Gosip liar ini mulanya hangat dengan tajuk "Anak VVIP..." yang dikatakan meraba payu dara rakan sekelasnya. Untuk menutup kes, si ayah kepada remaja lelaki itu dikatakan telah membayar RM200 ribu untuk menutup kes dan mulut keluarga remaja perempuan itu. Anak VVIP itu dikatakan telah dipindahkan ke sekolah lain. Cerita ini yang turut disiarkan di blog pro-PR hanya menyebut VVIP tidak menyebut nama atau mengaitkannya dengan sesiapa.
Sejak semalam, ada beberapa blog pro-UMCO mula mengaitkannya dengan anak Lim Guan Eng. Misalnya, screen shot blog pencacai di atas dengan jelas dan terang menyebut remaja yang terlibat itu anak kepada LGE (Lim Guan Eng).
Ringkasnya, jika hal itu tidak benar, Lim Guan Eng dan keluarga perlu mengambil tindakan drastik kerana hal ini turut disebarkan di laman sosial. Malah, blog pro-UMCO turut menyiarkan gambar remaja lelaki dan gambar remaja perempuan yang dikatakan menjadi pelaku dan mangsa dalam kes itu. Individu yang merasakan diri mereka teraniaya, sila ambil tindakan agar puak-puak ini tidak sewenang-wenang menggunakan gambar mereka untuk kepentingan politik pihak tertentu.
P/s: Seks, seks, seks. Mereka sudah tiada modal lain!
Kemas Kini:
Sebagai respons kepada khabar angin yang mengaitkan anak VVIP dengan kejadian cabul yang membabitkan rakan sekolahnya, LGE seperti yang dilaporkan oleh MK enggan mengulas lanjut sebaliknya mencabar mencabar UMCO supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan di media milik mereka.
"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.
"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
P/s: Untuk pengetahuan LGE, blog UMCO sudah pun mengaitkan namanya secara jelas dengan kejadian itu. Sila lihat screen shot di atas.
to be fair, kalau tak betul saman je kow2 punya. kalau betul letak jawatan. Jgn jadi mcm vvip umno/bn, lu raba buntut ka, tangkap khalwat ka, buat cite blue ka, bunuh ka buat muka selamba beruk je tak nak letak jawatan.
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Oktober 17, 2011 11:17:00 PG