AWAS, JPJ Laksana Akta Baru, Sasaran Motosikal di Kawasan Pedalaman, Kampung
Saya petik:
[SH] MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.
Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.
Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.
“Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan JPJ supaya mengambil tindakan susulan menggunakan kaedah sedia ada bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan pengguna motosikal.
“JPJ Negeri akan melakukan sekatan di semua jenis jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pengguna motosikal melalui pemeriksaan menyeluruh,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Maran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul, di sini.
Ismail berkata, melalui akta baru, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bagi pemeriksaan dan mengeluarkan saman ke atas pengguna motokar yang didapati menggunakan cermin gelap melebihi kadar ketelusan cahaya ditetapkan di semua jenis jalan raya termasuk di kawasan letak kenderaan.
Menurutnya, alat penguji baru dikenali sebagai Auto Light Plus digunakan bagi tujuan itu dan mengikut takrif jalan raya, laluan di kawasan kampung tradisional juga merupakan jalan raya serta tidak terkecuali tempat letak kenderaan.
P/s: Blog ini ada menyiarkan berita berkaitan dengan akta baru yang memberikan kuasa kepada JPJ menyaman dan menjalankan penguatkuasaan yang lain di semua jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan. Baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.