Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Parti Amanah Negara. Papar semua catatan

,

Sabtu, 2 Januari 2016

AMANAH Sasar Setiap Keluarga Ada Ahli AMANAH




SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli Amanah. 

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, rancangan itu antara visi Amanah pada tahun 2016.

"Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan Amanah',

"Oleh itu antara visi Amanah ialah mensasarkan setiap keluarga sekurang-kurangnya seorang menjadi ahli Amanah" katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, Amanah akan menampilkan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif dan peduli bagi mendekati rakyat. 

"Ini perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupan rakyat di negara ini, oleh itu adalah terlalu penting bagi Amanah sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan dirinya dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini," katanya. -Sinar Harian/1/1/16


, ,

Saya Hanya Ikut Jejak Presiden, Alasan Husam Hadir Majlis AMANAH



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.

"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.

Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.

Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.

"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.

Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.

"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.

Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.

Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.

Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.

"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.

"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz," kata Husam.

Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas. – The Malaysian Insider/2 Januari, 2015.


, ,

Anak Nik Aziz sertai AMANAH



Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).

Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.

Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya.

Namun ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.

Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.

"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemuiMalaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan.

Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.

Hormati permintaan keluarga

Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.

"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.

"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya kepada Malaysiakini.

Masih belum bersedia.

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.

"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.

Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.

Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Nik Omar untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau sendiri. - 2/1/16

Kemas Kini:

‘Ambo tidak terlibat,' kata Nik Omar

KOTA BHARU - Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam‎ Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka‎ berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu‎ beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu. -Sinar Harian/3/1/16

, , , , , ,

Ahad, 6 Disember 2015

DAP Kesal Pemimpin PAS Fitnah Amanah, Mohamad Sabu



KUALA LUMPUR, 6 DIS: Tuduhan PAS kononnya Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, adalah alat serta jurucakap DAP adalah fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pihaknya membantu Amanah mengikut apa yang mampu berdasarkan semangat setiakawan Pakatan Harapan.

“Ia sama seperti DAP membantu PKR kerana kita sama-sama rakan komponen Pakatan Harapan,” katanya, memberi contoh usaha, setiakawan dan bantuan DAP kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang diserang Barisan Nasional dalam kes pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak kepada pemimpin Sulu di Filipina.

Beliau kesal dengan tuduhan PAS yang tidak adil itu kerana menuduh Mohamad Sabu sebagai jurucakap DAP dan Amanah sebagai proksi DAP.

“Biar saya jelaskan di sini, Mohamad Sabu adalah pemimpin Amanah, beliau adalah jurucakap Amanah. Saya adalah Setiausaha Agung DAP, saya hanya boleh menjadi jurucakap DAP dan bukannya Amanah.

“Namun kita bersatu hati dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana kita ada bersama dalam Pakatan Harapan,” ujarnya sewaktu merasmikan Konvensyen Biasa DAP Wilayah Persekutuan 2015 di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Semalam, media menyiarkan kenyataan pemimpin veteran PAS, Datuk Mustafa Ali, yang menuduh Mohamad Sabu sebagai alat atau jurucakap DAP, dan mendakwa Amanah adalah proksi DAP.

Sebelum Pakatan Rakyat berpecah atas sikap PAS yang mahu bermain dengan isu hudud yang bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, UMNO dan BN sering menyebarkan fitnah menuduh PAS sebagai proksi DAP.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan kini keadaan sudah terbalik apabila pimpinan PAS pula menggunakan taktik kotor UMNO-BN terhadapnya dahulu untuk memfitnah Amanah dan DAP.

“Ini adalah gaya politik UMNO yang dilakukan sejak zaman berzaman. Sekarang PAS gunakan taktik UMNO untuk menyerang Amanah dan DAP,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa Mohamad Sabu adalah pemimpin yang tegas, berani dan beramanah.

Katanya, Mohamad Sabu pernah dilantik sebagai ahli lembaga sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang dan dibayar elaun atas kapasiti sebagai wakil PAS, tetapi setelah beliau keluar PAS, beliau telah meletak jawatan daripada syarikat kerajaan tersebut.

