“Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. " - Rita Rudaini
Rita tuntut nafkah ratusan ribu daripada Aidil Zafuan
[BH] KUALA LUMPUR: Dramatis terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, akan membuat tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, berhubung nafkah yang diabaikan sejak berkahwin.
Bagaimanapun, Rita enggan menyatakan jumlah berkenaan kerana menyifatkannya terlalu peribadi untuk didedahkan.
Rita melalui peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain daripada firma guaman Zaidi Zain & Associates akan menyerahkan surat tuntutan kepada peguam Aidil dalam masa terdekat.
“Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini.
“Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.
“Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan.
“Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola.
“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,” katanya.
Krisis rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah reda sejak dua tahun lalu.
P/s: Kita pun tidak tahu pihak yang bersalah. Berdasarkan kenyataan di media, banyak orang akan menuding jari ke arah si suami. Apa-apapun, saya amat berminat dengan kenyataan ini: “Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola."
Salam,
Comment by MOH KEMBARA @ Sabtu, April 21, 2012 1:06:00 PTGNilah asam garam kehidupan berumah banglo/tingkat/penthouse etc. Nak mewah kawin dgn politician, sure dpt juta-juta RM dlm 3-4 bulan jer!
Kalu pemain bola sepak tak sekaya mana, napa nak tuntuk beratus-ratus ribu, kata tuntut hak tapi sebenarnya nak balas dendam...klise
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, April 24, 2012 1:21:00 PTG