Isu Tuntutan Kepimpinan BN di P. Pinang: Akhirnya, UMCO "Mengalah" kepada Gerakan!
Bermula dengan perang antara ketua bahagian UMCO di PP dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMCO memimpin BN di PP berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU 12, sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu.
Selepas pelbagai usaha, akhirnya UMCO mengalah kepada Gerakan. Aduhai!!! Tidak pelik. Banyak orang sudah menjangkakan penamat ceritanya.
Najib berkata, UMCO tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Perkara itu menurutnya telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.
"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat."
Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.
"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.
"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat."
Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.
"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.
Kah kah kah!
Ketuanan Melayu UMCO sudah layu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lagi.
Ketuanan Melayu UMCO sudah layu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lagi.
Bagaimana orang Melayu LAYU di Pulau Pinang? Hal ini soal lain. Tanya diri anda: siapa yang memerintah Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu? DAP atau Gerakan? Saya tanya lagi, adakah DAP yang memerintah P. Pinang selama 3 tahun berjaya me-L-A-Y-U-kan Melayu?
Jawab dengan tenang, fikir panjang-panjang sebelum menjawab...!
P/s: PAS dicucuk hidung oleh DAP atau UMCO dicucuk hidung oleh Gerakan dan MCA?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.