“Inilah amanah. Malah, selepas itu beliau terus membantu kerajaan negeri Pulau Pinang tanpa dibayar apa-apa elaun,” tambah beliau. – Roketkini.com

, , ,

Isnin, 16 November 2015

PAS Permatang Pauh Putus Hubungan dengan Salleh Man



PAS Kawasan Permatang Pauh semalam mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Yang dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas. 

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan yang dipertua 2 PAS Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat. – Bernama, 16 November, 2015.


, , ,

Khamis, 12 November 2015

Mat Sabu: Saya Turut Bina PAS Selama 37 Tahun


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata beliau antara individu yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.


Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS itu menepis tanggapan bahawa pemimpin AMANAH menumpang kekuatan dan kejayaan PAS sebelum ini, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya juga punca PAS kuat tetapi AMANAH tidak menumpang kekuatan PAS. Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan PAS empat bulan. Jadi selama ini, 37 tahun saya bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mohamad menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor menganggap AMANAH dilihat ingin menumpang kejayaan PAS meletakkan asas Islam dan membina Kelantan dan tiada keperluan untuk menukar kerajaan baru.

Ia ekoran kenyataan Mat Sabu bahawa AMANAH bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohamad bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS bertindak menubuhkan AMANAH selepas disingkirkan pada muktamar di Kuala Selangor pada Jun lalu dan menyaksikan kepimpinan parti itu dikuasai pemimpin pro-ulama.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Mohamad mengulangi bahawa parti itu mampu menggantikan PAS di negeri itu dan menegaskan AMANAH "tidak bermimpi" memandangkan sokongan hebat oleh rakyat di negeri itu.

Dalam laporan itu juga, Mohamad berkata PAS ketika ini "tidak seperti dahulu" menyebabkan beliau menubuhkan parti Islam yang baru.- Malaysia Kini/12/11/15


, , ,

Mesej Hukum Bunuh kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu



Kuala Terengganu: “Saya berani katakan cgu (cikgu) Man dah murtad dan wajib dihukum bunuh,” demikian kandungan mesej WhatsApp yang ditujukan kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu, Othman Ismail.

Menurut Othman, 56, ugutan berkenaan dihantar seorang daripada individu yang turut ada dalam kumpulan WhatsApp dikenali Arena Politik Royalti, kelmarin.

“Saya terima mesej berkenaan pada jam 3.10 petang semalam (kelmarin) ketika berada di rumah di Kuala Ibai.

“Saya percaya mesej itu dihantar berikutan keputusan saya untuk mengubah hala tuju politik daripada PAS kepada Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkaitan ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Othman berkata, dia beberapa kali menerima ugutan daripada individu berkenaan tetapi tidak mengendahkannya sebelum ini.

“Bagaimanapun, kali ini saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri pada masa depan selepas mendapat nasihat daripada rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan. -Harian Metro/12/11/15


, ,

‘Harum Manis’ Pertama Gugur 19 November



ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah.

“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.

“Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.

Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena.

Mengulas lanjut perkara itu, Ismail mengesahkan terdapat beberapa pemimpin besar dalam Pas Kawasan juga akan terlibat.

“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya.

Pas Kedah sebelum ini tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya ‘harum manis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli pas.

Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor turut mencabar Amanah untuk menunjukkan bukti jika benar terdapat ‘harum manis’ dalam parti Islam itu.

Pada perkembangan lain, Ismail turut menegaskan bahawa Amanah Kedah belum berbincang mengenai hasrat untuk bertanding di kawasan Pas.

“Kita berada dalam satu pakatan. Apa-apa keputusan akan dibincangkan dahulu dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

“Lawan kita hanyalah BN. Bermakna hanya ada dua penjuru iaitu satu oleh Pakatan Harapan dan satu lagi oleh BN,” katanya.

Tambahnya, mana-mana parti lain yang tercicir daripada itu adalah dianggap melakukan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

“Kami dalam Pakatan Harapan hanya akan lawan BN, yang lain kami tidak kacau. Tapi kalau dia (Pas) masuk, dia lah yang akan buat tiga penjuru.

“Tentang spesifik Dun dan Parlimen itu bukan dalam bayangan kita lagi sebab masih di peringkat awal untuk tambah bilangan ahli,” katanya. -Sinar Harian/12/11/15


, ,

Selasa, 10 November 2015

AMANAH Sedia Ganti PAS di Kelantan - Mat Sabu



Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.

Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.

"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya.- Bernama/10/11/15

, ,

Khamis, 5 November 2015

Lebih 50% Ahli PAS Sokong Amanah di Kelantan - Penyelidik



Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis" iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.


Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bercakap pada satu dialog diadakan di Kota Baru, Kelantan, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 November, 2015.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

"Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

"Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan," kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

"Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya," katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

"Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja," katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah. – The Malaysian Insider/5 November, 2015.

, ,

Selasa, 3 November 2015

DAP Desak Azmin Iktiraf Pakatan Harapan dan Amanah di Selangor



DAP Selangor hari ini mendesak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali supaya mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya Azmin menafikan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor kerana kerajaan negeri itu dipimpin PKR, DAP, Amanah dan PAS.

"PKR, DAP dan Amanah pula bergabung di bawah Pakatan Harapan. Sesuatu kerja tidak akan lancar kalau namanya tidak betul.

"Sebab itu, pengiktirafan sewajarnya harus diberikan kepada Pakatan Harapan dan Amanah," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Lau juga menggesa Azmin perlu tegas menyatakan yang kerajaan Selangor kini bernama Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu tidak perlu dilakukan seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang kerana senario politik di kedua-dua negeri berkenaan adalah berbeza.

Dalam perkembangan berkaitan, Lau berkata, beliau tidak menghalang sekiranya PAS mahu berada dalam Pakatan Harapan dengan asalkan mereka ikhlas dan berjanji akan menentang kezaliman Umno habis-habisan.

"Juga, jika tidak ada antara mereka yang ingin menjadi penasihat kepada Umno, maka tiada masalah jika mereka mahu terus kekal dalam Pakatan Harapan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak merujuk secara terperinci kepada mana-mana pemimpin parti Islam tersebut.

"Kerajaan Pakatan Harapan Selangor harus bersifat terbuka sekiranya ada Adun PAS yang menyokong agenda perjuangan Pakatan Harapan dan tidak ingin bekerjasama dengan Umno," katanya.

Beliau menegaskan, secara prima facie, DAP yakin politik di Selangor stabil tetapi hanya boleh mengekalkan kuasanya sekiranya Pakatan Harapan diiktiraf dalam pentadbiran kerajaan. – The Malaysian Insider/3 November, 2015.

, , , , ,

Ahad, 1 November 2015

Siapa Penderma RM50 Ribu kepada Parti AMANAH yang Dicemuh Anti-Islam dan Sebagainya?


Jutawan Tidak Tinggalkan Harta Buat Anak, Guna Kekayaan Bantu Si Miskin


Koon Yew Yin (kiri) menderma kepada pelbagai saluran, termasuklah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Lim Guan Eng (kedua dari kiri), atas tujuan membantu orang miskin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.

Pada 2009, Koon Yew Yin menawarkan untuk menderma RM30 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) untuk membantu membina asrama di kampus Kampar. Tawaran tersebut ditolak serta-merta pentadbiran universiti tersebut, seingatnya.

Beliau berusia 76 tahun pada ketika itu, berjaya dan berduit dan memutuskan menggunakan sebahagian besar kekayaannya untuk membantu yang miskin.

Apabila tawarannya ditolak, Koon melabur RM30 juta di pasaran saham.

Enam tahun kemudian beliau kembali dengan tawaran lebih besar – RM50 juta untuk dana membina asrama di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Derma sebesar itu menghairankan, tetapi itulah yang diinginkan Koon, 82, pengasas syarikat pembina Mudajaya Sdn Bhd (kini IJM Corporation) dan Gamuda Sdn Bhd.

Menetap di Ipoh kini, dan mengajar kepada orang lain bagaimana untuk menjadi kaya supaya mereka juga dapat membantu golongan miskin dengan kekayaan yang diperolehi.

Dalam satu temuramah emel bersama The Malaysian Insider, warga emas itu berkata beliau cenderung kepada kerja-kerja kebajikan disebabkan zaman kanak-kanaknya yang sukar.

"Saya mempunyai 11 adik-beradik dan sering memerlukan barang kerana saya anak lelaki. Sebab itulah saya ingin membantu orang miskin. Selain derma RM50 juta saya kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membina asrama pelajar, saya ada membiayai lebih 300 biasiswa kepada pelajar miskin supaya mereka dapat melengkapkan pengajian tinggi," katanya.

Kekayaan adalah untuk membantu

Bapanya memiliki kedai keranda di Kuala Lumpur, dan Koon lulus pengajian dengan diploma kejuruteraan sivil daripada Kolej Teknikal (kini Universiti Teknologi Malaysia) pada 1957 di bawah biasiswa Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau kemudiannya berkelayakan sebagai Chartered Civil Engineer dengan pembelajaran sendiri pada 1962, sebelum memulakan kerjaya korporat yang membawanya kepada mengasaskan syarikat pembinaan terbesar di Malaysia – IJM dan Gamuda.

Beliau mengasaskan kedua-dua syarikat dengan 2 rakan kerja pada 1967, sebelum Mudajaya bergabung dengan IGB dan Jurutama untuk membentuk IJM Corporation pada 1980.

Pada 1975, beliau menjual saham pemilikan beliau di Gamuda.

Namun di pasaran sahamlah di mana Koon, 32 tahun lalu, mula mengumpul lebih banyak lagi aset dan kekayaan.

"Pada 1983 saya mempunyai sakit jantung yang serius. Sebelum pembedahan jantung saya di London, saya memberi semua aset saya kepada isteri dan anak-anak. Selepas pembedahan saya, saya mula belajar bagaimana untuk membuat wang dari pasaran saham," katanya.

Pada masa itu beliau adalah pengarah eksekutif di Mudajaya/IJM tetapi melepaskan jawatannya dan melabur masa dan wangnya dalam saham.

Beliau bermula dengan RM200,000 untuk digunakan dan semenjak itu seringkali untung berjuta.

Koon berkata, cara beliau menguasai pasaran adalah dengan menjadi 'pelabur contrarian' - seseorang yang membeli semasa semua sedang menjual dan menjual semasa semua sedang membeli.

Dan ini ilmu yang beliau ingin berikan kepada orang ramai, kerana beliau sering menulis di blognya tentang tips pelaburan. 

"Selepas membaca beberapa buku tentang pelaburan daripada guru terkenal seperti Benjamin Graham, Warren Buffet, Peter Lynch serta pengalaman 32 tahun saya, saya ingin berkongsi pengetahuan saya dengan mereka yang berminat." katanya.

"Saya percaya mengajar orang lain bagaimana untuk membuat duit adalah seperti mengajar seseorang bagaimana untuk memancing berbanding memberi mereka ikan," tambahnya.

Harapannya adalah sama tidak kiralah sesiapa yang membantu, sama ada dengan berkongsi tips pelaburan atau dengan wang – mereka juga akan membantu yang miskin apabila mempunyai duit.

Ini juga sama dengan mereka yang memanfaatkan tips pelaburan beliau, lebih 300 pelajar menerima biasiswanya, dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang kerana menerima ferma RM50 juta kepada hostel USM.

Mahukan negara lebih baik

Koon bukan sahaja aktif membuat duit dan memberi derma, beliau juga sering menulis tentang isu nasional.

"Pada 1970 apabila polisi ekonomi baharu diperkenalkan, KDNK per kapita Singapura, Taiwan dan Korea Selatan sama dengan kita. Mereka menjadi negara maju walaupun tidak mempunyai sumber semula jadi seperti kita," kata penyumbang artikel kepada The Malaysian Insider itu.

"Kita masih belum menjadi negara maju kerana pentadbiran buruk dan rasuah kerajaan BN (Barisan Nasional). Saya akan terus menulis untuk membangkitkan keburukan tentang kerajaan sehingga pengundi akan mengundi keluar BN dari Putrajaya," tambahnya.

Di antara ketidakpuashatiannya dengan kerajaan pemerintah hari ini juga terserlah dalam jawapan balasnya kepada penolakan tawaran RM30 juta derma kepada Utar pada 2009.

"Pemimpin MCA yang mengawal Utar memiliki semua tanah di luar kampus universiti, menolak tawaran saya kerana tidak mahu saya rosakkan perniagaan lumayan hartanah pembangunan mereka," katanya.

Koon percaya DAP sedang mentadbir Pulau Pinang "dengan baik" dan ada sebabnya mengapa beliau memilih untuk menderma RM50 juta kepada kerajaan negeri itu.

Derma terkini beliau untuk membina asrama boleh menempatkan 2,200 pelajar. Pada masa ini USM hanya boleh menawarkan kemudahan asrama kepada pelajar tahun pertama.

'Anak-anak tak perlukan wang saya'

Koon berkata tidak berniat untuk menyimpan kekayaan peribadinya juga.

"Saya sudah menulis dalam wasiat saya, selepas pemergian saya, semua aset yang tinggal akan didermakan kepada yang miskin untuk membuatkan mereka gembira," katanya.

Koon percaya beliau memberi yang terbaik kepada anak-anaknya dan mereka tidak memerlukan wangnya.

"Saya memberikan anak-anak saya pendidikan terbaik yang boleh dibeli dan mereka dapat hidup senang tanpa wang saya," katanya.

"Saya ingin membantu pelajar miskin untuk melengkapkan pengajian tinggi mereka kerana saya percaya dengan pendidikan yang baik, mereka boleh mendapat pendapatan cukup untuk keluarga mereka sendiri dan orang lain," katanya.

Beliau juga menegaskan, mereka yang menerima biasiswanya tidak perlu membayar semula, tetapi perlu mendedikasikan diri mereka untuk membantu orang miskin apabila sudah mempunyai wang.

"Saya percaya ada antara mereka yang akan meneruskan kebajikan selepas pemergian saya jika mereka amalkan sistem atau falsafah yang sama, akan ada lebih banyak lagi pekerja kebajikan," katanya.

Banyak kebahagiannya dalam membantu, kata jutawan itu, kerana ia "mewujudkan" kebahagiaan.

"Orang ramai perlu sedar tujuan utama kita adalah kebahagiaan. Mereka akan mendapat kebahagiaan jika mereka boleh wujudkannya. Jika mereka beri sebahagian wang mereka untuk membantu yang miskin yang akan gembira, maka mereka juga akan gembira," katanya. – The Malaysian Insider/3 Oktober, 2015.

Berkaitan:






P/s: Moga-moga pintu hati penderma terbuka untuk memahami dan  mendalami Islam.


, , , ,

DAP Tidak Akan 'Tikam Belakang' Macam PAS - Tony Pua



DAP tidak akan 'menikam belakang' dalam Pakatan Harapan sepertimana yang dilakukan PAS yang meletakkan calon di kerusi Kota Damansara milik PKR pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan Umno menang, kata Pengerusi DAP Selagor Tony Pua.

Beliau berkata DAP akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) jika mereka ingin bertanding di lapan kerusi DUN yang menjadi kubu kuat PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pua berkata buat masa ini, sama ada DAP akhirnya akan bertanding lapan kerusi itu tidak penting, sebaliknya mahu memastikan jentera parti itu bergerak dan sedia memberi sokongan penuh kepada AMANAH jika parti Islam itu mahu bertanding di situ.

"Tujuan DAP terus terang. Kita ingin supaya kelapan-lapan kerusi di mana DAP mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh akan dimenangi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.

"Bersama dengan kawasan DUN yang sedang dipegang oleh DAP, PKR dan Amanah, Pakatan Harapan akan berjaya menubuhkan kerajaan yang baru di Selangor dengan majoriti yang stabil.

"Sama sekali kita percaya, dalam mana-mana kerusi yang DAP bertanding, PKR dan Amanah juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kita," kata Pua dalam ucapan konvensyen DAP Selangor hari ini.

Pua berkata walaupun DAP akan terus berdalam sebuah kerajaan gabungan secara ad-hoc tetapi ia tidak akan akan kekal selama-lamanya, maka parti itu akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

"Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan. Apatah lagi PAS telah berulang-kali menegaskan bahawa mereka telah memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon-calon PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dipegang oleh DAP.

"Oleh sebab itu, adalah menjadi keutamaan kepada DAP Selangor untuk mengambil langkah mengukuhkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke-14. Dalam pilihanraya yang lalu, PAS bertanding dalam 22 buah kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang 15 di Selangor," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan jentera DAP untuk bermula persiapan untuk bertanding di lapan kerusi PAS iaitu Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru.

Menurutnya lagi, Edry Faizal dilantik menyelaras Pusat Komuniti dan Khidmat DAP DUN Taman Templer dan bakal Majlis Makan Mengumpul Dana DUN itu Taman Templer pada 17hb Disember depan.

"Aktiviti-aktiviti parti DAP dan Pakatan Harapan tengah diaturkan untuk semua kawasan-kawasan tersebut," katanya dalam ucapan itu. - Malaysia Kini/1/11/15


, , ,

Rabu, 28 Oktober 2015

Adakah Pas Mahu Tukar Kerajaan Atau Menyokong BN?



KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.

Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.

“Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

“Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN,” ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.

“Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. ‘Let it be clear’, kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN,” tegasnya.- FreeMalaysiaToday/27/10/15


, ,

Sabtu, 17 Oktober 2015

AMANAH: Rampas Peluang Ketika Umno, PAS Lemah


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam realiti politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kiuta fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.


“Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka,” kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama. -Malaysia Kini/17/10/15


, , ,

Khamis, 15 Oktober 2015

AMANAH Lobi Jaringan Islam, DAP Belajar di Turki

Lebih sebulan bergerak, Parti Amanah Negara (AMANAH) kini memulakan langkah mendekati tokoh-tokoh gerakan Islam dunia, jaringan yang sebelum ini dilihat didominasi PAS.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar semalam.

AMANAH diwakili oleh timbalan penasihat umumnya Abd Ghani Shamsuddin, yang juga anggota pemegang amanah kesatuan itu serta bendahari parti Asmuni Awi.

“Pada pertemuan hampir dua jam itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia.

“Turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia,” kata Salahuddin.


Parti serpihan PAS itu selepas ini dijadual ke Istanbul, Turki untuk menyertai Persidangan Gerakan Islam dalam isu Palestin bersama anggota gerakan Islam lain pada 14 hingga 18 Oktober nanti.

Daripada aspek politik, pertemuan itu dilihat cubaan membina jaringan dengan gerakan Islam dunia yang rata-rata belum mengenali parti Islam baru itu.

Bincang dengan Sheikh Ghannouchi

Sementara itu, DAP, sekutu AMANAH dalam Pakatan Harapan, pula mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Tunisoa bermula 12 Oktober sehingga Sabtu ini.

Diketuai ketua parlimennya sendiri Lim Kit Siang, ia disertai beberapa anggota parlimennya termasuk Teresa Kok (Seputeh), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Steven Sim (Bukit Mertajam).

Turut menyertai rombongan adalah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu Dr Syed Azman Syed Nawawi.


“Tujuan lawatan ini adalah untuk berjumpa dan membuka hubungan dengan pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat madani di negara-negara tersebut agar dapat bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman mengenai proses pendemokrasian, khususnya peranan gerakan siasah Islam dalam suasana pascarevolusi Arab Spring,” kata Zairil.

