[Video] Penderitaan Lelaki dengan BUAH ZAKAR Seberat 44.5 Kg
Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan lebih RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan untuk mengecilkan buah zakarnya yang terlalu besar.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan tersebut dijalankan agar dia mampu menjalani hidup seperti biasa petik The Sun.
Berdasarkan rekod, Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram. Oleh sebab saiz yang terlalu besar, Warren sukar memakai seluar, selain terpaksa bergantung pada antibiotik dan ubat setiap hari. Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang telah diubah suai.
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.
Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa. Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia memasang impian untuk menjalinkan hubungan cinta dengan wanita idamannya.
“Di balik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden yang berlaku pada tahun 2008.
“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.
Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan organ itu membengkak secara melampau.-DCM
P/s: Mudah-mudahan lelaki malang ini sembuh seperti sedia kala.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.