Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Wan Azizah. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 26 September 2015

Wan Azizah Dituntut Beri Penjelasan Atau Minta Maaf – Arul PSM




Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat Selasa lalu.

Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, PSM akan menghantar surat kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.

“Sekiranya tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai ‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Memang ketika ini ramai ahli marah dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan beliau,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.

Arulchelvan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru ini.

Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun begitu, PSM menafikan perkara berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu.

Katanya, beliau sebelum ini hanya menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan. - The Rakyat Post/25/9/15


,

Sabtu, 15 Ogos 2015

Wan Azizah Jawab Gambar Makan di dalam ETS

Wan Azizah Kesal Gambar Makan Jadi Viral ‎


Wan Azizah Wan Ismail

ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.

Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

“Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh. Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain, di mana dibenarkan makan di situ.

“Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun,” katanya.

Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan minum.‎ - Sinar Harian/15/8/15

, , ,

Selasa, 24 Februari 2015

Wan Azizah Berpeluang Jadi Ketua Pembangkang - PAS



Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.

"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen. – Zulkifli Sulong/ The Malaysian Insider/24 Februari, 2015.

P/s: Berbelit-belit. Dahulu mereka kecam WAWI yang dicadangkan oleh PKR dan dipersetujui oleh DAP untuk menjadi MB Selangor atas alasan WAWI tidak berkebolehan semasa menjadi Ketua Pembangkang, wanita juga kata mereka tidak boleh menjadi pemimpin serta alasan-alasan yang seumpamanya. 

Sekarang???


,

Isnin, 8 September 2014

Wan Azizah: "Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi..."


[Malaysia Kini] Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. -8/9/14


P/s: Mulia hati wanita ini. Inilah akhlak seorang pemimpin.

Walaupun diaibkan oleh geng Pak Lebai, ramai percaya wanita ini mampu membuktikan keupayaannya sekaligus menepis tohmahan berdasarkan persepsi yang menjatuhkan maruahnya semalam.

Salut #kakwan #WAWI #wanazizah


KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.

Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.

Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

8 September 2014

, , , ,

Isnin, 1 Oktober 2012

Dana PRU 13: Surat Cinta Anwar kepada Azizah Dilelong dengan Nilai RM50 Ribu



[KD] SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.

Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.
“Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara,” kata Presiden KEADILAN itu.

Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: “Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.”

“Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.
Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.

Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.

 
 
Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000

Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.

 
 
Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.

Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.

 
 
Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.

Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.

Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.

Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.

Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508.

, ,

Selasa, 10 Januari 2012

Sedihnya Baca Tulisan Datuk Seri Wan Azizah...


Saya petik:

[SH] ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."


P/s: Sedih dan menyedihkan! 
Pesanan kepada kaki fitnah dan orang yang bersekongkol: Allah Maha Besar


, ,

Selasa, 5 April 2011

"Kami ada jam tangan tersebut." - DS Wan Azizah

Sekadar hiasan.

MK melaporkan bahawa Datuk Seri Wan Azizah menegaskan ada menyimpan jam Omega milik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa oleh trio 'Datuk T' hilang di dalam sebuah bilik hotel.

Menjawab soalan pemberita sama ada Anwar kehilangan jam itu atau tidak, Wan Azizah menjawab, jam tangan itu tidak hilang, dan berada dalam simpanannya.

“Tidak ada (kehilangan jam)... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar ketika menjawab soalan wartawan berhubung dengan video seks yang dimuatkan di internet semalam.

Seorang wartawan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media, tetapi soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga, dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu.

Apabila membaca gelagat wartawan ini, saya teringat seorang wartawan RTM yang mendesak Anwar secara biadap agar menjawab soalannya di lobi Parlimen. Adakah wartawan itu datang dari tempat yang sama?

“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwa raya?” jawab anak sulung Anwar,  Nurul Izzah Anwar.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kemudiannya mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan”.

“Saya fikir soalan ini juga mencerminkan bahawa kamu betul-betul tidak menghargai keadilan," katanya.

Sebelum ini, Anwar dalam satu sidang media menafikan bahawa beliau kehilangan jam tersebut. Bahkan beliau meminta wartawan bertanyakan sendiri kepada isterinya kerana beliau yang menyimpan jam tangan tersebut.
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

"Itu BUKAN Anwar"- DS Wan Azizah

Saya petik:
[MK] Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya. 

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. 

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya. 

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. 

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. 

 P/s: Pencacai UMCO mahu jawapan DS Wan Azizah, mereka juga mahu Wan Azizah menontonnya. Wan Azizah sudah menontonnya, mereka juga sudah mendapat jawapan yang dikehendaki!!!

Selepas ini, jangan terkejut jurublog pro-UMCO akan pusing cerita, mereka akan kata "Siapa mahu mengaku", walhal sebelum ini mereka mahu Wan Azizah menafikan kandungan video ini.

Biasalah, tukang fitnah, mana pernah puas hati selagi mangsa tidak menjawab mengikut kehendak mereka.



, , ,

Rabu, 11 Ogos 2010

Siapa Yang Menipu? Raja Sesumpah Ezam atau Datuk Seri Wan Azizah?

Saya petik transkrip yang disiarkan oleh AD:
Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah:
Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?

Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.
Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.
Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah."
Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."
Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?
Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.
Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?
Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa.


Berikut ialah komen Ezam ulas Wan Azizah

“Saya gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubungi saya untuk ‘jaga’ suaminya.
Wan Azizah minta malam itu saya jangan keluar rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua. Permintaan itu sendiri menampakkan suasana panic Azizah ketika itu...kerana mana mungkin saya lakukan.Ini kerana tuan rumah adalah Anwar bukan saya. Rakyat sendiri nilailah apa sebenar maksud ‘jaga'…yang Azizah cuba remehkan sekarang apabila menjawab kenyataan saya
Saya sudah buat kenyataan, Wan Azizah juga sudah buat kenyataan. Saya serah kepada orang ramai menilai apa beliau kata.
Jelas jawapan Wan Azizah mahu lari daripada isu yang saya bawa dan tunjuk sikap sambil lewa.
Saya ingatkan Wan Azizah ini bukan soal antara dia dan suaminya sahaja. Ini soal serius dan babitkan rakyat dan ummah sebab suaminya mahu jadi pemimpin negara/Perdana Menteri. Kalau suaminya tidak rakus mahu jadi pemimpin, sayapun tak mahu campur hal perangai jijik suaminya.
Justeru itu saya ajak Wan Azizah demi negara mari bersumpah secara Islam untuk buktikan siapa yang benar. Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang beliau mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.
Saya tahu Wan Azizah tidak boleh lari daripada tanggungjawab.Kita faham posisinya sebagai isteri dengan suami untuk beliau pertahankan tetapi sebagai dia tidak boleh biarkan suaminya fitnah orang lain seperti Datuk Seri Najib, polis, hakim, peguam dan saya kononnya konspirasi kerana dia tahu itu semua fitnah suaminya untuk tutup kelemahan. Wan Azizah tidak sepatutnya subahat dengan fitnah".- 11/8/2010

Laporan berita oleh MK:
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail hari inimemberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan tindakan undang-undang jika terus memfitnahnya.
Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya “sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

“Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua,” kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.” katanya lagi....
Dalam hal ini ada dua kemungkinan sahaja: sama ada Raja Sesumpah ini yang menipu atau Datuk Seri Wan Azizah yang menipu. Siapa yang menipu? Berdasarkan rekod, anda tahu siapa yang menipu! Senatak ini perlu membayar harga yang mahal untuk segala-gala yang diterimanya hari ini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH