[Kemas Kini] Adakah Pengerusi SPR -Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Bunga Daisy Putrajaya??
[SH] PUTRAJAYA – “Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog,” kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.
Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu.
Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.
Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar.
“Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat.
“Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini,” katanya.
Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.