Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label blogger UMNO. Papar semua catatan

,

Sabtu, 15 Ogos 2015

Wan Azizah Jawab Gambar Makan di dalam ETS


Wan Azizah Kesal Gambar Makan Jadi Viral ‎


Wan Azizah Wan Ismail

ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.

Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

“Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh. Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain, di mana dibenarkan makan di situ.

“Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun,” katanya.

Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan minum.‎ - Sinar Harian/15/8/15

, , ,

Isnin, 27 Julai 2015

Laman Pro-UMNO Desak Muhyiddin Undur Kalau Tidak Setuju dengan PM



Blog pro Umno MyKMU.net hari ini mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau tidak bersetuju dengan perdana menteri, beliau yang harus berundur.

Ia berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pedas dibuat timbalan perdana menteri itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara lain beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

"Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.

"Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada Umno/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi timbalan yang setia, ikut macam nasihat di bawah," tulis pengarang blog itu.

Di bawah teks itu dimuat naik klip video ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, “sekiranya anda tidak gembira dengan ketua anda, anda yang perlu berundur, bukannya ketua anda”.

Muhyiddin turut mendedahkan dalam ucapannya, beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi ia tidak diendahkan perdana menteri.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Menulis dalam artikel bertajuk Persepsi Tidak Bertambah Baik Dengan Berkata 'BN Akan Kalah Esok', pengarang blog itu bertanya, penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Muhyiddin yang menganjurkan beliau berkata begitu.

Beliau memetik kenyataan beberapa pihak yang sebelum ini mendakwa perdana menteri dikelilingi penasihat dan pegawai tidak berguna dan sering memberi nasihat yang salah.

"Adakah ia cara memberi persepsi positif kepada BN?," soal laman web itu merujuk kenyataan Muhyiddin mengenai kekalahan BN dalam PRU14 itu. – The Malaysian Insider/27 Julai, 2015.

, ,

Rabu, 22 Julai 2015

IGP: Polis Tangkap 'Papagomo Original'


Pemilik laman Facebook 'Papagomo Original', yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana meminta rasuah berhubung rusuhan di Plaza Low Yat, telah ditangkap.

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah D5 berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," tulis beliau dalam Twitternya.

Sebelum itu, beliau juga menafikan berkomunikasi dengan 'Papagomo Original'.

"Saya tak ada whatsapp dengan dia. Itu fitnahnya.

"Saya menafikan (bahawa) saya pernah berwhatsapp dengan orang ini ataupun beruk ini," katanya kepada wartawan di Shah Alam pagi ini.

Beliau turut menjeaskan bahawa pegam kepada penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang menguruskan blog asli Papagommo, telah membuat laporan polis menafikan anak guamnya mempunyai kaitan dengan laman 'Papagomo Original'.

"Peguamnya telah buat laporan. Kita sedang menyiasat tuan punya (Papagomo Original). Biarlah kami menyiasat," katanya.

Wan Muhammad antara tiga individu yang disiasat bawah Akta Hasutan berhubung rusuhan di luar Plaza Low Yat. -Malaysia Kini/22/7/15


, ,

Khamis, 15 Januari 2015

Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi kepada Peguam Bersabit Artikel Berbaur Fitnah



[Bernama] Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri. –  15 Januari, 2015.


, ,

Jumaat, 4 Julai 2014

Blogger Mesra UMNO, Kerja Nelayan, Rumah....

Paparan skrin yang tersebar di internet. Disalin dan tampal dari blog Omakkau.
DCM malas nak menulis panjang fasal blogger yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan kiriman yang berunsur lucah dan fitnah sehingga disaman oleh pelbagai pihak termasuk oleh DSAI. 

Berdasarkan laporan media, blogger ini mendakwa tidak mampu membayar saman yang dikenakan terhadap dirinya oleh mahkamah selepas didapati bersalah menfitnah DSAI. Katanya, dia hanya mampu membayar saman berjumlah lebih RM800 ribu itu secara ansuran sebanyak RM100 sebulan kerana kononnya dia kini bekerja sebagai nelayan.

Namun, sejak semalam, heboh fasal paparan skrin yang didakwa dirakam daripada akaun FB blogger ini. Dalam gambar itu jelas menunjukkan sebuah rumah tiga tingkat dan sebuah kereta SUV. Daripada statusnya, si blogger ini menulis "Ready for renovate next month. Kerja keras." Status itu membayangkan bahawa rumah mewah itu adalah miliknya. Kiriman status tersebut bertarikh 20 Disember 2013.

