Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label murtad. Papar semua catatan

,

Isnin, 22 Jun 2015

[Video] Pelakon Indonesia, Lukman Sardi Mengaku Murtad, Masuk Kristian




Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam.

Pengakuan pelakon berusia 43 tahun itu dapat ditonton di saluran YouTube sejak dimuat naik bermula 24 Mei lalu.

Lukman menceritakan hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.

"Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu," ujarnya.

Menurut beliau keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun.

Lukman merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi. Hasrat Lukman untuk menukar agama turut dimaklumkan kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.

“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri,” tambahnya.

Media sosial khususnya Twitter dibanjiri pelbagai reaksi dari para pengikut industri hiburan di Indonesia.

Ada baiknya kita bertanya, mengapa Lukman Sardi pindah agama dan Tyrese Gibson pindah agama.— Bagus Prahutdi (@bagusprahutdi)June 22, 2015

Yg nyinyirin Lukman Sardi pindah agama pasti kehidupan beragamanya udah sempurna sekali. Kalo saya mah jauh dari baik, jd mending diem aja.— ELVEGANO (@elvgno)June 22, 2015

Nahh. Pelakon 'Sang Pencerah' masuk agama kristian. Siapa sangka kan?— Taqiie (@taqiie)June 22, 2015

Berita om@lukmansardipindah agama jgn dibesar-besarkan. Itu kan hak pribadi dia utk bebas memilih agama dan menjalankannya.— Kinanti Pricillia (@kikii1810)June 22, 2015

lukman sardi is mur**d while fast and furious's actor Tyrese Gibson is Muallaf.. sad and good news, but well is all about choice :)— hayati (@ciblekciwek)June 20, 2015

Lukman sardi tak boleh memakai nama orang tuanya ( sardi ) yg muslim,, sekarang cukup dengan nama sebutan baru ( lukman murtad )— PresidenOposisiRI (@farhatabbaslaw)June 19, 2015

Lukman Sardi Murtad? Lebih indah membaca ke-mualafan Actor Hollywood Tyrese Gibson, Maxwell & Will Smith— Alejandrodarman (@Alejandrodarman)June 19, 2015

Lukman Sardi pindah agama lebih bikin panik ketimbang kasus korupsi. Emang orang-orang negara ini punya masalah menentukan prioritas.— Adis (@germarama)June 20, 2015

Tidak kurang juga para netizen Malaysia yang turut menzahirkan pendapat mereka lantaran Lukman turut dikenali di negara ini.

What? Lukman Sardi changed religions? Oh my God! That's none of my business and has absolutely no effect whatsoever on my life!— Hasief Ardiasyah (@hasief)June 21, 2015

Saat Lukman Sardi dan Tyrese Gibson bertukar agama, kita masih lagi bengap dan buta, mahu menjadi penghukum di dunia.— hafizz dzulkifli (@fizzisme)June 21, 2015

@saifulislam@ahmadfirdaus507semoga Allah beri beliau hidayah— bumilangit (@bumilangit)June 22, 2015

tidak perlu banyak berita tentang lukman sardi semoga beliau di beri hidayah oleh Allah SWT— Eko aja (@Ekotrion20Eko)June 21, 2015

Pelakon utama watak Kiyai Ahmad Dahlan di dalam filem Sang Pencerah menjelaskan tindakannya murtad meninggalkan...http://t.co/vshdZxxjEt— Hasrizal Abdul Jamil (@saifulislam)June 22, 2015

Lukman terkenal kerana sering melakonkan watak seorang Islam yang alim seperti filem Sang Pencerah. Antara filem-filem lain lakonannya adalah Laskar Pelangi, Soekarno: Indonesia Merdeka, Merah Putih dan Janji Joni. -Astro Awani/22/6/15


Selasa, 8 Julai 2014

[Gambar] Masjid Terbiar 18 Tahun Gara-gara Satu Kampung Murtad





Yang berikut ialah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah. Menurut, Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. Hal ini dikatakan diceritakan oleh Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon.

"Kelmarin ( 6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih. 

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.

Kredit kepada penulis asal tulisan di atas.




, ,

Jumaat, 20 Jun 2014

Lelaki Dakwa Amal Ajaran Agama Lain Bengang Ibu Solat dan Mengaji

Bengang ibu solat, mengaji


Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.- Rubiah Omar/19/6/14

, ,

Ahad, 1 Jun 2014

JAIS Serbu Perkahwinan Libatkan Pengantin Islam dan Bukan Islam


[HM] Petaling Jaya – Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. – Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/1/6/14


Kredit: MyNews Hub

, ,

Selasa, 4 Mac 2014

Aktivis Badan Islam Jawab Blog Siar Gambar Sesi ‘Murtad’ di Gereja


Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.


[TMI] Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut.

Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad.

Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu.

Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012.

Ekoran itu, Ikram mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut.

"Apapun niat blogger tersebut, ternyata perbuatannnya itu telah mewujudkan kesan negatif kepada individu terbabit dan masyarakat secara umumnya," kata Ketua Wanita Ikram Malaysia, Maznah Daud.

Beliau berkata kelakuan seperti itu menggugat persefahman dan keharmonian antara rakyat yang lama terjalin di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana ia bukan saja menimbulkan fitnah peribadi, tetapi membabitkan hasutan yang boleh memberi kesan kepada hubungan antara agama di negara ini.

Sebelum ini, aktivis hak asasi Yu Ren Chung, yang turut hadir dalam majlis yang sama di Istac, tampil menafikan dakwaan blog tersebut.

Yu berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya.

Blog yang menyiarkan gambar tersebut berkata ia adalah bukti kegiatan murtad di gereja, dan mempersoalkan PAS yang "masih menghalalkan usaha Melayu dimurtadkan".

"Dulu PAS pernah berjanji untuk mentarbiah DAP supaya mengikut Islam. Tetapi sekarang, apa yang kita nampak. PAS yang kena 'tarbiah' supaya mengikut DAP.

“Akhirnya, lama ke lamaan, ahli PAS yang dikristiankan. Ini bukan cakap saja, contohnya dah ada. Cuma kita perlu guna akal untuk berfikir."

Pendedahan mengenai blog tersebut berlaku serentak laporan sebuah akhbar kononnya tiga lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di sebuah sekolah.

Laporan itu kemudian didapati palsu, dan dipercayai sebahagian siri provokasi agama oleh beberapa pihak di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, beberapa gereja di negeri itu dikejutkan dengan kain rentang dipasang di luar gereja, yang menggunakan kalimah Allah dalam konteks Kristian.

Beberapa gereja dan masjid juga menjadi sasaran serangan, termasuk insiden di masjid Cherok Tok Kun yang dibaling sekeping daging dipercayai khinzir. – Zulkifli Sulong/4 Mac, 2014.



, ,

Khamis, 28 November 2013

Adila Hussin McGhee Tegaskan Tuduhan Murtad Suatu Fitnah


[Bernama] NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial dan menganggapnya sebagai fitnah.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

"Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila. - 28/11/13


, , , ,

Selasa, 20 November 2012

[PANAS] Artis Mengaku MURTAD


Rasa-rasanya, artis yang "mengaku" murtad ini kerana menjadi ahli UMNO dan menyokong Kerajaan BN ini mahu menyindir TG Nik Aziz berhubung dengan satu laporan akhbar yang mengaitkan kata-katanya, kononnya telah memurtadkan UMNO.
 
Mungkin artis yang dilihat sebagai penyokong tegar UMNO ini terpengaruh oleh berita di bawah ini:



Adakah laporan media UMNO ini 100% tepat? Respons TG Nik Aziz:


Apakah kenyataan TG Nik Aziz berkaitan dengan dakwaan murtad tersebut?

Dalam laporan HD, TG Nik Aziz berkata, orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh menjadi murtad (terkeluar daripada Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku melalui pelbagai cara termasuklah menolak Islam sebagai dasar perjuangan dengan menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi pada zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Selain itu, beliau mempersoal "bagaimana" PAS boleh mempercayai ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan bahawa Umno sendiri menolak ulama dalam biro agama Umno sewaktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberikan analogi.



P/s: Kalau mahu menyindir pun, janganlah sampai menggadai akidah sendiri. 

Siapa lagi ahli UMNO yang mahu mengaku murtad?




, , , , ,

Rabu, 7 November 2012

Isu Putar Belit Kenyataan "Bebas Beragama": Kenyataan Izzah, Komen TG Nik Aziz, Komen Dr Asri, dan Tindakan Saman terhadap Akhbar & Blog




Kenyataan Nurul Izzah

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012


Berita Berkaitan:

Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz

[HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.
 
Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog

[SH] SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. 
  
Dr Asri: Kenyataan Izzah mungkin disalah tafsir

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


[SH] SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

* Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian edisi hari ini

, , ,

Sabtu, 30 Jun 2012

Kerana Takut Dicekup Khalwat dengan Awang Afrika, Wanita Sanggup Mengaku Bukan Islam

Sekadar hiasan.

[HM] PETALING JAYA: Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur.

“Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.




, ,

Khamis, 10 Mei 2012

Penyokong PERKASA Tiru Upacara Keagamaan Kaum Lain

Keterangan gambar:
A group of 40 members from Malay rights group Perkasa held two “funeral rite” in front of Penang State Chief Minister Lim Guan Eng’s house at Pinhorn Road and Komtar's ground floor on 10th May 2012 morning, to show their dissatisfaction at the latter’s rule in Penang since 2008. - DAP Bkt Bintang
 Apa hukumnya? Cuba minta Hasan Ali atau Zul Nordin jelaskan!

,

Rabu, 9 Mei 2012

[Rugi Tidak Baca] Hassan Ali Kemuka Teori "Drama Minggu Ini" tentang Saksi Kes Murtad yang Disensasikannya


Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori

[MK] Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. 


P/s: Anda mahu gelak...gelaklah!

Saya tidak mahu komen banyak-banyak tentang kaki karut ini. Jika beginilah taktiknya, maka terpacullah perkataan KANTOI dari mulut-mulut orang yang mengikuti kes ini.

 Pelik. Yang menonton video HA ialah wartawan terpilih. Semasa tayangan video tersebut, kesemua wartawan tidak dibenarkan merakam klip tersebut. Bagaimana orang awam boleh mengetahui identiti saksi itu? Adakah HA mengatakan wartawan-wartawan ini mengganggu saksinya?

Video palsu? Video rekayasa?

Pihak polis perlu menyiasat kesahihan video tersebut agar tidak menjadi modal HA dan geng untuk menagih simpati politik dan mengelirukan orang ramai.

Seperkara lagi, sudahkah HA menyerahkan video sensasinya itu kepada MAIS agar memudahkan agensi itu membuat siasatan? Rasanya sudah berbulan-bulan hal ini dibangkitkan. Adakah MAIS juga tidak boleh menonton video itu atas sebab keselamatan saksinya?

 Kalau peneroka kena kelentong pak haji, orang kampung, orang Melayu yang malas membaca dan menyelidik kena kelentong dengan kaki karut.



, ,

Jumaat, 20 April 2012

Zara Shafruddin yang Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia Berasal dari Pulau Pinang?




Ingatkan orang Melayu luar negara atau orang Indonesia, namun jika benar dinding FB di atas milik Zara yang dimaksudkan, maka jelas di situ tertera negeri asalnya, iaitu Pulau Pinang, Malaysia.

Cerita dan gambar perkahwinan gadis Melayu itu di sini.



, ,

[Gambar] Gadis Melayu Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia di Gereja St James Sydney


Akhbar Telegraph melaporkan Nick Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkahwin dengan gadis Melayu bernama Zara Shafruddin. Pasangan itu dilaporkan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James di King St Sydney.

Kevin Rudd, isterinya Therese Rein, dan anak perempuan mereka, Jessica mengumumkan berita gembira itu di Twitter.




Majlis perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas upacara di gereja itu, pasangan itu telah dibawa ke Catalina, Rose Bay untuk majlis resepsi. - DCM/Telegraph


Nicholas Rudd
Kevin Rudd dan isteri Therese Rein  
Gambar:  Jane Dempster The Sunday Telegraph
P/s: Anak siapa? Melayu @ Indonesia? Murtad!




, , ,

Selasa, 17 April 2012

Mahkamah Rayuan TOLAK Rayuan, Mualaf Semakin Sukar Selamatkan Akidah Anak

Cerita Riduan boleh dibaca di sini.

[Bernama] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Selasa menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim, Datuk Clement Allan Skinner.

Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.

Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian.

Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali.

Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu.

Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira.

Pada 24 April tahun yang sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun yang sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya
.

Peguam yang mewakili Indira, M.Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata, sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya.



P/s: Sebenarnya, masa inilah untuk melihat KESUNGGUHAN dan JASA UMNO memperjuangkan dan memartabatkan Islam di negara ini, masa inilah untuk melihat KEIKHLASAN puak Hasan Ali, Perkasa, dan segala macam NGO memperjuangkan Islam di negara ini. Namun sejak mualaf ini menyuarakan rayuan dalam HD tempoh hari tiada sesiapa pun daripada puak ini bangkit bersuara.

Saudara, tidak perlulah saya menulis panjang tentang isu ini kerana Perlembagaan nukilan penjajah mengatasi kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Salah siapa? Cuba tanya bekas MP dan MP UMNO yang sejak merdeka menguasai Dewan Rakyat dan memegang kuasa di negara ini.


,

Isnin, 2 April 2012

[Video] Hasan Ali Dakwa Kristianisasi Didalang Mubaligh Australia, Pelayar Internet Persoal Kesahihan Video Pengakuan Murtad


[MK] Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik kepada satu upacara pembaptisan.

Dalam ramakan itu juga, beliau mendakwa bahawa apartment berkenaan terletak di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.

Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.

Dalam sidang medianya, Hasan berkata kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.

Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.

"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.

Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI.


P/s: Beberapa orang tukang komen di MK mempersoal, mengapa tiada bukti video yang merakam acara "memurtadkan" umat Islam? Mengapa hanya mengemukakan video pengakuan, kerana ada logiknya, video pengakuan itu boleh jadi hasil rekayasa atau lakonan individu tertentu. Ada suara lain mempersoal, mengapa pendedahan video ini mengambil masa untuk didedahkan sedangkan HA boleh berbuat secara on the spot jika dia benar-benar memilikinya.

Apa-apapun video ini wajar diserahkan kepada jabatan yang berkaitan agar siasatan dapat dilakukan, bukannya mendedahkan kepada media dan mensensasikannya. Selain kesahihan fakta video HA, pihak berkuasa juga perlu menyiasat video, tulisan, dan CD yang pernah hangat diperkatakan sejak awal 1990an dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan:

Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’

[SH] PETALING JAYA - ‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

"Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

"Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

"Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

"Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.

Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.


Kiriman berkaitan di sini.





,

[Video] Hasan Ali Tayang 3 Klip Video Didakwa Pengakuan Individu Murtadkan Orang Islam



Isu murtad ini bukan isu baru. Sejak awal tahun 1990-an lagi kita sering mendengar pengakuan bekas imam, individu yang mendakwa direkrut menjadi penyebar agama lain. Pengakuan mereka dimuatkan dalam CD atau disiarkan di laman web, majalah, dan akhbar tabloid. Isu ini juga pernah hangat diperkatakan sebelum disensasikan oleh HA semula. Malah Mufti Perak pernah mendakwa ratusan ribu orang Islam diancam gejala murtad yang dikaitkan dengan pengruh agama tertentu. Jabatan agama juga berkemungkinan mempunyai maklumat lanjut tentang hal ini hasil pendedahan bekas murtad yang kembali ke pangkal jalan. Yang peliknya, walaupun didedahkan oleh mufti mesra UMNO dan mungkin mempunyai maklumat penting daripada bekas murtad, namun apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan UMNO sehingga sekarang masih ada pihak yang mendakwa gejala murtad kian parah?  

Murtad bukan sahaja berlaku di Selangor, malah dengar khabar wabak ini lebih parah di Sabah dan di Sarawak. Walaupun hanya 1 kes, gejala murtad tetap sesuatu yang perlu ditangani dengan serius. Cuma yang kita tidak setuju apabila perkara ini dijadikan modal politik untuk kepentingan diri dan periuk nasi individu dan parti politik. Contohnya, mengapa UMNO terpekik terlolong meluahkan rasa bimbang kononnya penularan wabak murtad kian berleluasa sedangkan lebih 54 tahun kuasa di tangan mereka? Isu murtad ini perlu ditangani oleh kerajaan pusat (UMNO) yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan sebagainya. Mengapa perlu menghentam parti politik tertentu atau kerajaan negeri tertentu yang mempunyai  kuasa yang terbatas?

Jika kerajaan secara serius mahu menangani masalah ini, maka segeralah menguatkuasakan undang-undang pencegahan murtad dan mengambil tindakan lain yang bersesuaian. Berdasarkan laporan akhbar, ada beberapa negeri masih belum mewartakan undang-undang pencegahan ini. Jika HA ikhlas memperjuangkan isu ini, caranya bukan dengan mensensasikan di media sehingga mencetuskan kebimbangan penganut agama lain atau menyerang bekas parti politik atau kerajaan negeri yang pernah menjadi majikannya suatu ketika dahulu, tetapi mengesa kerajaan pusat (UMNO) yang memiliki kuasa untuk menangani isu ini secara proaktif dan hikmah.

Dalam kalut-kalut kita memperkatakan isu murtad, kita perlu sedar bahawa murtad bukan hanya berlaku apabila orang Islam menganut agama lain atau terpengaruh oleh agama lain, tetapi boleh juga berlaku dengan menolak hukum dan perkara-perkara yang terkandung dalam al-Quran. Bayangkan berapa banyak orang di Malaysia boleh jatuh murtad apabila menolak atau memperlekeh hudud dan sebagainya.

   Adakah video ini yang dimaksukan oleh Hasan Ali? Klik sini.


Berita Berkaitan:


[BH] PETALING JAYA: Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini dengan menayangkan video selama 16 minit kepada media membabitkan pengakuan dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia. 

Beliau berkata, menerusi gerakan Unit Selamatkan Akidah (USA) pengakuan secara sukarela dua individu terbabit berjaya dirakam dan dipaparkan menerusi versi video di kediamannya, sebentar tadi. 

"Video pengakuan dua individu terbabit dirakam dalam tiga versi iaitu 16 minit, 42 minit dan versi yang tidak disunting itu satu jam 30 minit," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. 

Susulan tayangan video terbabit, pihak media dilarang merakam visual, audio dan imej yang disiarkan bagi menjamin keasliannya serta menghormati hak individu terbabit. 

Berdasarkan pemerhatian Berita Harian Online, video yang dihoskan Dr Hasan sendiri menampilkan seorang lelaki berusia 27 tahun memceritakan pengalamannya apabila dikristiankan.



,

Dr Rani: Ahli PAS Tidak Perlu Layan Video Murtad Hasan Ali


Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas

[SH] SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. -SH




Berkaitan:


Hasan Ali dedah video cubaan murtad Isnin ini

[MK] Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan mendedahkan pada hari Isnin ini, petikan video yang didakwanya akan membuktikan percubaan oleh orang Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

"Isnin ini, anda boleh lihat sendiri," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur petang ini.

Sebelum ini, Hasan mendakwa beliau mempunyai bukti konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam - suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang. 



Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik

[MC] Di mana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam.

“Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri,” katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar.


Kenapa ambil masa yang lama?

Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat.

Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian.


Menjadi begitu hina

Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian.

Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit.

Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi

Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya.

Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk memberi kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali?

Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga.

Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13!

Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubah suai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri! 



P/s: Isu murtad perlu ditangani secara serius, tanpa batasan politik, namun orang tahu motif dan niat HA.



, , ,

Rabu, 21 Mac 2012

Mualaf Rayu Bantuan Selamatkan Akidah Anak

Riduan Abdullah bersama dengan anaknya Ummu Habibah.

[HD] KOTA BHARU, 21 Mac: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah.

Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.

Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.

Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.

Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan.

Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.

Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.

Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya.

Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.

Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya.

Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000.

Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000.

Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.

Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.




, ,

Isnin, 5 September 2011

Penggodam Dakwa Wanita Ini Hajah Sitt LAHANAT



Selepas tersilap orang, kali ini penggodam mendakwa wanita ini sebagai Hajjah Sitt lahanat yang menghina Allah, Islam, dan Nabi Muhammad. Setakat ini, tiada respons yang diberikan wanita tersebut.
 
Maklumat lanjut, gambar, dan penerangan lain boleh didapati di sini.

P/s: Oleh sebab UMCO tengah kemaruk dengan isu murtad, maka lebih baik pendedahan ini disiasat dan tindakan dapat diambil terhadap individu yang terlibat.

, , ,

Khamis, 25 Ogos 2011

[Wajib Baca] Tolak Hukum Allah dan Menghalalkan yang Haram Pun MURTAD, "Tumbukan" Padu Kena Muka UMCO!

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian lapor TMI.

Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.

“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” katanya dipetik Harakahdaily.

Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah kegiatan murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.

“Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan,” ujarnya.

Justeru, kata beliau, proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam.

Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.

“Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit,” ujarnya.

Tambah Tuan Ibrahim, ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan diharamkan oleh Allah.

“Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram,” ujarnya.



P/s: Orang UMCO jangan buat-buat lupa bagaimana pemimpin dan ahli parti anda mempersenda hukum hudud dan menyokong judi di Malaysia. Jangan lupa bekas Presdien anda juga pernah menghina nabi.





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH