Remaja Dakwa DILIWAT Guru
Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.
“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.
“Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.
“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.
dunia semakin menuju kehancuran..jika pemimpin yang kita pilih juga berperwatakan begitu...hancurlah pentadbiran
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Oktober 24, 2011 10:08:00 PG