Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ugutan bunuh. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 12 November 2015

Husam: Saya Tidak Gentar Biar Nyawa Jadi Taruhan




Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin ugutan bunuh yang diterima oleh isterinya pada Isnin lalu sebenarnya ditujukan kepada dirinya.

Husam berkata ugutan yang dibuat melalui panggilan telefon dan sistem pesanan mesej (SMS) daripada pihak tidak dikenali itu mungkin berkaitan dengan tegurannya terhadap kerajaan negeri.

Katanya, beliau sebelum ini telah membuat enam teguran kepada kerajaan negeri dan tiga daripadanya berkaitan isu pembalakan dan perladangan.

"Ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali telah diterima melalui panggilan telefon dan SMS menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.

"Ugutan itu ditujukan kepada saya. Pada hari yang sama saya dan isteri buat laporan polis. Masing-masing di balai Jalan Tun Razak dan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kota Bharu.

"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan. Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan," katanya.

Walaupun menerima ugutan, ADUN Salor itu berkata beliau tidak akan berganjak dan akan terus memberi teguran walaupun nyawanya menjadi taruhan.

"Jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis.

"Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, insya Allah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," kata Husam lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan tegurannya mengenai isu yang dibangkitkan bagi mengelak pertikaian berlanjutan khususnya kelulusan kawasan hutan simpan yang baru.

"Saya berharap kerajaan negeri menimbangkan teguran saya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian yang berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan yang baru, sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk," katanya.

Semalam dilaporkan isteri Husam menerima ugutan bunuh.

Selain keluarga Husam, bekas rakan seperjuangannya dalam PAS Salahuddin Ayub turut mengalami "cabaran" apabila tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh semasa berada di Kelantan. -Malaysia Kini/12/11/15


, ,

Husam Akui Terima Ugutan, Syak Kerana Isu Balak



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

"Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.

"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya.

"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.

"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

"Sungguhpun saya gentar keselamatan saya dan keluarga, Insya-Allah saya tidak akan berganjak daripada tugas membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," katanya.

Husam berkata, beliau berharap kerajaan negeri menimbangkan tegurannya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan baharu sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian lebih buruk.

"Allah sebaik Penolong dan Pelindung. Kepada-Nya saya bertawakal," katanya. – The Malaysian Insider/12 November, 2015.


, , ,

Mesej Hukum Bunuh kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu



Kuala Terengganu: “Saya berani katakan cgu (cikgu) Man dah murtad dan wajib dihukum bunuh,” demikian kandungan mesej WhatsApp yang ditujukan kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu, Othman Ismail.

Menurut Othman, 56, ugutan berkenaan dihantar seorang daripada individu yang turut ada dalam kumpulan WhatsApp dikenali Arena Politik Royalti, kelmarin.

“Saya terima mesej berkenaan pada jam 3.10 petang semalam (kelmarin) ketika berada di rumah di Kuala Ibai.

“Saya percaya mesej itu dihantar berikutan keputusan saya untuk mengubah hala tuju politik daripada PAS kepada Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkaitan ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Othman berkata, dia beberapa kali menerima ugutan daripada individu berkenaan tetapi tidak mengendahkannya sebelum ini.

“Bagaimanapun, kali ini saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri pada masa depan selepas mendapat nasihat daripada rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan. -Harian Metro/12/11/15


, ,

Rabu, 11 November 2015

Isteri Husam Didakwa Terima Ugutan Bunuh



Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.

“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.


Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.

Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.

Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.

Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya. -Malaysia Kini/11/11/15


, ,

Jumaat, 20 Jun 2014

Lelaki Dakwa Amal Ajaran Agama Lain Bengang Ibu Solat dan Mengaji

Bengang ibu solat, mengaji


Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.- Rubiah Omar/19/6/14

, , ,

Selasa, 4 Februari 2014

Pegawai T-Team Buat Laporan Polis Pemain dan Pegawai Ditumbuk...


Stefano (kanan) didakwa telah ditendang di bahagian kemaluan dan Elvaldo Goncalves pula dipercayai ditumbuk di muka tiba di balai polis di Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis pada Ahad.

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.

Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.

"Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.

Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut. - 4/2/14

Laporan polis yang dikaitkan dengan kejadian yang kini tersebar di media sosial.

Lanut di sini.


, ,

Selasa, 17 September 2013

Lelaki Acu Pisau dan Halau Ibu dan Adik dari Rumah Peninggalan Ayahnya


Pisau Derhaka

[HM] Kuala Lumpur: Seorang peniaga berusia 40-an sanggup bertindak menghalau ibu dan empat adik- beradiknya yang menetap di sebuah rumah teres peninggalan bapanya di Sungai Besi di sini, kerana ingin menjual rumah berkenaan.

Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana rumah itu kini bernilai lebih RM500,000 dan menjadikan alasan bahawa ibu berusia 67 tahun dan empat adiknya berusia antara 20 hingga 40-an membebaninya.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, Khamis lalu.

Mangsa (si ibu) dan empat lagi adik-beradik mula tinggal bersama di rumah berkenaan sejak kematian bapa mereka beberapa tahun lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah lalu menghalau ibunya selain mengarahkan warga emas itu membawa bersama empat adik-beradik lain.

“Suspek menuduh ahli keluarganya itu menambah bebannya yang terpaksa menyara mereka sekeluarga. Malah, dia turut memberitahu mahu menjual rumah berkenaan dan sebuah lagi rumah yang dibeli keluarga berkenaan atas namanya,” katanya memberitahu, ketika kejadian, empat adik-beradik suspek tiada di rumah.

Sumber itu berkata, tindakan suspek menyebabkan ibunya berang sebelum memarahinya menyebabkan mereka terbabit dalam pertengkaran lebih 10 minit.

“Suspek yang hilang pertimbangan itu kemudian mengambil pisau pemotong daging sebelum meletakkan senjata berkenaan di leher ibunya.

“Lelaki terbabit kemudian mengugut untuk membunuh ibunya itu jika permintaannya tidak dipenuhi. Malah, suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah itu menggunakan pisau berkenaan,” katanya memberitahu, selain ibunya, suspek turut mengugut untuk membunuh empat lagi adik-beradiknya jika mereka enggan mengosongkan rumah berkenaan.

Menurutnya, suspek hanya berhenti mengamuk dan mengugut ibunya itu apabila melihat ibunya menangis dan merayu dikasihani.

“Biarpun begitu, suspek masih tidak berpuas hati dan mengarahkan ibunya untuk keluar rumah berkenaan keesokan harinya,” katanya.

Katanya, warga emas terbabit yang bimbang dengan ugutan itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini. Harian Metro difahamkan, warga emas bersama empat beradik suspek sudah meninggalkan rumah berkenaan dan kini menumpang di rumah saudara mereka.

Tambahnya, dalam kejadian itu, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes itu kerana melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. -17/9/13


, , , ,

Jumaat, 19 Julai 2013

Wanita Lakukan Seks dengan Kucing



[HM] Oklahoma City: Disebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.

Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.

Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. 

Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. 

Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: “Adakah anda mahu mati?” 

Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.

Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.

“Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya,” katanya. - Agensi





, ,

Jumaat, 3 Mei 2013

[Video] Calon BN Nak "Bunuh" Anwar Ibrahim




P/s: Kalau calon PR yang berkata demikian, sudah lama duduk lokap!

, , ,

Isnin, 18 Mac 2013

[PANAS] Psy di Sepang, Tidak Timbul Pula Isu Nyawanya Diancam


Psy Sabtu lalu telah mengadakan persembahan di Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur.

Bukankah Psy dilaporkan oleh media perdana diancam oleh pihak tertentu sewaktu menjayakan rumah terbuka BN?

Hahahaha

Dalam konsert itu, superstar Korea itu turut mengumumkan bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan selepas ini.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert FMFA2013. 

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri di hadapan anda semua.

"Saya juga sudah tidak merasakan diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan Gangnam Style ini adalah yang terakhir, di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan single terbaharu saya yang akan diedarkan pada 13 April ini", kata PSY seperti dipetik portal MD. -DCM


Cerita Psy diancam bunuh di sini.

Bagaimana timbul cerita keselamatan Psy terancam? Tonton video di sini.


, ,

Isnin, 21 Mei 2012

Pencacai Mahu Bunuh TG Nik Aziz

Sumber di sini.

P/s: Kalau melibatkan pemimpin BN, sudah lama pencacai ini ditangkap. Sebelum ini, seorang pengguna FB turut menulis ancaman untuk membunuh TG Nik Aziz, namun sehingga kini tiada khabar berita tenttang kes itu, walaupun beberapa laporan polis dibuat terhadap malaon itu.

,

Khamis, 3 Mei 2012

[GEMPAR] Ugutan: "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH"

Sumber gambar penuh di sini.

 Pencacai Rejim Najib nak bunuh Anwar Ibrahim? Sebenarnya, beginilah mentaliti kebanyakan pencacai dan penyokong Rejim UMCO, melulu tanpa mencari maklumat sebenar tentang sesuatu perkara. Akibat terlalu mempercayai berita di media perdana/blog, ada pencacai yang bertindak di luar jangka. Hal yang sama berlaku kepada pencacai yang tidak tahu atau gagal berhujah. Mereka memaki hamun dan mencaci sesuka hati tanpa memberikan hujah yang bernas. Banyak sangat spesis ini saya temukan di blog dan di kumpulan FB termasuk fanpage DCM.

Dalam kes ini (gambar), penjilat Rejim UMCO menulis "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH". Tulisan yang jelas berunsur ugutan jenayah!


P/s: Harap polis yang memantau FB dan laman sosial yang lain bertindak kerana tulisan seperti ini akan mempengaruhi orang yang berIQ rendah dan taksub kepada provokasi pihak tertentu.


, ,

Isnin, 9 April 2012

Selepas Dimabukkan, Pekerja Butik "Dikerjakan" Teman Lelaki di Kandang Lembu

Sekadar hiasan.

[BH] KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pembantu butik pengantin menerima pelawaan teman lelakinya untuk membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan, mengundang padah apabila mangsa bukan saja dipaksa menghidu gam dan minum arak di kawasan kandang lembu, malah turut diperkosa dalam kejadian di Bangi, Selasa lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan berada di tempat kerjanya di Kajang sebelum lelaki berkenaan datang dan mengajak untuk membeli-belah di Nilai 3. Mangsa yang menerima ajakan teman lelakinya sempat bertanyakan hala tuju mereka ketika dalam perjalanan selepas menyedari lelaki terbabit melalui kawasan mencurigakan. 

Bagaimanapun, teman lelakinya hanya menyuruh mangsa diam dan sebaik tiba di kawasan kandang lembu dipercayai tidak jauh dari rumah suspek, lelaki itu menyuruh mangsa turun dan memaksa wanita terbabit menghidu gam serta minum arak yang sudah di sediakan terlebih dulu. 

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya hanya mengikut arahan namun dirogol suspek di kandang lembu berkenaan. 

“Mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Rinching Hilir, Kajang, namun tidak membuat laporan polis atau memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya disebabkan malu. 

Sebaik menerima beberapa ugutan daripada lelaki terbabit akan memancung kepalanya jika kejadian itu didedahkan kepada orang lain, mangsa tampil membuat laporan polis di Bandar Baru Bangi petang semalam,” katanya. 

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak setahun lalu, namun tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik sehinggalah ditimpa kejadian berkenaan. 




, , , ,

Khamis, 5 April 2012

Lelaki Bawah Pengaruh Dadah Ugut Mahu Bunuh Isteri


Seorang lelaki mengacu sebilah pisau ke leher isterinya dalam suasana tegang ketika berunding dengan pihak polis.

Sakdawut Hamsiri, 30, menjadikan isterinya yang dalam ketakutan sebagai tebusan selama enam jam di tepi sebatang jalan di Bangkok.

Lelaki itu didakwa berada bawah pengaruh dadah ketika mengacu pisau sepanjang 10 inci di leher Thawee Naiyanit.

Sewaktu rundingan, Hamsiri telah menolak permintaan polis agar dia melepaskan isterinya. Dia bagaimanapun berjaya diberkas polis selepas dijatuhkan dengan renjatan elektrik daripada senjata taser. Dia telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. -DCM/TS


, ,

Jumaat, 30 Mac 2012

Anak Ugut Bapa dengan Pedang Dikenakan Denda RM4 Ribu


[HM] KOTA BHARU: Gara-gara hasratnya untuk menjual rim kereta dihalang, seorang penganggur mengamuk dan mengugut bapanya menggunakan pedang, minggu lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Hafizi Mat Hussein, 26, menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor.

Mohd Hafiz memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa mengugut bapa kandungnya Mat Hussein Che Mat, 62, dengan niat menyebabkan ketakutan yang akan mendatangkan kematian kepada warga emas itu di rumahnya di Kampung Setek, Kok Lanas di sini pada jam 10 pagi, 25 Mac 2012.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba berang dengan mengamuk sambil mengacukan pedang ke arah pengadu selepas hasratnya untuk menjual rim tayar dihalang bapanya itu.

Pengadu yang ketakutan dan bimbang dicederakan bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sejurus kejadian. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.



, ,

Selasa, 14 Februari 2012

Menang Judi RM17 Juta, Nyawa Terancam, Mengapa?


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.

“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.

,

Ahad, 15 Januari 2012

Mahasiswa Ugut BOM Helikopter Najib Disoal Siasat


Berita Bernama melaporkan bahawa seorang pelajar USM ditahan kerana menulis kenyataan berunsur ugutan di blognya.  Berdasarkan paparan skrin di atas, mahasiswa itu sebenarnya menulis kenyataan itu di dinding FBnya sekitar jam 3:00 petang semalam. Terjemahan mesej itu ialah "Najib akan datang ke kampus kita, mari kita letupkan helikopternya."

Berdasarkan maklumat yang saya baca di Pulakdah!, pihak polis mengesahkan mahasiswa tersebut telah dibawa untuk disoal siasat, walau bagaimanapun polis menafikan khabar bahawa mahasiswa itu ditahan. OCPD Asst Comm George Town Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Patani Road untuk disoal siasat sekitar 1:30 petang tadi.

"Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dikesan berada di kampus Nibong Tebal."
 
 

Dalam kalut-kalut polis menyoal siasat mahasiswa itu, apa perkembangan kes samseng yang sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh TG Nik Aziz? Kalau terakhir saya dengar cerita tentang budak ini, dia disoal siasat oleh polis. Apa jadi selepas itu? -DCM

Baca di sini.

P/s: Walaupun mahasiswa ini mungkin tidak mempunyai niat untuk meletupkan helikopter itu, tetapi tindakan "bodohnya" itu telah memberikan modal kepada jurublog UMCO untuk mengaitkannya dengan PR dan seterusnya memburuknya imej PR dalam tulisan mereka.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa!


,

Khamis, 22 September 2011

Budak 16 Tahun UGUT Lelaki dengan PEDANG Kerana Kemaruk Cinta

Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Gara-gara berebut kasih sayang seorang gadis, seorang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah di daerah ini bertindak berani dengan mengugut seorang lelaki menggunakan sebilah pedang dalam satu kejadian di Lorong Panji Alam, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek, 16, berasal dari Kampung Batu Burok, di sini, bersama seorang lagi rakannya bertemu dengan mangsa, 19, kononnya untuk menyelesaikan masalah peribadi berkaitan gadis berkenaan.

Difahamkan, suspek ‘naik angin’ selepas berlaku sedikit pertengkaran mulut di antara mereka, lalu tanpa berfikir panjang, suspek terus mengambil pedang yang dibawanya dan mengacukannya kepada mangsa yang ketika itu turut ditemani rakannya.

Terkejut dengan tindakan suspek yang seolah-olah dirasuk itu, mangsa bersama rakannya terus melarikan diri dan bimbang keselamatannya terancam, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu pada hari kejadian.

Mengetahui dirinya kini diburu, suspek kemudian mengambil keputusan menyerah diri kepada polis dengan ditemani bapanya pada petang kelmarin, manakala rakannya yang turut bersama semasa kejadian masih diburu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya lagi, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan kini suspek direman selama tiga hari bermula semalam.

P/s: Bingai! Takziah kepada ibu bapa budak singkat akal ini!

, ,

Selasa, 9 Ogos 2011

Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak


Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak tahu hujung pangkal dan situasi masalah. Namun, logiknya, guru tidak sewenang-wenang menegur pelajar jika pelajar itu tidak bermasalah. Apabila guru membuat teguran sudah tentulah teguran itu untuk menjadikan pelajar berkenaan sedar akan kesilapannya.

Masalahnya, teguran guru sering disalahertikan oleh ibu bapa. Apabila teguran itu disalah anggap oleh ibu bapa, maka terjadilah perkara yang seumpama ini. Lebih teruk, nyawa guru seperti telur di hujung tanduk. Bertolak daripada kes seumpama ini, maka banyak guru kini membiarkan pelajar yang bermasalah kerana bimbang diancam oleh pelajar itu sendiri serta ibu bapa  yang menyangka anak-anak mereka umpama ustaz dan ustazah.

P/s: Tidak hairan pihak sekolah dan kementerian terpaksa menghantar pelajar ke penjara untuk kursus motivasi!


, ,

Khamis, 28 Julai 2011

Ingat Kes Pelakon Wanita Dipukul, Dicekik, Diugut? Teman Lelakinya Menafikan Laporan HM



Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu. 
Ammar dan Sarah

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH