[MK] Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.
Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik kepada satu upacara pembaptisan.
Dalam ramakan itu juga, beliau mendakwa bahawa apartment berkenaan terletak di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.
Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.
Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.
Dalam sidang medianya, Hasan berkata kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.
Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.
"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.
"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.
Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI.
P/s: Beberapa orang tukang komen di MK mempersoal, mengapa tiada bukti video yang merakam acara "memurtadkan" umat Islam? Mengapa hanya mengemukakan video pengakuan, kerana ada logiknya, video pengakuan itu boleh jadi hasil rekayasa atau lakonan individu tertentu. Ada suara lain mempersoal, mengapa pendedahan video ini mengambil masa untuk didedahkan sedangkan HA boleh berbuat secara on the spot jika dia benar-benar memilikinya.
Apa-apapun video ini wajar diserahkan kepada jabatan yang berkaitan agar siasatan dapat dilakukan, bukannya mendedahkan kepada media dan mensensasikannya. Selain kesahihan fakta video HA, pihak berkuasa juga perlu menyiasat video, tulisan, dan CD yang pernah hangat diperkatakan sejak awal 1990an dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Berkaitan:
Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’
[SH] PETALING JAYA - ‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.
Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.
Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.
"Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.
"Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.
Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.
"Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.
Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.
Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.
"Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.
Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.
Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.
Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.
Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.
Auta itulah perkataan yg layak diberikan kepada Hassan Jati akidah ini.
Kesian sunggu asan ali tak da kerja skrg isu murtad jadi modal politik nk hidup, kah kah kah
isu murtad perlu di dalami bersama sama bukan hanya menyalahi pihak tertentu sahaja..ahli politik yg hendak membetulkan keadaan perlu di lihat dahulu jangan cepat hukum HANYA KERNA POLITIK...umat islam kini terancam dgn byk cara bagi me-murtabkan mereka.