Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label VOA. Papar semua catatan

,

Isnin, 25 Ogos 2014

Dulu Kecoh Warga China dan India Hilang Entah di Mana dalam Malaysia, Sekarang Beri Visa Percuma 3 Bulan Pula!



Visa Percuma 3 Bulan kepada Pelancong China

[Harian Metro] Kuala Kangsar: Jawatankuasa Kabinet Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah membincangkan tawaran untuk memberikan kelulusan visa percuma selama tiga bulan kepada pelancong dari China dalam usaha menarik kedatangan mereka susulan kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, tawaran itu dibincangkan berikutan kebimbangan penurunan jumlah pelancong dari negara itu berikutan insiden terbabit dan penawaran itu dijangka mampu menarik pelancong dari China, sekali gus menjadi penyumbang kepada sektor ekonomi negara.

Menurutnya, walaupun insiden membabitkan penerbangan MAS itu dijangka memberikan impak kepada sektor pelancongan dari segi kedatangan pelancong dari China, ia kembali pulih selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke negara itu, Mei lalu.

Katanya, berdasarkan statistik jumlah pelancong dari negara China yang direkodkan kementerian sehingga Mei lalu mencatatkan jumlah peratusan pelancong sebanyak 10.1 peratus, sekali gus mencapai sasaran ditetapkan kementerian.

“Kementerian menetapkan sasaran 9.9 peratus melalui rekod jumlah kedatangan pelancong dari China ialah 10.1 peratus,” katanya. -25/8/14

Ulasan dan berita berkaitan di sini, di sini

, , ,

Sabtu, 21 April 2012

300 Ribu Orang India Tiada Kad Pengenalan? Warganegara atau Warga Asing?


Benarkah sampai 300 ribu orang India yang mendakwa warganegara Malaysia yang sah tiada kad pengenalan?

Sebelum ini ada dilaporkan puluhan ribu warganegara India gagal dikesan selepas tempoh visa mereka tamat. Media juga ada melaporkan lebih 40 ribu warga China gagal dikesan selepas visa mereka tamat tempoh. Terima kasih kepada polisi VOA yang berjaya menggamit ratusan ribu warga China dan India datang ke negara ini. Kononnya untuk memajukan industri pelancongan. Rupa-rupanya polisi itu turut mengundang bala.

Saudara, data yang diberikan kepada media itu mungkin benar, mungkin juga tidak sepenuhnya. Kalau bukan sepenuhnya, berapakah jumlah yang sebenar? Data itu juga bukanlah data terkini, kalau tidak silap data itu dikeluarkan pada tahun 2010, sekarang kita di tahun 2012. 

Bagaimana dengan kebanjiran Awang Hitam? Cuba lihat keratan akhbar di bawah ini. Berdasarkan laporan itu, anda mungkin dapat mengagak jumlah mereka di negara ini.

  Dalam masa 6 bulan, hampir 60 ribu warga Afrika memasuki negara ini. Selain untuk tujuan melancong, mereka berpusu-pusu datang ke negara ini kerana dasar pendidikan terbuka kita. Kononnya, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau/dunia. Namun, sedar tidak sedar kebanjiran pelajar asing ini sebenarnya mengayakan kroni yang membuka IPTS seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Yuran pelajar tempatan daripada PTPTN disapu mereka, yuran yang diperoleh daripada pelajar asing juga dirembat mereka. Masalah timbul apabila segelintir warga Afrika ini menghilangkan diri selepas beberapa bulan mendaftar diri di kolej-kolej swasta. Kemudian, timbullah bermacam-macam masalah sosial terutamanya melibatkan kes penipuan dan gangguan seksual. Malah ada warga tempatan yang bersaiz kecil serba-serbi menjadi mangsa keganasan Awang Hitam.

Berbalik kepada isu orang "India" yang mendakwa tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak, TM berharap JPN dan ahli politik tidak bersikap melulu. Siasat dan pastikan mereka benar-benar warganegara Malaysia yang sah. Agak sukar diterima akal, pada waktu ini, ada jumlah yang begitu besar orang Malaysia yang masih tidak mempunyai kad pengenalan. Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, ada antara orang India yang tidak memiliki kad pengenalan ini langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan. Sepatah haram pun tidak tahu. Logikkah mereka warganegara Malaysia? -DCM

Sambung baca di sini, di sini, di sini, di sini.



P/s: TM sudah muak melihat kebanjiran warga asing di bumi Malaysia ini. Tolong jangan tukar Malaysia menjadi Malayworld!



, , ,

Sabtu, 31 Mac 2012

Awang Afrika Mati Dipukul Kerana Cabul Tukang Cuci, Rakan Merusuh

Sekadar hiasan.

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. "Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan. 

Beliau berkata anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Ab Rashid berkata kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis. 

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela. 

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu.


P/s: Kerajaan BN sebelum ini memperkenalkan polisi VOA untuk pelajar luar negara. Yang tidak sedap dibaca, pelajar yang merebut peluang itu majoritinya berasal dari Afrika. Masalah timbul apabila mereka hanya mengikuti pelajaran di kolej buat beberapa ketika, sebelum meninggalkan pelajaran dan membikin masalah di negara ini. Polisi terdesak itu sudah dihentikan, namun balanya kita alami sehingga kini! Polisi VOA juga diberikan kepada pelancong dari China dan India. Polisi terdesak itu juga terpaksa dihentikan apabila ratusan ribu pelancong dari India dan China "hilang tanpa dapat dikesan" di tengah-tengah masyarakat berbilang bangsa di negara ini. DCM pernah mengulas dan menyiarkan berita tentang hal ini.

Dari  segi lain, jenayah yang membabitkan pendatang Indonesia memang bukan asing lagi di Malaysia. Congaklah jumlah warga Indonesia di negara ini. Ada pihak menganggar jumlahnya mencecah 1 juta. Ada pihak mendakwa warga Indonesia terpilih diberi kad pengenalan untuk mengundi. Cuba bayangkan pula kalau pendatang Indonesia merusuh di negara ini. Negara Eropah, misalnya, Britain sudah menerima kesan rusuhan pendatang asing di negara itu. Malaysia menunggu giliran!!!

Salah siapa?


, ,

Selasa, 28 Februari 2012

Pelajar Asing Didakwa Lakukan Seks Berhampiran dengan Surau


[SH] KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.


P/s: Macam-macam kelakuan warga asing yang berasal dari benua Afrika. Salah siapa? Tanyalah pihak yang membuat kelonggaran kedatangan pelajar asing ke negara ini. Selepas menyedari bahana polisi VOA atau visa on arrival kepada pelajar asing, pihak kerajaan bertindak membatalkan polisi tersebut.

Sebelum ini, pihak kerajaan juga telah membatalkan VOA terhadap pelancong warga asing dari India dan China selepas ratusan ribu warga negara terbabit "hilang" di tengah-tengah masyarakat majmuk di negara ini.

 


, ,

Selasa, 20 September 2011

Setelah Ratusan Ribu Warga China/India "Hilang" Dicelah-celah Masyarakat, Baru Malaysia Sedar Bahananya?



Berita Harian melaporkan bahawa kemasukan pelancong dari China ke Malaysia akan disaring di pintu keluar republik itu apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkan kerajaan sebagai ancaman amat kompleks dan berisiko tinggi. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata negara tidak boleh bergerak sendirian memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkannya lebih serius daripada masalah tsunami, gempa bumi, kegawatan serta rusuhan di Timur Tengah. Malah, katanya, berdasarkan pendakwaan kes pengubahan wang haram di mahkamah negara ini, hasil yang dikenal pasti dijana daripada pelbagai jenayah meningkat sehingga mencecah RM2.3 bilion ketika ini.

Baru sekarang kementerian yang dikepalai oleh menteri yang diolok-olokkan oleh jurublog UMCO sebagai "Menteri Amaran" sedar tentang malapetaka kerana mudah sangat membenarkan warga asing masuk ke negara ini? Mengapa kerajaan tidak memikirkan implikasi apabila melaksanakan dasar pintu terbuka terhadap pelancong dan warga asing sebelum ini?

Selanjutnya, Menteri KDN itu berkata: “Jumlah pelancong China yang TERLALU RAMAI ke negara ini menyebabkan Malaysia tidak mampu melakukan penapisan secara bersendirian, walaupun menggunakan apa juga teknologi sedia ada.

“Saya sudah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawatan di Beijing untuk melakukan penapisan beberapa pintu keluar masuk di China. Selain itu, kita juga bersetuju berkongsi maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia, serta perjalanan barangan buatan antara negara dalam konteks perdagangan yang boleh ditafsirkan sebagai ancaman, seperti nuklear. Untuk itu, kita akan menandatangani satu perjanjian di Beijing dalam tempoh terdekat", kata Hishammuddin.

Sebelum ini DCM ada mengulas secara ringkas bahana tindakan kerajaan Malaysia dalam mempermudahkan kemasukan warga asing terutama dari China dan India ke negara ini. Tindakan memberikan Visa on Arrival (VOA), begitu juga dengan polisi kerajaan memudahkan kemasukan warga India atas urusan perniagaan dan sebagainya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. 

Pemberian VOA (sudah dibatalkan) yang kononnya untuk meningkatkan sektor pelancongan negara ini akhirnya menjadi malapetaka apabila dilaporkan lebih 50 ribu warga China "hilang" di tengah-tengah warga Malaysia yang majmuk sifatnya. Begitu juga dilaporkan 40 ribu warga India turut "lesap" bercampur aduk dengan kerencaman masyarakat di negara ini. Saya tidak fikir jumlah itu tepat, mungkin dikecilkan jumlahnya untuk mengelakkan kecaman masyarakat. Statistik itu dikeluarkan tahun lalu, agak-agaknya sudah berapa banyak warga China dan India menghuni secara haram di bumi bertuah ini? Anda fikir mudah untuk kita mengenal pasti warga India dan China yang kini "berlakon" sebagai warganegara Malaysia?

Saya tertarik dengan sindiran Pak Kadir apabila menyentuh isu ini apabila mendakwa kemungkinan warga asing menyelinap ke kampung-kampung dan akhirnya berkahwin dengan penanam sayur. Tidak mustahil. Kita juga selalu mendengar di TV bahawa ada orang yang mengaku rakyat "Malaysia" tetapi LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia menagih simpati untuk memperoleh sijil kelahiran untuk anak-anaknya. Yang pelik, si ibu atau bapa ini mendakwa sijil pengenalan diri mereka juga hilang atau tidak ada.

Selanjutnya, sila rujuk sini dan sini. -DCM

P/s: HANCUR MALAYSIA di bawah kendalian BN!

, ,

Selasa, 3 Ogos 2010

VOA Dibatalkan Selepas Puluhan (Ratusan) Ribu Warga Asing Menyelinap Masuk ke dalam Masyarakat

...datang secara haram, ditangkap kerana melacur, tunjuk punggung kepada orang ramai...
Saya yakin kerajaan 1Malaysia sedar akan implikasi apabila membenarkan kemudahan visa sewaktu ketibaan (VOA) terutamanya untuk warganegara China, India, Sri Lanka, dan sebagainya. Mereka sedar bahawa segelintir warganegara asing itu akan menyelinap masuk ke  dalam masyarakat dan tinggal secara haram di sini. Mereka juga sedar bahawa jika berlaku keadaan itu, maka usaha untuk mengesan warga asing ini amat sukar dilakukan kerana majoritinya memiliki kulit dan "iras" warganegara tempatan.

Entah di mana letaknya nikmat polisi VOA, maka pemimpin negara dengan bangganya mengumumkan  kemudahan visa tersebut. Harapan mereka, warga asing sasaran seperti warga India dan China akan menyerbu masuk ke negara ini dan berbelanja sakan sambil menikmati keindahan kota batu, bukit-bukau, dan panorama alam di negara ini. 

Lain yang diimpikan, lain pula yang terjadi apabila sesetengah mereka mengambil kesempatan untuk melacurkan diri, bekerja di kedai makan, bekerja di rumah tumpangan dan di rumah urut, dan jangan terkejut ada yang berkahwin dengan warganegara tempatan.  Cukup sembilan bulan, maka timbullah pula masalah baru apabila ada yang mendakwa anak tidak mempunyai sijil kelahiran, ada yang mendakwa tidak tahu cara untuk mendaftarkan kelahiran. Ironinya, ada yang membuat dakwaan itu LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan! Alahai!

Kemasukan warga asing ini bukan sahaja heboh di Semenanjung, malah penduduk asal Sabah mendakwa warganegara asing kini mendominasi negeri itu, malah ada yang mendakwa, mereka kini minoriti di negeri tersebut. Malah hal ini telah heboh di DUN dan di Parlimen. Kerajaan 1Malaysia berjanji untuk menangani masalah ini. Yang menggelikan hati apabila mereka memudahkan kemasukan warga asing dengan VOA. Sudah-sudahnya, secara haram pun masuk, secara sah pun masuk. Yang keluar boleh dibilang dengan jari yang hilang susah pula dikesan!  

Cukuplah, selebihnya, anda boleh baca di sini. Saya pernah menulis secara ringkas fasal hal ini ketika PM 1Malaysia begitu teruja dengan nikmat VOA.


Berkaitan:
[UM] PUTRAJAYA 2 Ogos – Kerajaan memutuskan untuk membatalkan kemudahan visa sewaktu ketibaan (VOA) yang sebelum ini diberikan kepada pelancong asing daripada beberapa buah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi mengelakkan penyalahgunaan visa tersebut di kalangan segelintir pihak yang memasuki negara ini.

‘‘Kita kekalkan keputusan kita iaitu tidak lagi menggunakan VOA kerana pada masa-masa lepas kita ada memberi kelonggaran kepada beberapa buah negara iaitu apabila pelawat yang datang dari negara itu mereka tidak ada visa, ia boleh dikeluarkan ketika mereka masuk di pintu masuk ke Malaysia.

‘‘Ini kita lihat berlaku kes penyalahgunaan dan sebagainya, kita setuju VOA dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam.

VOA diperkenalkan pada 2006 sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 sebagai satu mekanisme menggalakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia.

Negara yang diberikan kemudahan tersebut antaranya China, India, Bhutan, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Taiwan dan Kepulauan Comoros.

Kerajaan kemudiannya mengambil keputusan menggantung kemudahan VOA kepada pelancong dari India, Pakistan dan Bangladesh ekoran berlaku banyak penyalahgunaan sehingga timbul masalah pendatang asing tanpa izin.

Statistik menunjukkan sehingga 2009, jumlah warga asing yang tinggal lebih masa dengan menggunakan VOA adalah seramai 75,462 orang atau 28 peratus daripada 271,391 pemegang visa tersebut yang kebanyakannya dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan China...- Helmi Mohd Foad

, ,

Khamis, 21 Januari 2010

Marilah Beramai-ramai Datang Ke Malaysia!

 

Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Pintu negara ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja. Baik orang India mahupun orang China, baik orang Indonesia, mahupun orang Bangladesh. Lebih internasional, orang Afrika, orang Amerika Latin, orang Eropah pun dijemput datang. Mari-mari kerajaan 1Malaysia mengalu-alukan kedatangan anda semua. MALAYSIA untuk semua.

Dahulu kerajaan 1Malaysia menyeru orang China datang ke sini, sekarang kerajaan 1Malaysia menyeru orang India datang ke sini. Belum lagi jumpa 50 000 orang China (secara sah, yang tidak sah?) yang bersembunyi di sini, belum pun jumpa 40 000 orang India (secara sah, yang tidak sah?) yang hilang di ceruk-ceruk bandar dan kampung, kini PM 1Malaysia menyeru anda semua datang beramai-ramai ke sini. Balik atau tidak, itu bukan masalah besar. Yang penting datang beramai-ramai untuk memeriahkan negara berbilang bangsa ini. Itulah uniknya MALAYSIA

Jika di Sabah sudah penuh dengan golongan yang sewaktu dengan anda, jangan lupa anda juga boleh memenuhkan negeri-negeri di Semenanjung. Tidak cukup tempat tinggal, anda juga boleh bermastautin di bawah jambatan atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.


Berkaitan:

DATUK Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mempermudahkan urusan visa untuk kunjungan rakyat India ke Malaysia, khususnya bagi memudahkan ahli perniagaan negara itu berurusan secara lebih licin dan lancar.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada kumpulan rakyat India yang tinggal lebih daripada had dibenarkan, urusan kemasukan rakyat negara itu, terutama ahli perniagaan perlu dipermudahkan untuk kepentingan kedua-dua negara.

"Kita akan berbincang bagi memastikan urusan visa untuk ahli perniagaan diambil kira bagi memudahkan mereka ke Malaysia," katanya pada ucaptama Forum Perniagaan Malaysia-India, bertajuk Membina Perkongsian Strategik yang dihadiri kira-kira 400 ahli perniagaan mewakili pelbagai sektor kedua-dua negara, di sini semalam.

Najib juga mencadangkan supaya lebih banyak destinasi penerbangan diwujudkan ke India selain bandar utama ketika ini bagi meningkatkan sektor pelancongan antara dua negara, selain kesediaan kerajaan menimbang permintaan sektor perbankan India yang berhasrat mengembangkan operasi bank komersial di Malaysia....

...“Where have all the graveyards gone?
Long time passing
Where have all the graveyards gone?
Long time ago
Where have all the graveyards gone?
Covered with flowers every one
When will we ever learn?
When will we ever learn?”

Well, our graveyards are not gone. But they’re pretty full and due partly to the deceased foreigners. It’s a life and death crisis, nevertheless. Literally not a day passes without murder and mayhem involving them.

And have you noticed the amount of rice an expatriate Indian eats for lunch? Reminds me of Lat’s nasi daun pisang cartoon. Now you know why our rice consumption is rising.

But will we ever learn? I doubt.

Some are too lazy to think.
Others prefer not to think
Especially of unpleasant things.
The masses are just incapable
Of constructive thinking.
But the most damaging
Are those who think of nothing
But money and expensive things.

In the name of tourism and the services industry, we allow easy entry of the teeming masses from poor populous countries who are looking for loopholes in international travel to escape to richer countries.

Unfortunately, to many of these visitors, we are a rich country thought we are not.

Thanks to the advent of cheap flights and low-cost airlines, everyone can travel, including the 40,000 odd Indian Indians and as many Chinese, Bangladeshis, Indonesians and even Africans and South Americans.

And since no less that the Prime Minister himself had raised the mystery of the missing Indians days before he makes a trip to Bharat, allow me to ask a few silly questions.

Where have all the Indians gone?
Where have they gone?
Have they taken a boat?
And are Australian-bound?
Or are they somewhere about?
But nowhere to be found?
Oh, what a mystery
A cock and bull story.

Where have all the Chinese gone?
Where have they gone?
Have they left for lands far beyond?
Or they are somewhere around
But nowhere to be found?
Oh, what a mystery
A tall tale story.

They are here as students and tourists
To see our country so beautiful, so rich
And going to college to learn English
But disappeared into thin air
Neither here nor there.

But stories are told
Of them searching for foothold
In potbellied men young and old
Growing ginger illegally
And stealing timber occasionally.

Where have all the Indonesians gone?
Where have they gone?
Have they taken the boat?
Back to Java and Ambon
And to the isles far beyond?
Or are they somewhere about?
And yet nowhere to be found?
Because for a few lousy ringgit,
Things can be sorted out?

Where have all the Bangladeshis gone?
The Arabs, the Africans and
The South American too?
Where have they gone?
Not a trace to be found
Yet we all know, they around
Somewhere right here in Kuala Lumpur town.

When will we ever learn?
When will we ever learn?

Perhaps never
We’re what we are
Can’t say we’re bums
But not very clever either.

So what’s there left for me to say?
But que sera sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH