300 Ribu Orang India Tiada Kad Pengenalan? Warganegara atau Warga Asing?
Benarkah sampai 300 ribu orang India yang mendakwa warganegara Malaysia yang sah tiada kad pengenalan?
Sebelum ini ada dilaporkan puluhan ribu warganegara India gagal dikesan selepas tempoh visa mereka tamat. Media juga ada melaporkan lebih 40 ribu warga China gagal dikesan selepas visa mereka tamat tempoh. Terima kasih kepada polisi VOA yang berjaya menggamit ratusan ribu warga China dan India datang ke negara ini. Kononnya untuk memajukan industri pelancongan. Rupa-rupanya polisi itu turut mengundang bala.
Saudara, data yang diberikan kepada media itu mungkin benar, mungkin juga tidak sepenuhnya. Kalau bukan sepenuhnya, berapakah jumlah yang sebenar? Data itu juga bukanlah data terkini, kalau tidak silap data itu dikeluarkan pada tahun 2010, sekarang kita di tahun 2012.

Bagaimana dengan kebanjiran Awang Hitam? Cuba lihat keratan akhbar di bawah ini. Berdasarkan laporan itu, anda mungkin dapat mengagak jumlah mereka di negara ini.
Dalam masa 6 bulan, hampir 60 ribu warga Afrika memasuki negara ini. Selain untuk tujuan melancong, mereka berpusu-pusu datang ke negara ini kerana dasar pendidikan terbuka kita. Kononnya, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau/dunia. Namun, sedar tidak sedar kebanjiran pelajar asing ini sebenarnya mengayakan kroni yang membuka IPTS seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Yuran pelajar tempatan daripada PTPTN disapu mereka, yuran yang diperoleh daripada pelajar asing juga dirembat mereka. Masalah timbul apabila segelintir warga Afrika ini menghilangkan diri selepas beberapa bulan mendaftar diri di kolej-kolej swasta. Kemudian, timbullah bermacam-macam masalah sosial terutamanya melibatkan kes penipuan dan gangguan seksual. Malah ada warga tempatan yang bersaiz kecil serba-serbi menjadi mangsa keganasan Awang Hitam.
Berbalik kepada isu orang "India" yang mendakwa tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak, TM berharap JPN dan ahli politik tidak bersikap melulu. Siasat dan pastikan mereka benar-benar warganegara Malaysia yang sah. Agak sukar diterima akal, pada waktu ini, ada jumlah yang begitu besar orang Malaysia yang masih tidak mempunyai kad pengenalan. Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, ada antara orang India yang tidak memiliki kad pengenalan ini langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan. Sepatah haram pun tidak tahu. Logikkah mereka warganegara Malaysia? -DCM
Sambung baca di sini, di sini, di sini, di sini.
P/s: TM sudah muak melihat kebanjiran warga asing di bumi Malaysia ini. Tolong jangan tukar Malaysia menjadi Malayworld!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.