Penolong Setiausaha Kebangsaan DAP itu juga berkata mereka telah membuat kunjung hormat kepada Sheikh Rached Ghannouchi, presiden Ennahdah dan seorang tokoh agama disegani di dunia Islam.

DAP, kata Zairil, berbincang pelbagai bidang termasuk masa depan Islam, peri pentingnya kemuafakatan politik semua pihak, serta maqasid syariah yang menekankan kepentingan nilai-nilai Islam berdasarkan konsep rahmat ke seluruh alam.

Zairil berkata mereka memilih Turki kerana negara itu selepas 2002 dianggap ramai sebagai contoh kejayaan gerakan Islam yang bersifat moderat,

“...kami yakin bahawa banyak yang boleh dipelajari, baik daripada kelebihan mahupun kelemahan, daripada pengalaman mereka,” katanya lagi.

DAP, sebuah parti yang sering dilabel 'cauvinis Cina' oleh musuh politiknya sekarang ini sedang giat mendekati golongan Melayu. -Malaysia Kini/14/10/15


,

Selasa, 13 Oktober 2015

AMANAH Dedah Sumber Kewangan, Nafi Ditaja DAP



30 Pemimpin Sumbang RM40,000, Amanah Nafi Ditaja DAP

Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan ia dibiayai dan menerima dana daripada DAP.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir menyifatkan tuduhan itu propaganda murahan untuk memburukkan nama parti baharu itu.

"Sangat tidak benar kami dibiayai DAP. Kalau dia (DAP) hendak bagi pun kita tak akan terima," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur, hari ini.

Anuar berkata, 30 ahli yang berada di dalam jawatankuasa Amanah memberikan sumbangan berjumlah RM40,000 bagi menubuhkan parti itu.

"Ahli kita dulu keluar RM40,000 (jumlah keseluruhan) seramai 30 orang. Semua sekali seperti Salahudin Ayub dan Khalid Samad," katanya.

Selain sumbangan tersebut, wang dana untuk membentuk Amanah juga datang daripada hasil yuran ahli sebanyak RM10 seorang.

"Keahlian baru yuran RM10. Dari situ, RM5 untuk (dana) pusat, RM5 lagi negeri," katanya.

Sementara itu, Anuar berkata, Amanah akan terus mengamalkan konsep derma seperti yang dilaksanakan PAS sebelum ini.

“Kita akan amalkan (konsep derma). Lebih baik dapat derma ikhlas daripada ahli berbanding orang luar. Kita tidak mahu sesetengah pihak menguasai kita,” katanya kepada wartawan.

Amanah hari ini mengadakan sidang media sempena 40 hari penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang setakat ini berjaya mengumpul 50,000 ahli seluruh negara. – The Malaysian Insider/13 Oktober, 2015.

P/s: SALUT!!!!

,

Lepas 44 Hari, Lebih 50,000 Mohon Jadi Ahli AMANAH



Selepas penubuhannya diumumkan akhir Ogos lalu, Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima lebih 50,000 permohonan keahlian untuk menyertai parti itu.

Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir berkata setakat ini permohonan keahlian AMANAH paling ramai dicatatkan dari Kelantan sebanyak 12,000 permohonan, selepas 44 hari penubuhannya.

"Paling ramai, kita dapat permohonan di Kelantan sebanyak 12,000 orang. Memang tak sangka," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS pusat memaklumkan bahawa pihaknya turut menerima lebih seribu permohonan daripada masyarakat bukan Islam untuk menjadi ahli

Selain itu, Anuar berkata, pihaknya juga positif untuk mensasarkan 100,000 ahli menjelang 2016.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan empat anggota jawatankuasa yang diberi portfolio dalam kepimpinan AMANAH pusat.

Mereka melantik Khalid Samad sebagai pengarah komunikasi, pengarah strategi pula disandang Dr Dzulkefly Ahmad, pengarah pilihan raya ditugaskan kepada Dr Hatta Ramli sementara bekas penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin sebagai jawatankuasa mewakili golongan seniman.

Anuar berkata parti itu juga akan mewujudkan jawatankuasa penaja (protem) di peringkat cawangan dengan mensasarkan 500 cawangan di seluruh negara.

Bagi memastikan hasrat untuk mewujudkan cawangan itu berjaya, pimpinan tertinggi parti itu akan mengadakan siri jelajah ke setiap negeri bermula 29 Oktober ini.


Sementara itu, dalam kenyataannya, Anuar berkata parti itu sedang melakukan pindaan dan penambahbaikkan terhadap perlembagaan demi memperkemaskan lagi parti yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober lalu.

Beliau turut memaklumkan beberapa pimpinan utama termasuk Presiden Mohamad Sabu, Timbalannya Salahuddin Ayub serta Naib Presiden Datuk Mujahid Yusof Rawa menghadiri beberapa persidangan ahli parlimen antarabangsa di luar negara minggu ini.

Mereka juga mengadakan kunjungan hormat kepada beberapa tokoh dunia dan pemimpin pergerakan Islam antarabangsa untuk memperkenalkan parti baru ini. -Malaysia Kini/13/10/15


, , , , ,

Ahad, 11 Oktober 2015

Pemuda AMANAH Terus Seru PKR Tinggalkan PAS



Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru rakan sekutunya PKR supaya meninggalkan PAS sekaligus konsisten mengukuhkan gabungan baru pembangkang demi mengalahkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata PKR sepatutnya terus mengukuhkan Pakatan Harapan daripada terus mahu bekerjasama dengan PAS yang didakwanya pernah mengkhianati parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PKR perlu mengingati kembali bagaimana PAS menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, meletakkan calon di 5 kerusi yang ditandingi PKR dan menolak untuk mengarahkan ahli memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

"Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR?

"Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar Ibrahim?

"Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?" soal Faiz yang juga anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor.

Faiz mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada PAS walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan.

Menteri besar Selangor berkata, PKR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda sama termasuk PAS atau mana-mana parti lain sekali pun.

Menulis dalam Facebooknya hari ini, Faiz turut menasihati PKR supaya mengingati pesan Rasulullah SAW supaya umat Islam tidak "dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali".

Menurutnya lagi, usaha mengukuhkah Pakatan Harapan adalah efisyen berbanding asyik mengajak PAS bersama gabungan pembangkang itu sedangkan parti Islam telah menolaknya.

Menurutnya lagi, pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat dahulu adalah pimpinan AMANAH sekarang.

"PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya Pakatan Harapan akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.

"Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke-14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk Pakatan Harapan mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat.

"Sekarang adalah masa untuk Pakatan Harapan menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi Pakatan Harapan hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS," katanya.

Sehubungan itu, Faiz mengingatkan PKR supaya tidak membiarkan kemarahan rakyat kepada PAS "berjangkit" kepada PKR malah jika Pakatan Harapan rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan merana kerana ditipu lagi.

"Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan Barisan Nasional memerlukan pasukan Pakatan Harapan yang kukuh, kuat dan berdaya saing.

"PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan?" soal Faiz yang juga seorang peguam. - Malaysia Kini/11/10/15


, , ,

Mat Sabu: Amanah Sedia Tanding 3 Penjuru Lawan PAS Jika Terpaksa



Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.

Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.

"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya.

"Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.

Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.

Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.

Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.

Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.

"Di Johor, Amanah mempunyai peluang lebih cerah untuk menang berbanding PAS kalau berlaku pertandingan 3 penjuru kerana sikap pengundi Cina yang memihak kepada Pakatan Harapan.

"Di Kelantan pula, jika berlaku pertandingan 3 penjuru, kedua-dua PAS dan Amanah akan kalah dan Umno akan menang," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Kulai.

Amanah akan bertanding di seluruh negara namun fokus kini diberikan kepada negeri pantai barat dan selatan, khasnya Selangor dan Johor, berbanding negeri pantai timur dan utara. – The Malaysian Insider/11 Oktober, 2015.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH