Padah Berjudi
Sekadar hiasan. |
[HM] KUALA LUMPUR: Akibat gagal melunaskan hutang lebih RM1,000 selepas kalah berjudi, seorang lelaki berusia 23 tahun bukan saja dibelasah 10 lelaki, malah rambutnya turut digunting kumpulan terbabit dalam kejadian di Taman Sri Murni, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa parah di badan dan kepala akibat dibelasah kumpulan terbabit.
Menurut sumber, mangsa yang kalah berjudi di sebuah premis di kawasan berkenaan mendakwa mahu keluar dari bangunan itu untuk ke bank mengeluarkan wang, namun ditolak dua lelaki yang menyangkakan mangsa mahu melarikan diri selepas kalah dalam pertaruhan itu.
Katanya, mangsa mulanya dibenarkan meninggalkan kawasan berkenaan kerana berjanji datang semula untuk membayar hutang dan meminta tempoh kurang sejam berbuat demikian.
“Bagaimanapun, mangsa kemudian meminta dua lelaki terbabit menunggunya di sebuah restoran berhampiran kawasan itu.
“Mangsa yang datang semula dengan tangan kosong terkejut apabila mendapati dua suspek yang menolaknya menunggu di restoran berkenaan bersama 10 lelaki lain.
“Mangsa bukan saja diterajang dan ditumbuk, malah rambutnya turut digunting seorang daripada suspek terbabit.
“Kumpulan itu meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera di badan dan kepala ditahan hampir 24 jam di sebuah hospital sebelum dibenarkan pulang jam 10 malam, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan.
P/s: Tidak kisahlah apa fahaman agama atau hidup anda, yang pasti judi itu adalah malapetaka dalam hidup!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.