Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 14 Oktober 2011

[KANTOI] Warga Asing Diberi Kursus KEUSAHAWANAN, Bukan Ambil KP di JPN? Kah kah kah!!!



Saya petik:

[MK] Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.


P/s: Lawak, lawak, lawak. Warga asing maksudnya bukan warganegara Malaysia. Sejak bila Malaysia bermurah hati memberi warga asing kursus keusahawanan? 240 orang bukan 24 orang! Bolehkah mereka berniaga atau membuka kilang di sini? Maaf, orang naik kapal laut datang ke sini diberi kursus keusahawanan? Tolonglah jangan buat lawak macam ini!!!!

Woi, sejak bila "kera di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan"?


Kemas Kini:

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.

Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :

1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?

2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.

3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?

4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).

5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.

Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.


SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR


P/s: Selamat MELACURKAN Kedaulatan Negara!!!



  1. aku agak...
    kursus ternak cacing la.. !!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Oktober 14, 2011 9:40:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH