Wan Azizah Jawab Gambar Makan di dalam ETS
Wan Azizah Kesal Gambar Makan Jadi Viral
Wan Azizah Wan Ismail
ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.
Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
“Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh. Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain, di mana dibenarkan makan di situ.
“Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun,” katanya.
Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan minum. - Sinar Harian/15/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.