Cucu Pengasas Syarikat Perfileman Shaw Antara 44 Lelaki Ditahan Kerana Melanggan Pelacur Bawah Umur
Pelacur bawah umur. Siapa sangka pelacur ini berusia 15 tahun? |
Penangkapan 44 lelaki, termasuk Howard Shaw, cucu Runme Shaw - pengasas syarikat dan studio perfileman Shaw yang amat dihormati di Asia - kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur di Singapura telah mencetuskan perdebatan umum.
Berdasarkan maklumat pada laman sesawangnya, pelajar sekolah Singapura itu melacurkan dirinya secara rela hati walaupun menyedari dia masih di bawah umur. Pelanggannya yang ditahan mungkin terpedaya apabila di laman sesawang itu memaklumkan bahawa pelajar itu berusia 18 tahun. Jelas sekali, dia dan ibu ayamnya telah berbohong dan menipu pelanggan yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan tanpa disedari (melanggan pelacur sah jika pelacur di atas usia 18 tahun?).
Howard Shaw, 41, baru-baru ini muncul di kulit sebuah majalah masyarakat atasan dengan isterinya dalam sebuah artikel tentang kisah-kisah cinta yang berkekalan.
Pada hari Rabu, Shaw didakwa atas tuduhan melanggan gadis bawah umur untuk tujuan seks.
Menurut The Straits Times, Shaw dan isterinya, Jessie Xue telah berkahwin pada November 2011 selepas berpacaran selama enam tahun.
Shaw menghadapi satu pertuduhan membayar pelacur bawah umur S$500 untuk tujuan seks pada 30 Oktober 2010 di Hotel Bencoolen, 81 Bencoolen Street. Kesnya akan didengar pada 18 Jun nanti. DCM/DC/AsiaOne, The New Paper, The Straits Times / ANN
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.