang akan dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata masih belum ada keputusan muktamad mengenai nama parti baharu tersebut.

"Kita masih belum ada nama parti. Ia akan dibincangkan dan semua terbuka memberi cadangan kepada kita. Buat masa ini, kita menunggu RoS.

"Kalau ikut kita, kelmarin lagi mahu diluluskan. Kita mahu secepat mungkin, kerana sokongan akar umbi begitu kuat," katanya sambil menambah ahli jawatankuasa bagi GHB juga bersifat sementara ketika ini.

Ditanya pendirian parti baharu itu mengenai hudud, memandangkan ia menjadi faktor kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR), Mat Sabu berkata hudud tetap akan menjadi sebahagian daripada agenda parti tersebut.

Namun ia perlu melalui proses demokrasi berparlimen dan perundingan, katanya.

"Hudud sebahagian daripada syariat Islam... kami tidak boleh pisahkan semua itu kerana ia terkandung dalam ajaran Islam," katanya.

Beliau juga menolak penubuhan GHB akan menyaksikan ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan di dalam PAS.

"Kita masih lagi ahli PAS. Kalau dah ada parti baharu, baru letak (jawatan). Ini parti belum ada lagi, rumah tak siap, kalau hujan nanti, bagaimana?" soalnya.

Beliau berkata penubuhan parti baharu tersebut bermaksud ia akan menjalin kerjasama dengan semua parti politik yang sealiran seperti DAP dan PKR.

Ditanya adakah ia bermakna GHB juga akan bekerjasama dengan PAS, beliau berkata ia terpulang kepada parti tersebut.

Mengulas mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mat Sabu berkata ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, ahli jawatankuasa sementara GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti baharu itu terbuka kepada semua termasuk bukan Islam, dengan dua jenis keahlian - ahli penuh dan ahli bersekutu.

"Keahlian penuh terbuka kepada semua Islam dan bukan Islam yang selari dengan cita-cita dan matlamat gerakan.

"Manakala keahlian bersekutu pula ialah kategori yang juga terbuka kepada Islam dan bukan Islam, namun mereka tidak ambil keahlian secara penuh, kerana tidak mahu memberi komitmen penuh dalam parti baharu.

"Sebab itu kita bawa pendekatan berbeza. Sangat inklusif yang merentas perkauman, bangsa dan agama," katanya. – The Malaysian Insider/ 13 Julai, 2015.





, , ,

Selasa, 7 Julai 2015

Kumpulan Progresif PAS Mahu Suruhanjaya Diraja Siasat Laporan WSJ



Kumpulan progresif dalam PAS yang kini menggelar diri mereka Gerakan Harapan Baru, hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan sejumlah wang yang besar disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Permintaan itu dibentangkan dalam satu memorandum oleh anggota Pemuda kumpulan tersebut di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami berharap Yang di-Pertuan Agong dapat menubuhkan RCI bagi segera menyiasat dakwaan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib," kata penyelaras kumpulan itu, Mohd Sany Hamzan.

"Ini melibatkan integriti dan moral negara kita dan dakwaan yang berkaitan dengan pecah amanah dan rasuah oleh pemimpin kerajaan," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai istana.

Tindakan kumpulan itu merujuk kepada pendedahan WSJ minggu lepas RM2.6y bilion (AS$700 juta) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib daripada syarikat berkaitan firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelang pilihan raya umum Mei 2013.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Najib yang mengatakan beliau tidak pernah mengambil dana awam untuk kegunaan peribadinya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Gerakan Harapan Baru Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mereka juga menamakan dua bekas ketua hakim Tun Salleh Abbas dan Tun Abdul Hamid Muhamad untuk mengetuai RCI yang dicadangkan tersebut.

"Cadangan kami supaya 2 bekas ketua hakim mengetuai penyiasatan ini ialah bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan tanpa sebarang halangan," katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai berkata, jika dakwaan itu terbukti tidak berasas, tindakan undang-undang harus diambil terhadap pihak yang mendakwa.

Katanya, setakat ini, masih tiada penafian kukuh dan penjelasan meyakinkan bagi menolak dakwaan yang dibuat laporan WSJ itu, sambil menambah akhbar perniagaan itu mempunyai reputasi yang teguh pada kewartawanannya.

"Tetapi, jika ia membuktikan (dakwaan adalah benar), tindakan undang-undang perlu diambil untuk memulihkan integriti negara," kata Hatta.

Dalam menafikan dakwaan itu, Najib juga menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung laporan WSJ itu, mengatakan beliau bekerjasama dengan ejen luar negara bagi tujuan itu. – The Malaysian Insider/7 Julai, 2015.

,

Tidak Ada Rekonsilisasi Lagi dalam PAS, Berpatah Arang Berkerat Rotan



Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak progresif dan ulama sudah terpadam, bahkan sudah menjadi perumpamaan 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Bukan sahaja pihak yang kalah, malah pihak yang menang juga, masing-masing kini membawa diri mengikut jalan sendiri.

"Dahulu ketika mula-mula perpecahan berlaku, saya menjangkakan rekonsilisasi boleh berlaku antara yang menang dan yang kalah tetapi ia tidak begitu.

"Masing-masing sudah mengambil jalan masing-masing," kata pengkaji politik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Menurut bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu, sikap pihak yang menang dalam PAS sudah tidak menampakkan usaha untuk membawa pihak yang tewas pulang semula, kerana mereka dianggap 'sudah mati'.

Ekoran itu, katanya, pihak yang kalah tidak ada jalan lain melainkan menubuhkan parti baru sebagai satu pilihan terbaik berbanding beberapa pilihan lain, termasuk menyertai parti yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP.

"Mereka dianggap sudah mati oleh PAS. Takkan mereka (yang terpinggir) nak jaga cucu sahaja selepas ini," kata beliau merujuk kepada sikap pimpinan baharu PAS terhadap bekas pimpinan yang tewas.

Pada pemilihan parti awal Jun lalu, golongan ulama menyapu bersih semua jawatan dalam jawatankuasa PAS Pusat, menumpaskan semua calon dari puak progresif, dengan memenangi 22 daripada 23 jawatan yang dipertandingkan.

Susulan itu, kumpulan yang tewas bersatu membentuk kumpulan yang kini dikenali sebagai G18 dan pemimpinnya menonjolkan diri sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, mulai semalam, kumpulan itu berkata ia kini mahu dikenali sebagai “Gerakan Harapan Baru”.

Sementara itu, salah seorang pelopor gerakan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kedua-dua pihak kini sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik kembali.

"Mereka terlalu sombong dan angkuh. Keadaan sekarang umpama berpatah arang berkerat rotan. Hanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sahaja yang akan menyedarkan mereka," kata bekas timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Wan Rahim meramalkan, berdasarkan simulasi yang dibuat pihaknya, jika 10% sahaja sokongan lari dari parti itu, PAS akan kalah teruk, termasuk kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam PRU14 kelak.

Wan Rahim yang memimpin PAS kawasan Kota Baru sejak sekian lama juga meramalkan, nasib parti baharu yang bakal dibentuk mereka juga tidak sebaik mana selepas berpisah dari PAS, namun mereka mempunyai kelebihan berbanding parti lama mereka.

"Kelebihan kita adalah bersama dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang dibentuk. Jadi, saling tumpang menumpang ini memberikan kelebihan kepada kita, terutama di pantai barat," katanya.

Harapan terbesar parti baru ini terletak pada kerusi campuran yang sebelum ini ditandingi PAS.

"Kerusi yang mempunyai komposisi Melayu tidak sampai 50% adalah tunggak utama kita untuk menang, di samping kerusi yang mempunyai komposisi bukan Melayu yang melebihi 20%," katanya. – The Malaysian Insider/7 Julai, 2015.

, ,

Sabtu, 4 Julai 2015

[Gambar] Pakatan Baharu Diumum Selepas Hari Raya - Mat Sabu



Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.


Bekas timbalan presiden PAS Mat Sabu (tengah) dilihat bersama bekas menteri Selangor Tan Sri Muhamad Muhd Taib (kiri) dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Seberang Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Julai, 2015.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.

Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.

Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.

"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.

Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.

"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – The Malaysian Insider/3 Julai, 2015.

Kredit kepada empunya foto.

,

Khamis, 2 Julai 2015

Jika G18 Gagal, PasMa Tubuh Parti Baharu


Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menerajui sendiri usaha menubuhan sebuah parti Islam yang baru sekiranya Kumpulan progresif, G18, gagal berbuat demikian.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18.


Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, PasMa sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru.

Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.

"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).

"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.

“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekalahan kumpulan progresif PAS dalam muktamar parti itu bulan lalu, menguatkan lagi hasrat penubuhan sebuah parti Islam yang baru itu.

Kumpulan progresif PAS telah membayangkan kemungkinan sebuah parti Islam yang baru ditubuhkan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini. -Malaysia Kini/2/7/15


, ,

Rabu, 24 Jun 2015

Husam Digugurkan daripada Kabinet PAS Kelantan



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan.

Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – The Malaysian Insider/24 Jun, 2015.

P/s: Pembersihan habis-habisan.


, , ,

Isnin, 22 Jun 2015

Salahuddin, Mahfuz Dilantik AJK PAS Pusat, Apa Jawapan Mereka?


Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya. -Malaysia Kini/21/6/15



,

Sabtu, 20 Jun 2015

"Tuan-tuan mahu parti baru?" - Anak Fadzil Noor


Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.


Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini. - Malaysia Kini/20/6/15

, , ,

Khamis, 18 Jun 2015

DAP di Belakang Parti Baharu, Progresif PAS ‘Pragmatis Sekular’ - AJK PAS Pusat



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan bekas pemimpin parti Islam itu yang tewas sebagai buruh-buruh kepada DAP dalam pembentukan parti politik baharu bakal ditubuhkan.

Perekabentuk, jurutera perunding dan kontraktor kepada parti baharu itu ialah DAP, kata Sanusi dalam serangan pertama ke atas 18 bekas pemimpin yang berkumpul di Muar, Johor Selasa lepas dan melancarkan gerakan membentuk muafakat baharu politik Malaysia.

Menurut bekas setiausaha politik kepada menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak itu, parti baharu ("Parti Islam Progresif" menurut Sanusi) itu akan ditubuh dan bergabung dalam pakatan baharu dengan DAP tanpa PAS.

"Perekabentuk, consultant engineer dan kontraktornya ialah DAP dan buruh-buruhnya ialah segelintir bekas-bekas ahli dan mantan pemimpin PAS," tulis Sanusi.

Pemimpin progresif PAS yang berhimpun di Muar baru-baru ini tidak menolak penubuhan parti baharu untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP. 

Sanusi dimasukkan dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS baru-baru ini dan menang sebagai AJK.

Beliau yang disifatkan penasihat utama Azizan dalam menguruskan Kedah ketika dipimpin Pakatan Rakyat (PR) itu juga melabelkan mereka "pragmatis sekular".

"Patutlah dalam dua muktamar PAS yang terakhir ini, tema dan ucapan dasar presiden mengangkat istiqamah yang terakam dalam Al-Quran dan hadis sebagai teras untuk mengacuankan perjalanan politik, dakwah dan tarbiyah pemimpin dan ahli PAS.

"Selepas dua kali seruan istiqamah dibacakan, bertempiaranlah sekelian yang terasuk pragmatis sekular," tulis Sanusi dalam Facebooknya, memperlekehkan kumpulan pemimpin progresif PAS itu.

Sanusi juga mendakwa, keputusan muktamar yang pada mulanya menakluki PAS kini sudah melangkau menakluki parti lain juga.

"Usul Dewan Ulama PAS dalam Muktamar ke-61 dilaksanakan oleh DAP dengan jayanya!" kata Sanusi.

Bagi beliau, pelaksanaan usul itu berlaku bagai terteguk kopi panas.

"Ada yang menelan paksa dan ada yang menyembur. PAS Pusat pun belum bermesyuarat untuk mengaplikasikan pandangan dari sudut hukum yang bakal diputuskan oleh Majlis Syura.

"DAP dan sekumpulan orang merentas jalan pintas (short cut) terhadap pelaksanaan usul itu. Apakah yang ingin dicapai?" soal Sanusi.

"Hari ini keinginan itu nampak jelas. Mereka hendak memberi persepsi buruk kepada PAS, khususnya kepada para ulama untuk menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Mereka mahu capai matlamat politik diri sendiri, tanpa matlamat politik PAS," kata Sanusi. – 18 Jun, 2015.


P/s: Tidak cukup lagi kumpulan G18 ditohmah semasa dan sebelum muktamar, kali ini tohmahan yang sama yang disuarakan oleh AJK PAS Pusat yang baru dilantik.

InsyaAllah rakyat yang waras akan menolak mereka jika tohmahan begini berterusan. 


, ,

Rabu, 17 Jun 2015

Bekas Pemimpin PAS Dirai, Malaysia Bakal Saksikan Muafakat Politik Baharu



Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi.

Kumpulan dikenali G-18 itu bermesyuarat sesama mereka kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel dan pada jam 9 hingga 12 malam, mereka berucap di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, jumlah dianggap besar untuk satu ceramah politik di Johor.

Hampir semua mereka hadir kecuali Datuk Husam Musa yang tidak berapa sihat dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang berada di luar negara.

Antaranya, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, bekas naib presiden Salahudin Ayub, bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar, bekas bendahari Asmuni Awi, bekas pengarah pilihan raya Dr Mohd Hatta Ramli, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, Zulkifli Mohamad Omar, serta ramai lagi.

Pengarah perhimpunan, Mazlan Aliman, merupakan satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat baru-baru ini. Mazlan melepaskan jawatan itu Isnin lepas.

Ketika berkumpul di Johor, pihak yang menang pula berhimpun di kubu mereka di Rusila, Marang. Namun begitu, ia tidak disertai Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di luar negara dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempunyai program tersendiri di Jengka, Pahang.

"Saya yakin muafakat politik kali ini akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baru di Malaysia ini," kata Mat Sabu, pemimpin yang paling senior di kalangan mereka yang kalah itu.

Pada sidang media selepas itu, Mat Sabu berkata, mereka akan melihat situasinya dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya sama ada menubuhkan parti baharu.

"Kita belum fikir parti baharu lagi, kita akan lihat sokongan rakyat dahulu kepada beberapa pilihan yang kita ada, sama ada parti baharu, kekal dalam parti lama, NGO atau sertai parti politik yang ada," katanya tidak mahu mengikat hala tuju perjuangan mereka.

Selepas Muar, mereka akan bergerak ke seluruh negara, Temerloh, Pahang akan menjadi destinasi kedua mereka pada 26 Jun ini.

Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider di majlis itu yakin gerakan baharu tersebut melibatkan semua pihak yang mempunyai cita-cita sama bagi membela rakyat negara ini dan mengambil alih Putrajaya.

"Kita akan pastikan semua pihak berada dalam satu wadah untuk perjuangan ini," katanya.

Di samping kumpulan G-18 ini, pihak lain yang berminat menubuhkan parti politik baharu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini membuat keputusan mengambil inisiatif tersebut.

Di samping itu, Ikram Malaysia juga difahamkan menyatakan minat untuk bersama mereka, di samping Wadah, iaitu NGO yang menghimpunkan bekas pemimpin kanan Abim.

Jadual pimpinan G-18 penuh dengan pertemuan dengan pelbagai pihak yang berminat bersama mereka.

Ia akan bekerjasama dengan PKR dan DAP yang bersama dengan PAS sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini berkubur.

Mat Sabu sudah beberapa kali menegaskan akan terus bersama dengan parti dalam PR sebelum ia diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai tidak wujud lagi semalam.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru Ahad lepas selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mat Sabu tegas menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," katanya disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Halangan terbesar mereka adalah bagaimana memujuk ahli PAS yang berjumlah satu juta orang itu menyertai mereka. – The Malaysian/17 Jun, 2015.


, ,

Mat Sabu: Seperti Ada 'Pembersihan Etnik' PAS


Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata masa depan politiknya masih belum jelas selepas berasa “dihalau” dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor minggu lalu.

Katanya, keadaan di muktamar itu seperti “pembersihan etnik' pemimpin profesional dan pro-Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pemilihan jawatan pusat PAS.

Mohamad dan kumpulannya kalah teruk dalam pemilihan setiap dua tahun itu kepada kumpulan proulama yang mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata akan membuat keputusan berhubung masa depannya dalam PAS selepas hari raya Aidilfitri pada pertengahan Julai nanti.

Beliau akan mendapatkan pandangan penyokong dan akar umbi PAS terlebih dahulu sepanjang Ramadan ini, yang bermula esok, sebelum membuat sebarang keputusan.

Mohamad juga berkata perbincangan akan mengambil kira bagaimana kumpulan profesional dapat menyumbang sesuatu untuk perubahan, dan ia termasuk kemungkinan membentuk parti baru.

Mat Sabu berkata beliau mempunyai tiga pilihan, iaitu terus bersama PAS sebagai anggota biasa, bergiat aktif melalui NGO atau mempertimbangkan partu baru yang selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

“Saya kalah beberapa kali dalam pemilihan sebelum ini. Saya hanya berjaya menang jawatan timbalan presiden selepas dua kali cubaan.

“Tetapi walaupun saya kalah sebelum ini, saya terus aktif dalam PAS kerana memang atau kalah itu perkara biasa.

“Bagaimanapun kali ini saya rasa keputusan pilihan raya parti agak pelik,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

“Banyak yang menang dan terpilih ke jawatankuasa pusat hanya mereka yang aktif di peringkat daerah atau negeri, biasanya pihak yang menang popular di peringkat kebangsaan.

“Malah saya sendiri tak kenal siapa mereka dalam barisan kepimpinan baru ini,” katanya. - Malaysia Kini/17/6/15


, ,

[PANAS] Pemimpin Progresif PAS Bakal Tubuh Parti, Teruskan Kerjasama DAP, PKR


Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan "Malam Jasamu Dikenang", di Muar, Johor malam tadi. 


Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menggambarkan sebuah wadah baharu yang akan disertai golongan progresif PAS yang tumbang dalam pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.

"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.


Sebahagian daripada ribuan yang hadir pada Malam Jasamu Dikenang meraikan pemimpin progresif PAS di Muar, Johor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.

Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir. 

Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.

Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini. 

Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.

Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan "agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama" sekaligus "menguatkan prasangka terhadap Islam".

Menggunakan perkataan "wadah" yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.

"Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa 'wadah' sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.

"Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja 'wadah'.

"Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog," kata ahli Parlimen Sepang itu dalam ucapannya.


Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar, kiri) membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.

"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini," katanya disambut sorakan "Bila mahu bagi borang" dari sebahagian hadirin.

Mohamad yang tersenyum mendengar sorakan itu menjawab "Tunggulah", sambil disambut tepukan bergemuruh dari hadirin.

"Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran," katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar, kanan) pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung "parti baru" sewaktu beliau berucap.

"Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.

"Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

"(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.

"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula menyatakan komitmen beliau meneruskan intipati semangat PR.

"Kita tak perlu bersedih kalau nama Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana nama lain akan muncul tetapi yang penting perjuangan harus diteruskan,' katanya. – The Malaysian Insider/17 Jun, 2015.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH