‘Saya warisi perjuangan asal politik ayah’ - Faiz Fadzil
SHAH ALAM - "Saya warisi perjuangan asal politik ayah," demikian luah anak bekas Presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Faiz Fadzil yang kini menyertai Harapan Baru sebagai wadah baru perjuangan politiknya.
Memegang jawatan sebagai Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz berkata beliau hanya muncul dalam politik selepas 10 tahun kematian ayahnya, dan ayahnya tidak pernah menempatkannya di mana-mana jawatan dalam Pas.
"....Sebab itu saya akan bergerak dalam parti baharu yang memangnya tidak mewarisi posisi kepimpinan tetapi mewarisi perjuangan dan dasar yang ingin dibawa oleh ayah saya," katanya ketika ditanya oleh hadirin mengenai konsep 'warisi kepimpinan' ketika menjadi panelis dalam program Wacana Sinar Harian Siri ke-36 yang bertajuk: Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Dalam pada itu ketika mengulas lanjut mengenai parti baharunya, Faiz berkata Harapan Baru bersikap terbuka dan bersedia untuk berdiskusi dengan mana-mana pihak.
"Kita akan bawa idea baru anak muda Malaysia dan bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak tanpa mengira pegangan politik mereka," katanya. -Sinar Harian/17/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.