Hubungan Intim & RM1.5 Juta: Zahida Rafik Dakwa Minta Peguam Bertindak, Shafie Apdal Masih Diam Membisu
[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.

Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter. |
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.
P/s: Zahida tidak menafikan orang yang membuat pendedahan itu bekas pemandunya. Berdasarkan mesej di Twitter, Zahida mendakwa telah meminta peguamnya bertindak. Soalannya, mengapa masih tidak membuat laporan polis kerana tindakan itu adalah tindakan asas tanpa perlu meminta pandangan peguam. Jika pendedahan itu tidak benar, mengapa masih tidak membuat laporan polis terhadap bekas pemandunya.
Harus kita ingat, pendedahan bekas pemandu Zahida dibuat dalam sebuah laporan polis, bukannya kenyataan bersumpah atau kenyataan media. Seperti dilaporkan oleh KD, portal yang mula-mula membangkitkan isu ini, Zuraida Kamaruddin memetik butiran tentang skandal menteri ini daripada laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman.
HMMMMmmm!
Saya setuju Zahida dan Shafie bertindak membersihkan maruah diri jika mereka tidak bersalah. Yang pelik, mengapa lambat sangat Shafie hendak memberikan respons terhadap isu yang sangat-sangat menjejaskan UMNO dan peluangnya bertanding dalam PRU? Walhal jika perkara itu didedahkan pada sebelah pagi, selewat-lewatnya, dia perlu bertindak menafikan atau mengambil tindakan undang-undang pada sebelah malam.
HMMMMMmmmm!
Semakin pening Najib!
Berkaitan:
Skandal Menteri: Shafie Diberi Tempoh Seminggu Beri Penjelasan
[KD] KUALA LUMPUR 20 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.