Oleh itu, dakwaan bahawa kerja-kerja menulis blog sebelum ini dibayar mungkin ada kebenarannya. Yang pasti, seseorang tidak mungkin memiliki rumah semewah ini jika dia hanya nelayan biasa. -DCM

Cerita fasal saman DSAI terhadap blogger ini boleh dibaca di sini, di sini, di sini.


P/s: Juallah rumah dan kereta itu untuk melunaskan saman. Mungkin selepas ini, blogger ini boleh menjadikan nelayan sebagai profesion sepenuh masa.  

, ,

Jumaat, 20 Jun 2014

Papa Gomo Mohon Bayar RM100 Sebulan kepada Anwar



[Bernama] "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) yang dikenali sebagai Papa Gomo berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu beliau menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. – Bernama, 20 Jun, 2014.


, , ,

Ahad, 15 Jun 2014

[PANAS] Hanya Blogger Jamah Cadbury, Pegawai Jakim Enggan

Foto: The Rakyat Post
[AA] KUALA LUMPUR: “Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal. - Melissa Sahari/15/6/14


P/s: Mengapa blogger mesra UMNO beria-ria mahu makan Cadbury secara terbuka di depan media? Adakah kerana pemegang saham Cadbury termasuk Felda dan Boustead?

Kalau mahu makan Cadbury, makanlah Cadbury yang dijual sebelum Februari 2014.

Ada berani?

Laporan lain di sini.


Khamis, 3 April 2014

Menteri Pertahanan Sahkan Papagomo Naik Kapal Selam Scorpene


[TMI] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.

Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papagomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.

Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papagomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. – 3 April, 2014.


, ,

Selasa, 4 Mac 2014

Aktivis Badan Islam Jawab Blog Siar Gambar Sesi ‘Murtad’ di Gereja


Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.


[TMI] Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut.

Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad.

Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu.

Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012.

Ekoran itu, Ikram mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut.

"Apapun niat blogger tersebut, ternyata perbuatannnya itu telah mewujudkan kesan negatif kepada individu terbabit dan masyarakat secara umumnya," kata Ketua Wanita Ikram Malaysia, Maznah Daud.

Beliau berkata kelakuan seperti itu menggugat persefahman dan keharmonian antara rakyat yang lama terjalin di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana ia bukan saja menimbulkan fitnah peribadi, tetapi membabitkan hasutan yang boleh memberi kesan kepada hubungan antara agama di negara ini.

Sebelum ini, aktivis hak asasi Yu Ren Chung, yang turut hadir dalam majlis yang sama di Istac, tampil menafikan dakwaan blog tersebut.

Yu berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya.

Blog yang menyiarkan gambar tersebut berkata ia adalah bukti kegiatan murtad di gereja, dan mempersoalkan PAS yang "masih menghalalkan usaha Melayu dimurtadkan".

"Dulu PAS pernah berjanji untuk mentarbiah DAP supaya mengikut Islam. Tetapi sekarang, apa yang kita nampak. PAS yang kena 'tarbiah' supaya mengikut DAP.

“Akhirnya, lama ke lamaan, ahli PAS yang dikristiankan. Ini bukan cakap saja, contohnya dah ada. Cuma kita perlu guna akal untuk berfikir."

Pendedahan mengenai blog tersebut berlaku serentak laporan sebuah akhbar kononnya tiga lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di sebuah sekolah.

Laporan itu kemudian didapati palsu, dan dipercayai sebahagian siri provokasi agama oleh beberapa pihak di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, beberapa gereja di negeri itu dikejutkan dengan kain rentang dipasang di luar gereja, yang menggunakan kalimah Allah dalam konteks Kristian.

Beberapa gereja dan masjid juga menjadi sasaran serangan, termasuk insiden di masjid Cherok Tok Kun yang dibaling sekeping daging dipercayai khinzir. – Zulkifli Sulong/4 Mac, 2014.



, , ,

Jumaat, 28 Februari 2014

[PANAS] Mahkamah Tinggi Arah Papa Gomo Bayar RM800,000 kepada Anwar


[TMI] Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu. 

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo. 

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos. 

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau. 

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar. 

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo. 

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar. 

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya. 

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu. 

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran. - 28/2/14


, , ,

Isnin, 27 Januari 2014

[Edisi Lawak] Saman 100 Juta: Blogger Pro-UMNO Tidak Mengaku Dirinya Papagomo



Tolong gelak:




P/s: Kita tidak pernah lupa Popegomo ini pernah mencabar Anwar Ibrahim menyamannya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Apabila disaman, blogger lucah ini hilang telur yang mungkin dicampak ke tanah untuk dimakan itik.




, ,

Isnin, 30 Disember 2013

Emel Palsu: Rafiz Minta Polis Siasat 4 'Blog Umno'


[MK] Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog Umno yang didakwa menyebarkan emel palsu yang bertujuan mencetus huru-hara.

Rafizi berkata beliau membuat laporan terhadap blog yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com.

Beliau mendakwa blog berkenaan bertanggungjawab menyebarkan satu emel palsu sejak 27 Disember lalu, yang menyebabkan beliau disiasat polis semalam.

MP Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh "blog Umno" tersebut.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut.

"Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya. - Radzi Razak - 30/12./13


Laporan lanjut di sini.

, ,

Khamis, 28 November 2013

Waran Tangkap terhadap Blogger Papagomo


[MK] Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian. - 27/11/13


Berkaitan:

Waran Tangkap pengendali 'Papa Gomo'

[HM] Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, selepas gagal hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak penjagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28, selaku pemohon kes berkenaan. 

Pelaksanaan waran tangkap itu diberikan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis. 

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan kes.


BELLINA bersama Mohd Zaidi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.


Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri selaku responden di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu. - 28/11/13



, , ,

Ahad, 10 November 2013

Blogger Mesra UMNO dan Utusan Malaysia Sokong Mohd Amar Sebagai Timbalan Presiden PAS, Siapa Pilihan Perwakilan PAS?



Mengapa blogger mesra UMNO dan Utusan "menyokong" Nasharuddin Mat Isa, Harun Taib, Hassan Ali, dan kini Nik Amar? Sudah pasti sokongan yang diberikan itu bukan secara kebetulan.

Mengapa blogger mesra UMNO dan akhbar yang juga suara UMNO itu tidak lantang menyokong Mat Sabu dan beberapa individu lain?

Satu daripada sebabnya kerana Mat Sabu dan individu yang dianggap sekelompok dengannya merupakan penentang tegar UMNO dan kelompok yang menyokong UMNO dari dalam PAS.

Dalam satu kenyataan Mat Sabu pernah berkata "Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, kutampar tangan mereka."

Bagi TM seperti yang dikongsikan dalam FB baru-baru ini, hubungan PAS dengan PR mungkin hambar jika Mat Sabu tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Hal ini dilihat berdasarkan keupayaan dan kesediaannya menjadi jambatan untuk mengukuhkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP. Malah Mat Sabu dilihat lebih "mesra" dengan pimpinan utama PR.

Beliau juga turut dilihat secara jelas oleh rakyat Malaysia mewakili PAS dalam pelbagai isu nasional yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat. Pernah anda melihat calon lawannya sepentas dan seiring dengan pimpinan PR dalam pelbagai isu nasional? Malah calon lawannya juga antara tokoh yang lantang meminta PAS mengkaji hubungan dengan Pakatan Rakyat.

Selain itu, populariti Mat Sabu dalam kalangan rakyat berbilang bangsa menjadi bonus kepada PAS untuk meraih sokongan bukan Melayu dan melebarkan moto parti itu, iaitu PAS For All yang kini sudah mula diterima oleh masyarakat bukan Islam. Tanpa tokoh yang dianggap golongan bukan ulama dalam PAS, sudah pasti agenda itu sukar direalisasikan kerana sebelum ini hanya TGNA mewakili golongan ulama dilihat mendapat penghormatan dan sokongan yang meluas daripada masyarakat bukan Islam di negara ini. Siapa lagi daripada golongan yang dilabel ulama mempunyai aura TGNA yang dikagumi dan diterima oleh masyarakat bukan Melayu?

Photo: Blogger mesra UMNO dan akhbar perdana sudah mula "berkempen" untuk calon yang bertanding jawatan di Muktamar PAS 59.

Seperti biasa, calon yang jelas menentang UMNO seperti Mat Sabu tidak menjadi pilihan mereka, malah difitnah dengan pelbagai tuduhan.

Siapa pula yang menjadi pilihan perwakilan PAS?

Isu lain yang perlu diberi perhatian ialah beban tugas yang ditanggung oleh bakal Timbalan Presiden PAS untuk sesi 2013-2015. Sudah tentu orang yang wajar memegang jawatan itu tidak menjawat banyak tugas rasmi yang akan mengehadkan kemampuannya membantu Presiden mengemudi PAS untuk berdepan PRU14 nanti.

Pada TM, orang yang wajar memegang jawatan dalam struktur PAS Pusat tidak dilihat berdasarkan "title"nya, tetapi kerana kemampuan dan auranya untuk menjadikan PAS lebih kukuh dan diterima oleh masyarakat pelbagai kaum. Tambahan pula TGNA sendiri menyatakan bahawa semua pemimpin PAS ialah ulama.

Siapa pula pilihan perwakilan PAS kerana merekalah yang akan membuat pilihan? -DCM


Berkaitan:

Apakah kepentingan yang dapat diperoleh UMNO berdasarkan kenyataan dan berita Antarapos di atas? Pernahkah anda mendengar Mat Sabu dan tokoh yang dilabel sekelompok dengannya mencadangkan hal di atas? 

Utusan Malaysia Sokong Mohd Amar Sebagai Timbalan Presiden PAS

[TMI] Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.

Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Zulkiflee turut menjangkakan penyandang Mohamad atau "Mat Sabu" walaupun dianggap sebagai ayam sabung PAS bakal berdepan cabaran sengit terutama selepas popularitinya semakin menurun akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan ‘badan penuh kecederaan’ dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum.

"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun," katanya.

Selain itu, Zulkiflee juga menegaskan golongan ulama dalam PAS sudah bersatu berbanding dalam pemilihan lalu.

"Kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja.

"Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu ‘ditabal’ menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi," katanya.

Di samping itu, Mohd Amar pada pandangan Zulkiflee adalah individu paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan penting itu kerana pengalaman politiknya dalam membantu PAS mempertahankan Kelantan serta mempunyai latar belakang agama sesuai dengan imej Islam parti tersebut.

"Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan naib presiden namun kejayaannya membantu PAS mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya.

"Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas apabila berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu PAS sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya lagi.

Selepas tarikh penamaan calon ditutup 8 November baru-baru ini, jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad dengan Mohd Amar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS apabila beliau tidak dicabar yang menjadikan perebutan jawatan timbalan presiden hangat selain naib presiden parti Islam itu. – 10 November, 2013.


,

Rabu, 6 November 2013

Pengeluar Bihun Dipengerusikan Tokoh UMNO Mahu Saman Pengendali Blog


[BH] Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus. 

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu. 

Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang. 

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup. 

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang. -3/11/13

Berkaitan:


P/s: Siapa Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi KBB Resourse? Takkan blogger UMNO tidak kenal Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini?

Isu lain yang mungkin terlepas pandang dalam laporan media perdana adalah tentang penarikan sijil halal oleh JAKIM terhadap produk syarikat ini.


Klik untuk besarkan imej.



, ,

Selasa, 1 Oktober 2013

[Wajib Baca] Rayuan Bekas Isteri PAPAGOMO


Selesailah Cara Adil

[HM] Kuala Lumpur: “Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal.

Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.

Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.

Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.

“Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka.

“Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu. -1/10/13

“Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya.

“Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya.

“Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula,” katanya.

Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya.

“Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun.

“Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.

“Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu.

Respons Papagomo di sini.


P/s: Sebelum ini tersebar video Popegomo merampas anak daripada bekas isterinya dan kejadian itu diperkatakan oleh orang ramai di laman sosial dan di laman forum.




, ,

Sabtu, 14 September 2013

Identiti Papagomo DISAHKAN,. Siapa Mahu SAMAN, Silakan..


[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo.


Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung satu lagi tulisannya yang lain yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri (kanan) sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam. 

Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat
ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Sambung baca di sini.



, ,

Jumaat, 13 September 2013

Mahkamah Arah Papagomo Bayar RM500 Ribu kepada Ahli Perniagaan yang Difitnahnya


Blogger Papagomo diperintah bayar RM500,000 dalam kes saman fitnah

[TMI] Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). – 13 September, 2013.


P/s: Siapa lagi nak saman blogger terkenal pro-UMNO ini? Silakan!



, ,

Jumaat, 6 September 2013

Blogger Gelar Najib "Sewel", PEMANDU Suatu Pembaziran


[TMI] Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN).

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.

Beliau mendakwa, sekumpulan orang muda dalam Pemandu ini yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu, pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. – 6 September, 2013.


P/s: Blogger UMNO juga sedang melondehkan kehidupan peribadi seorang staf yang dikatakan berkhidmat dengan PEMANDU. Carilah ceritanya!


,

Khamis, 13 Jun 2013

[PANAS] Pemilik Blog, Tangkap Gambar Cantik-cantik, Letak Biodata Sekali dalam Blog...Mengapa? Baca!



[HM] Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian. 

“Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.


P/s: Teringin nak tengok muka blogger kaki fitnah mesra UMNO!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH